Allah...peritnya. Lama dia berkeadaan seperti itu sebelum terasa dirinya dipanggil.

“ Encik...”

Dibuka mata kembali, pantas dia bangun berdiri lalu menghadap ke arah petugas kesihatan itu, sepasang mata milik Zar cuba mencari maksud riak wajah lelaki di hadapan nya. Hati berdegup laju kembali, tangan pula sudah berpeluh dingin.

Ya Allah, tolong...Aku mohon buat kali ini Ya Allah, Aku tahu Aku manusia yang terlalu cinta pada makhluk engkau dan Aku tahu, sepatutnya Aku mengejar cinta hakiki dan bukanya cinta duniawi, tapi untuk kali ini ya Allah, Aku belum bersedia...

“ Encik suami kepada Puan Adwa ke?”

Pantas dia menggeleng, bertambah sejuk kedua telapak tangan miliknya apabila melihat riak wajah itu berubah menjadi lebih serius. Tolong...tolong jangan ayat itu.

“Puan Adwa mengalami penembusan yang boleh dikategorikan kritikal, terutamanya pada bahagian dinding faraj yang koyak teruk. Dan kami boleh katakan yang mangsa akan mengalami kesakitan yang sangat ketara selepas mereka sedar, kami akan lakukan apa yang termampu, dia stabil sekarang, pendarahan di kepala juga telah kami hentikan. Mujur tiada sebarang kecederaan yang melibatkan tempurung kepala yang serius, Encik jangan risau yaa Insyallah tuhan akan lindungi dia”

Dang! Bagaikan petir yang baru menyambar, sukar sekali Zar menerima keyataan yang satu itu. Zar kaku, seluruh tubuh terasa lembik. Hati berhenti berdegup, kosong fikiranya saat ini. Lambat-lambat dia mengangguk. Bibir diketap kuat.

Longlai langkah kaki dibawa menuju ke tandas. Ditutup pintu seerat mungkin dan dikunci. Dia ingin bersendirian, walau sesaat cuma. Dipulas pili air, lalu dia bawa tangan miliknya mengenai air yang mengalir laju. Membasuh kotoran darah yang ada, namun semakin lama terasa semakin banyak darah yang terpalit di diri.

Dia dan kerjanya takkan lari daripada darah merah ini, dia sudah terbiasa. Namun ini...darah milik wanita syurga ini begitu menyesakkan dada Zar. Ditonyoh berkali-kali, bibir terketar-ketar dan akhirnya jeritan kesakitan terluah di bibir.

“ Arghhhhhh” Ditumbuk cermin di hadapanya, retak seribu, pecah lalu berderai jatuh ke lantai. Tubuhnya jatuh melorot ke bawah, kepala disandar lemah pada dinding tandas, dihentak berkali-kali. Rasa sakit ini dia cuba buang sejauh yang mungkin namun dia tidak mampu. Hari ini apa yang berlaku adalah khilafnya.

“ Adwa...”

Lagi sekali dirinya diuji. Tangan itu dikepal sekuat mungkin, matanya mula memerah kembali, Zafran Anaqi akan menerima balasan yang setimpal. Itu sumpahnya saat ini.

Zafran  meliarkan bebola mata. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Ada kalanya bibir itu tersungging senyuman sinis, adakalanya air matanya menitis ke pipi. Tangan naik lalu mencengkam rambut yang sudah kusut masai.

“ Adwa...Adwa...Aku mintak maaf” Berkali-kali ayat itu dituturkan. Entah kenapa hatinya sedari tadi merasa sesuatu. Satu rasa yang dia juga tidak tahu. Rasa takut? Rasa gelisah? Dia tidak tahu! Apa yang dia tahu sekarang ini dia telah lakukan sesuatu yang bodoh. Teramat bodoh!

“ Adwa selamat kan? Dia selamat kan?” Soalnya kepada diri sendiri, rambut dicarik-carik, bagaimana kalau Adwa tidak berjaya diselamatkan? Bagaimana kalau...

“ Diam! Aku cakap diam!” Jerit nya lantang, bisikan-bisikan yang dia dengar semakin menusuk ke pendengaran telinga. Kepala dihentak berkali-kali ke dinding sel penjara. Hingga berdarah dibuatnya. Kuku digigit-gigit, rasa sesak kembali.

Satu rasa yang bukanya sakit, marah, sedih mahupun takut. Namun rasa yang dia rasakan sekarang ini semakin lama, setiap saat berlalu mencengkam dadanya. Nafas terasa berat. Dan rasa ini menyakitkan pada setiap waktu yang berlalu.

ZARWhere stories live. Discover now