Bab 7

3.5K 100 2
                                    

"Aduh dah kenapa dengan lelaki tu ? tetibe ajak aku kahwin ugut bagai , erghhh !" kata Mel sambil menghentakkan kaki geram punya pasal .

"kau serius tak ingat aku ke ?"

"siapa pula dia ni , aku pernah jumpa dia ke sebelum ni ?"

Melissa masuk ke dalam kereta proton iriz lalu memecut laju ke Artc Holding untuk berjumpa bos nya .

*****

Pemegang pintu bilik bos sudah digengam. 'nak bagitahu ke tak eh ?' kata hati Mel sambil mengaru kepala yang tidak gatal .

"Melissa?" tegur lelaki dari belakangnya

'Macam kenal suara ni' lalu dia berpusing kebelakang " eh bos , bos pegi mana?"

"saya pegi buat coffee tadi" sambil mengankat segelas coffee ditangan "macam mana meeting tadi okay ?"tanya bos itu .

"ermm , eh okay bos , elok je." kata Mel sambil menunjukkan ibu jari nya .

"so, maknanya projek itu jadi lah ! bagus Mel , saya yakin awak boleh" teruja bos dia.

'erk , excited bos , tapi aku yang merana sebab kena kahwin dengan lelaki tu, haih nasib' Mel hanya member senyuman manis kepada bos dan berlalu pergi .

*****

Melissa balik ke rumah dengan muka muram , stress semua adalah . Sabrina yang baru sahaja balik dari tempat kerjanya perasan situasi yang dilalui Mel dan datang menghampirinya

"hei Mel , kenapa dengan muka kau tu ? macam kena peras ugut dengan along dah aku tengok ."

Mel hanya memandang Sabrina dengan muka yang tidak bermaya terlampau banyak perkara yang berlaku 'haha , memang kena ugut pun tapi dengan lelaki pelik bukan dengan along' kata hatinya . " eh , aku okay je , Cuma penat . projek besar kan kali ni sebab tu tak bermaya aku."

"kau jangan macam ni , aku tahu kau tak okay cuba cerita kat aku , hm ?"

"sob sob sob" Mel mengeluarkan air mata secara tiba tiba membuatkan Sabrina lagi terkejut .

"ehh , Mel dah kenapa nangis pula ni ?" sambil memeluk Mel lalu menepuk lembut belakang badannya .

"uhuk uhuk , aku taknak kahwin dengan dia Rina" balas Mel yang sedang tersedu sedu

"hah !" jawap Sabrina lalu menolak badan Mel kehadapannya sambil memegang kedua bela lengan Mel . " kahwin ? kahwin dengan sapa ?"

"kah.. kahwin dengan.. huhuhuhu" Mel tak sanggup nak teruskan .

"takpelah kau pegi rest dulu , bila kau dah okay , kau cerita lah kat aku" kata Sabrina

Mel terus naik ke atas untuk solat maghrib .

"Ya Allah , dugaan apa lagi yang kau beri pada hamba mu ini ?"

*****

Tiba-tiba Melissa teringat dekat kawan karibnya dulu Hasmina . "baik aku call , tanya dia mungkin dia kenal kot" Melissa mencari nama Has lalu menekan punat hijau pada iphone nya .

"assalamualaikum ! Has , ni aku Mel"

"waalaikummusalam , aku tahu ler , dengar suara pun dah tahu , hahaha" ketawa Has "kenapa call aku ? ada something berlaku ke ?"

Macam tahu tahu je Has ni , " ha'ah ade , aku nak tanya kau ni ."

"haa , da agak dah , kau nak tanya apa ?

"kau kenal tak nama ni . Shah Ahmad Ridzwan ?"

"ermm , kejap kejap biar aku refresh otak aku"

"cepat , cepat" tak sabar Mel ingat tahu siapa lelaki tu

Sentiasa Ada UntukmuWhere stories live. Discover now