SPECIAL CHAPTER-RAYA🧨🎆

129 4 0
                                    

"Nial, kayla sini kat mama.mama nak pakaikan baju raya ni" penat Qassha mengejar anaknya yang asyik berlari

Semenjak danial sudah ada kawan baru makin degil pulak.asyik berkepit berdua je dengan adik kesayangan.mereka sering bermain bersama.tak boleh berpisah langsung

Tiba tiba Raja Aiman masuk ke bilik melihat isterinya sedang melutut di atas lantai sambil memegang baju melayu anak lelakinya Danial

"Danial!Kayla!kenapa buat mama macamtu?tak kesian ke kat mama?" Ha sudah Raja Aiman mula mengeluarkan aura tegasnya

Terus Danial dan Kayla yang sedang bermain kejar kejaran itu berhenti mengejut akibat terkejut.Dengan papa dia jangan sesekali buat main.tidak kira Danial atau Kayla adil sahaja layanan Raja Aiman pada mereka berdua

"Err cowwy mama" Kayla terlebih dahulu melarikan diri ke mamanya dan terus memeluk Qassha.risau sangat kena marah teruk ngan papa dia

"Aa nial pun sorry jugak" ujar Danial pula.

"Dah sini Danial biar papa pakaikan baju"kata Raja Aiman lalu mengambil baju melayu danial di tangan isterinya

Seluar si danial ni dah pakai dah cuma baju je belum.

"Meh Kayla mama pakaikan tudung" Kayla sememangnya sudah siap memakai baju.Lepas Kayla sudah siap memakai baju kurung terus ajak si Danial tu lari ii.itu dia penat mengejar anaknya.macam mana Kayla boleh lari dengan pakai baju kurung?dia mendidik anaknya dari sekarang untuk pakai seluar di dalam kain

Qassha mendukung Kayla dan mendudukkan Kayla di atas meja solek.Qassha mengambil beberapa biji pin tudung di dalam bekas pin

Qassha perlahan lahan membelitkan shawl yang khas untuk budak berumur 2 tahun seperti Kayla.Qassha berhati hati ketika mahu mencucuk pin ke tudung Kayla

Setelah siap Qassha tersenyum manis sambil melihat wajah comel anak perempuannya.dengan muka putih pipi kemerahan dan juga tembam.alahai

"Aduh!cakit lah papa!sampai hati ukul ontot nial" setelah memakaikan Danial baju Raja Aiman sengaja memukul punggung Danial menggunakan tangannya

"Nakal lagi" pesan Raja Aiman lalu bangun dan pergi ke arah isterinya

Qassha hanya tergelak kecil melihat gelagat anak lelaki dan suaminya

"budak ni pun nakal ni nak kena ngan papa jugak" Raja Aiman mendukung laju Kayla yang masih duduk di atas meja solek lalu mencium pipi anak perempuannya berkali ii

"heheheh" Kayla tertawa suka diperlakukan sebegitu sambil menolak wajah papanya

Qassha tersenyum nipis melihat kemesraan mereka. Alhamdulillah dia dapat membina keluarga yang baik

"Dah lah tu jom cepat nanti lambat solat raya" kata Qassha

"Iye honey jom"kata Raja Aiman lalu memimpin tangan Danial dan Kayla pula masih dalam dukungannya dan bergerak keluar bilik

Dia tak boleh bersentuhan dengan isterinya. Masing ii dah ada wuduk untuk solat raya









Setelah pulang dari solat raya Danial dan Kayla masing ii sudah bising nak makan. Sebelum solat raya Qassha hanya memberi anaknya minum dan menjamah sedikit kuih raya.asalkan ikut sunat

"Sabarlah kita salam ii dulu" kata Qassha lembut lalu menarik tangan anaknya menuju ke ruang keluarga

Raja Aiman yang merupakan ketua keluarga duduk di atas sofa manakala Qassha, Raja Danial, Raja Kayla sudah beratur ingin bermaafan

Qassha mula melutut di hadapan Raja Aiman dan mengambil tangan suaminya lalu dicium

"Assalamualaikum hubby, honey nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab banyak sangat buat salah dengan hubby. Terkasar bahasa. Tertinggi suara. Atau ada derhaka dengan hubby maafkan honey ye" kata Qassha lalu dia mengalirkan air mata

"Shuh shuh takde honey tak pernah derhaka dengan hubby.Honey isteri yang bertanggungjawab dan baik. Hubby pun minta maaf kalau banyak salah dengan sayang" kata Raja Aiman lalu mencium lembut kepala isterinya yang berlapik tudung bawal

Qassha tersenyum lalu dia duduk di atas sofa

Raja Danial melangkah kecil ke arah Raja Aiman lalu mencium tangan papanya

"Nial minta maaf  dengan papa sebab selalu buat papa marah kita 0-0 kita kan sesama lelaki bro"ujar Raja Danial selamba.budak kecik ni baru 3 tahun dah pandai cakap macam orang besar

"Amboi!pandai eh anak papa ni!nah duit raya" ujar Raja Aiman lalu menghulurkan sampul  duit raya doraemon pada Raja Danial

Raja Danial bersorak riang apabila sampul itu berada di tangannya lalu dia pergi pula ke arah Mamanya yang telah banyak bersabar

"Assalamualaikum mama.nial minta maaf sebab selalu buat mama sakit hati dengan menyusahkan mama.nial sorry okey?" Raja Danial membuat muka comelnya di depan Qassha.muka dah memang comel kau buat lagi muka comel

"Iye sayang sokay mama maafkan" Qassha membelai lembut rambut anak lelakinya.

"Nah duit raya nial" Qassha juga menghulurkan duit raya pada anaknya

Raja Danial tersenyum lalu dia terus duduk di sebelah Qassha

Kayla berjalan perlahan sambil berpeluk tubuh.dia memandang atas bawah tubuh papanya.amboi kau

"Kayla takde buat salah dengan papa!Kayla takyah minta maaf ngan papa!" Kata Kayla tegas

"kayla kata apa tadi?ulang balik?kayla takde salah dengan papa?amboi banyak tau salah Kayla dengan papa.rotan kang baru tahu"ujar Raja Aiman sambil sengaka menunjukkan mimik muka yang garang

"Ishh huaaa mama tengok papa nak rotan Kayla"Kayla terus berlari ke arah mamanya dan dipeluk kaki mamanya

"Ye lah Kayla minta maaflah ngan papa ye sayang" Qassha memujuk anaknya

Terdapat perbezaan besar cara  mendidik Raja Aiman dan Qassha.Qassha lebih suka berlembut manakala Raja Aiman sentiasa tegas jika anaknya buat salah

Kayla menjeling papanya dahulu lalu dia pergi juga ke arah Raja Aiman

"Ye lah Kayla minta maaf.dah. nak duit raya" ujar Kayla selamba sambil menghulurkan tangannya menanti duit raya

"nak duit raya kiss papa dulu"kata Raja Aiman sambil tersenyum

Kayla tanpa membantah terus memanjat kaki Raja Aiman dan melutut di atas peha papanya lalu dengan pantas mencium pipi papanya itu lalu cepat sahaja Raja Aiman mencium kembali pipi anaknya

" Nah simpan dalam tabung duit ni jangan sesekali membazir"kata Raja Aiman lalu menghulurkan sampul duit raya Hello Kitty pada anak perempuannya

"mama pun nak kiss jugak"ujar Qassha sambil mendekatkan mukanya pada Kayla yang sedang berdiri di atas peha suaminya

"Muah"

Kayla mencium pipi mamanya

"Hehe nah duit raya Kayla" Qassha tergelak kecil lalu menghulurkan duit raya pada Kayla

"Cepat Kayla kena minta maaf dengan abang nial pula!" Raja Danial sememangnya menunggu saat ini dari tadi di mana Kayla perlu minta maaf padanya

Kayla terus sahaja tersenyum dan melompat turun dari peha Papanya dan berlari mendapatkan abang kesayangannya

Eleh ngan abang dia laju je

"Kayla minta maaf ngan abang nial.Kayla sayang abang nial" kata Kayla lalu memeluk Danial.lihatlah dengan Danial bukan main senang Kayla mengungkapkan sayang.dengan mama papa dia kemain susah

"Dah jom kita makan tadi lapar kan" kata Qassha lalu semua mula bangun dari sofa dan berjalan ke arah meja makan

Semoga kebahagiaan ni kekal hingga ke jannah

Setelah sekian lama tidak menulis.maaflah kalau mengarut.sebab dah lama tinggalkan bidang menulis cerita ni🥰

KETUA PENGAWAS IS THE BADBOYKde žijí příběhy. Začni objevovat