END FLASHBACK


" kau menung apa, wei? Dengar tak apa aku tanya tadi?" suara Najwa mengembalikan aku ke dunia nyata.

Aku menggeleng kepala perlahan sebelum memandang Najwa yang terpinga-pinga tengok aku yang tiba-tiba termenung.

" dengar. Zulfan suruh aku teruskan niat aku nak sambung luar negara. Dia tak bagi aku kuburkan impian tu." balasku perlahan.

" Is cakap macam tu? Kuat betul eh iman dia boleh bagi kau sambung sana without asking you to get marry." terbias raut wajah Najwa yang seakan-akan kagum dengan Zulfan.

" Dia tak nak kahwin lagi dalam keadaan dia tak stabil ekonomi, takde aset lagi. Dia tak nak lah hidup kami lepas kahwin susah. Dia kata kalau aku sambung belajar pun, boleh la dia kumpul duit sementara tunggu aku." ujarku mengulang semula ayat yang Zulfan pernah bagi dulu.

" bagus lah dia. Apapun aku doakan yang baik-baik untuk korang and kau pun doa la kat aku jugak. Haziq nak bawak rombongan meminang bulan depan." beritahu Najwa. 

" seriously? Diam diam eh korang. Congrats, Wa. Tak sabarnya aku nak datang majlis tunang korang." aku menjerit suka. Akhirnya Haziq dengan Najwa pun akan tamatkan status bujang mereka tak lama lagi. Mereka berdua memang sesuai sangat macam pinang dibelah dua.

" Kau orang first aku jemput nanti, jangan risau. Punya la menyembang, sedar tak sedar sampai dah pun kita depan HEP ni." kata Najwa bila kami berdua dah sampai di depan pintu pejabat HEP ( Hal Ehwal Pelajar).










Aku dengan Najwa datang ke dewan utama tepat jam 2 petang tapi aku hanya bersendirian ketika ini kerana Najwa dah berlalu pergi ke keluarga Haziq yang memanggilnya mendekat. Sedang asyik kepala terpusing-pusing mencari kelibat Zulfan dan keluarganya tiba-tiba,

" baaaa."

Suara seseorang mengejutkan saraf otaknya dari belakang. Belum sempat mulutnya nak mengeluarkan kata-kata marah terus kelu bila empunya suara ceria menyapanya.

" Akakkkk." sapa Nuzhan ceria.

" ish Han ni. Terkejut akak tau. Mana ibu ayah dengan along?" soalku bila tak nampak kelibat Zulfan dan orang tuanya.

" Sebab tu lah Han datang sini. Tu, dekat hujung sana kitorang duduk. Han nampak akak macam tercari-cari je, tu yang Han datang tegur. Along sibuk betulkan jubah dia, malas Han nak suruh dia pergi." beritahu Nuzhan panjang lebar.

Aku mengangguk faham pada cerita dia.

" jom la pergi sana. Naufal tak ikut?" soalku bila tak nampak kelibat Naufal di tempat Zulfan duduk.

" dia pergi beli air kejap. Jom lah kak. Tu, ibu dah panggil." Nuzhan mengajak pergi bila Puan Rafidah mula memanggil dia untuk kembali.




" Assalamualaikum, ibu ayah." aku menyapa orang tua Zulfan sebaik saja sampai di tempat mereka. Tangan Puan Rafidah dicium hormat dan pada Encik Zulhairi dia hanya menunduk sikit.

" Waalaikumussalam. Ibu ingat mana lah budak Han ni pergi, rupanya menyembang dengan kakak dia. Bila sampai? Ibu tak nampak pulak tadi." balas Puan Rafidah mesra.

" ada tadi kat hujung tu. Tadi ada dengan Najwa tapi dia pun dah gerak dekat family Haziq. Safiyyah tercari-cari la jugak ibu dengan ayah duduk mana tadi lepastu Han datang tegur." aku ceritakan dari awal.

" ibu, tolong betulkan tie long kejap." pinta Zulfan sengaja mencelah perbualan ibunya dengan Safiyyah.

" dah besar panjang pun tie tak reti pakai sendiri lagi budak ni. Kalau kamu nak tahu kan, Safiyyah. Dah 24 tahun, ibu je lah yang bagi pakai tie dekat dia ni. Kalau takde ibu, takdenya dia nak pakai tie segala ni." luah Puan Rafidah sambil menggeleng-geleng kepala dengan perangai anak sulungnya.

" takpe, bu. Lepas ni along tak suruh dah ibu yang tolong pakaikan. Along suruh isteri along je nanti." balas Zulfan selamba. Mata dilirik ke arah Safiyyah yang agak terlindung di belakang tubuh Nuzhan dengan senyuman mengusik.

" mana boleh harapkan orang, long." sampuk Nuzhan sambil mengekek ketawa.

" biar la, kau apa tau." Zulfan menjeling adik bongsunya. Ada saja tak puas hati dengan dia.

" dah, dah. Jangan nak bergaduh dekat sini. Iskandar, kamu tu dah umur 24 bukannya 4 tahun. Act like an adult man, not a boy. Malu sikit dengan Safiyyah yang tengok ni." celah Zulhairi. Dari tadi dia hanya membiarkan perbualan anak beranaknya.

" Hahahahaha, takpe je ayah. Saya okey je." aku tayang raut wajah gembira pada ayah Zulfan.

" sorry, kak." pinta Nuzhan lembut.

" ye, takpe. Mana Naufal ni? Lamanya beli air." ujarku bila kelibat Naufal masih tak nampak.

" entahnya budak bertuah tu. Orang suruh beli air, dia pergi beli ke buat." sokong Puan Rafidah bila teringat Naufal yang pergi beli air tadi.

" tu haa. baru sampai." Zulfan muncungkan bibirnya menunjuk ke sudut kanannya. Dari jauh nampak Naufal yang membawa satu plastik biru di tangan sambil mulut terkumat-kamit bercakap seorang diri.

" kau pergi beli air ke buat air?" Zulfan memerli sebaik saja Naufal sampai ke mereka.

" ramai orang tadi berebut nak beli. Cuba bersyukur sikit angah belikan jugak. Kalau ikut hati nak balik je tadi." balas Naufal. Dahinya ada beberapa titis peluh yang keluar, mungkin berpeluh masa bersesak tadi.

" eh akak." tegur Naufal. Senyuman 5 saat diberikan buat Safiyyah sebelum raut wajahnya kembali biasa.

" haii." sapaku mesra. Aku suka dengan adik kembar Zulfan sebab diorang langsung tak kekok dengan aku malah lagi rapat. Nuzhan tiap-tiap minggu mesej tanya khabarnya, Naufal pulak lain sikit. Dia lebih ikut perangai Zulfan. Tup tup sampai depan pagar asrama bawakkan dia makanan. Kadang Nuzhan ikut bersamanya, kadang hanya dia seorang.

" awak dah kena masuk ni, Zulfan." tegurku bila jam dah hampir pukul 3. Menyedarkan mereka sekeluarga untuk masuk ke dalam dewan utama.

" kejap, kejap." tahan Zulfan. Jubah di badan dikemaskan dan topi di atas kepala dibetulkan sedikit.

" hensem tak along?" tanyanya dengan senyuman bangga.

Aku tersenyum lebar. Tak menyempat betul tunangnya ini. Telefon dikeluarkan lalu sekeping gambar ditangkap untuk disimpan kenangan ini.

" hensem dah anak ibu dengan ayah ni." ujar Puan Rafidah dan Encik Zulhairi serentak.

" tak." Naufal cuba menafikan.

" hensemmm, long." Nuzhan pulak bersuara.

Kini hanya tinggal aku yang belum berkata apa-apa. Bukan hanya Zulfan yang memandang dia sekarang ni tapi seluruh ahli keluarganya. Naik malu aku bila dipandang begitu oleh mereka.

" handsome as always." pujiku buat kali pertama dengan ikhlas. Selama ni aku belum pernah puji Zulfan hensem baik depan keluarganya mahupun dia sendiri.

" finally. Awak puji pun saya. Adik sempat record tak?" Zulfan senyum gembira bila keluar jugak kata-kata keramat tu dari mulut Safiyyah. Ayah dengan ibunya dah bantai gelak di belakang bila tahu rancangan anak sulung mereka.

" sempat, long. Jangan risau." Nuzhan mengangkat thumb up tanda rancangan berjaya.

" dah dah. Jom masuk dewan." ajak Encik Zulhairi dengan tawa yang tersisa di hujung.







Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)Where stories live. Discover now