𝙱𝚊𝚋 53 | 𝙿𝚎𝚗𝚌𝚞𝚕𝚒𝚔 𝙼𝚒𝚜𝚝𝚎𝚛𝚒

8 1 0
                                    

Aduh, peningnya kepala aku. Aku dengan perlahan-lahan membuka mataku. Kelihatan aku sedang berada di sebuah bilik di dalam kilang lama yang terbiar. Sekeliling aku agak gelap. Alamak, aku dah kena ikat dekat kerusi!

Pergelangan tanganku dan pergelangan kakiku telah diikat di sebuah kerusi.

Tip tip tip.

Kedengaran ada bunyi tapak kasut mendekati aku. Ada seseorang lelaki membuka pintu bilik itu.

"Hi." Itu adalah perkataan pertama yang keluar dari mulut dia.

"Si-siapa kau." Tanyaku dalam ketakutan.

"Kau mungkin tak kenal aku, tapi..." Lelaki itu duduk di sebuah kerusi berhadapan denganku.

"Tapi aku kenal kau." Dia membuka toping muka hitamnya itu.

"Aku tak kenal kau...tapi apa yang kau nak dekat aku?!" Jeritku.

"Hmm kau rasa? Aku cuma nak....entah la. Tapi kau jangan risau...aku tak sentuh kau lagi. Aku bukan sekeji itu. Cuma kejam je." Disambung oleh ketawanya yang bergema di dalam bilik itu.

"Kau cakap dengan aku sekarang. Apa kau nak! Kau nak duit ke?!"

"Duit? Hmph aku tak hingin lah nak ambil duit kau. Sikit pun tidak. Kau cuma perlu tunggu. Nanti kau akan tahu kenapa aku culik kau." Dia senyum sinis.

Aku mula sesak nafas. Jantung aku berdegup dengan sangat laju.

"Farhana...kau jangan risau. Jangan berdebar sangat ye...hehe." Dia gelak sinis.

"Kau sapa! Jawap soalan aku!"

"Nak tahu sangat? Okey baik. Kau tunggu sekejap ye."

"Adin! Bawak burung pipit tu sini jap." Jerit lelaki itu.

"Baik boss!" Lelaki yang bernama Adin itu pun menbawa seekor burung pipit kehadapan lelaki itu. Lelaki itu kemuadian mengambil dan mencengkam burung itu. Dia membaling burung itu sekuat mungkin di hadapan aku. Kemuadian dia menembak burung itu.

Peng!

Bunyi pistol itu bergema di dalam bilik itu.

"Allahuakhbar!" Aku menjerit sekuat mungkin selepas melihat perbuatan kejam sebegitu terjadi. Aku memejamkan mata.

"Kau agak, kalau setakat burung pipit ni pun aku boleh bunuh, apatah lagi kau! Jadi aku nak tanya balik, kau nak tahu ke aku sapa?" Soal lelaki itu.

Air mataku mula mengalir sambil menatap burung pipit yang terbaring dihadapanku itu.

"Aku tanya kau ni, kau nak tahu lagi ke aku sapa?!" Dia mula menengking aku.

"Woi jawap la!" Jeritnya lagi.

"T-tak nak.." balasku perlahan.

"Apa dia? Aku tak dengar. Cakap lagi sekali."

"Tak nak!" Aku menggelengkan kepalaku. Pada masa ini hanya tuhan sahaja tahu bertapa takutnya aku. Ya Allah bantulah hambamu ini.

"Ha tahu takut kau. Bising je. Tak habis-habis siapa kau siapa kau. Menyemak je." Dia menjelingku.

Aku yang dalam ketakutan itu hanya memandang lantai. Tidak sanggup untuk bertatapan mata dengannya.

"Aku pergi dulu ye, kejap lagi aku datang balik. Tataaaaa." Dia dan lelaki yang bernama Adin itu pun keluar dari bilik itu.

"Ya allah, siapa dia tu? Apa yang dia nak kat aku? Ya tuhan kau bantulah aku. Aku takut.... Adrian. Awak dekat mana? Tolong saya Adrian..." Aku teresak-esak menangis. Aku takut sangat pada waktu ini.

Aku melihat burung pipit yang sudah tidak bernyawa di lantai itu. Ya Allah kesiannya kau burung pipit. Haiwan yang tak berdosa macam kau pun dia sakiti. Tak berhati perut punya manusia.l

Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Apa yang dia nak dekat aku? Aku tak faham la. Aku tak kenal dia pun. Ke ini....musuh syarikat Adrian? Takkan la sampai nak membunuh? Haish ikut apa-apa je lah. Hanya tuhan yang tahu.








Kalau ikutkan, nak je aku menjerit sepuas hati, tapi tulah. Memikirkan perkara kejam yang dia telah buat tadi, tak berani lah pula...

𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐎𝐕:

"Tit tit .... Nombor yang anda dial tidak dapat dihubungi."

"Argh!!! Hana, tolong jawap sayang. Tolong la. Saya merayu..." Laju air mata seorang Adrian mengalir.

Adrian dengan cepat-cepat mengesat air mata yang mengalir laju itu.

"Adrian...no time to cry. Walaupun dia perlukan masa. Tapi dua hari berjauhan dari kau tu pun dah cukup lama. Kau kena cari dia Adrian. Kau kena bawa balik puteri kau tu ke sini. Hana.... don't worry. I promise i will make everything better again." Adrian terus mencapai kunci kereta Mercedes Benz miliknya itu.


Apa yang akan terjadi ni?

------------------------------------------------------

Hi fans² SS semua. Im so sorry that it has taken me this long to update. Lately I've been so busy with my reality life that i haven't had the time to update my stories. My apologies.

Enjoy 🤍

𝚂𝚊𝚝𝚞 𝚂𝚎𝚔𝚘𝚕𝚊𝚑 (𝙾𝙶)Where stories live. Discover now