"Awak, saya minta maaf." Zandra kembali melabuhkan punggung di atas katil.

Fahim mengabaikan apa yang diucapkan oleh isterinya.

"Hurm, tak apa lah. Saya turun dulu ya? Kalau ada apa-apa awak jerit sahaja." Zandra menyelimutkan tubuh Fahim sebelum melangkah keluar daripada bilik.

Dengar sahaja pintu bilik di tutup, air mata Fahim kembali mengalir dengan deras.

"Hiks... Ma... Sakit..." Fahim menggenggam erat selimut yang sedang menutupi tubuhnya.

Denyutan yang sangat kuat membuatkan mata Fahim mula tertutup dengan air mata yang masih mengalir.

>>>>>

Zandra yang sedang memasak bubur untuk suaminya di kejutkan dengan laungan salam daripada seseorang.

"Assalamualaikum!!"

Zandra menutup api dan meletakkan senduk di atas penutup periuk sebelum berlari-lari anak ke pintu utama.

"Waalaikumussalam!!" Zandra tergesa-gesa membuka pintu utama.

"Maaf ma, pa. Zandra tengah masak bubur untuk Fahim tadi." Zandra menyalami tangan mertuanya.

"Tak apa Zan." Puan Fahimah mengusap perlahan bahu Zandra.

"Zan pergi hidangkan bubur untuk Fahim sekejap. Nanti kita naik sama-sama. Mama dengan papa duduklah dulu." Zandra mempelawa mertuanya untuk duduk terlebih dahulu.

Puan Fahimah dan Tuan Farhin melabuhkan duduk di atas sofa manakala Zandra pula kembali ke dapur untuk melihat bubur yang sedang dimasaknya.

Setelah mengisi bubur ke dalam mangkuk, Zandra mengambil sepapan Panadol lalu mengisi air ke dalam gelas sebelum meletakkan semuanya di atas dulang.

"Mama, papa, jom naik." Zandra berdiri di sebelah sofa yang diduduki oleh mertuanya.

Puan Fahimah dan Tuan Farhin mengikut Zandra daripada belakang menuju ke tingkat atas.

Sampai sahaja di hadapan bilik, Zandra menolak pintu yang sedikit terbuka dengan bahunya.

Zandra melangkah ke arah katil. Dulang yang dibawa olehnya diletakkan di atas meja kecil di sisi katil. Zandra melabuhkan duduk di birai katil.

"Awak, mama dengan papa sampai dah ni." Zandra mengejut Fahim yang sedang tidur.

"Urm..." Fahim mencelikkan matanya.

"Bangun Okey? Tadi awak kata nak mama kan? Ni mama dah sampai." Zandra menarik perlahan tangan Puan Fahimah supaya berdiri dekat dengannya.

Fahim menggenggam erat tangan isterinya dengan mata yang berkaca.

"Hey, kenapa ni?" Zandra membalas genggaman tangan suaminya.

"Sakit..." Fahim memeluk pinggang Zandra.

"Sakit kepala ke?" Zandra mengusap perlahan rambut lembut suaminya.

Fahim menganggukkan kepalanya.

"Makan bubur dulu Okey? Lepastu makan ubat." Zandra melepaskan pelukan Fahim.

Fahim menundukkan kepalanya.

"Jangan menangis please." Zandra mengangkat wajah Fahim supaya memandangnya.

Sedang ralit merenung satu sama lain, suara Puan Fahimah menghentikan lamunan mereka.

"Boy... Mama suap ya?" Puan Fahimah berdiri di sebelah Zandra dengan mangkuk bubur di tangan.

Zandra yang hendak bangun daripada birai katil tersentak apabila Fahim menahannya.

"Duduk sebelah saya." Fahim memandang Zandra dengan pandangan redup.

Mr. SoftWhere stories live. Discover now