Prolog

3 0 0
                                    

"Fia!!!!" jerit Safiera dengan kuat macamlah si Sofea tu tak ada telinga.

"Apa ni Fiera main jerit-jerit nama orang"Sofea menjeling Safiera dengan muka yang tak puas hati. Sanggup Safiera tinggalkan dia dalam perpustakaan semalam dah lah hanya dia seorang yang tinggal dalam tu. Nasib sayang kalau tak dah lama dia saman Safiera biar meringkuk dalam penjara. 

"Kau masih marahkan aku lagi ke? Alah sorrylah, bukannya aku sengaja pun dah kau tertidur aku tinggal je lah" kata Safiera sambil tersenyum lucu apabila mengigat peristiwa semalam diamana dia terpaksa tinggalkan Sofea seorang diri kerana kecemasan.

Sofea masih tak termakan dengan pujuk rayu Safiera. Dia melangkah meninggalkan Safiera seorang diri.Safiera pula mengaru tepi kepalanya yang tidak gatal macam mana dia nak jelaskan pada Sofea kalau sikap kawannya merajuk mengalahkan dirinya.

Ayden meletakkan kereta audinya di tempat parking kereta yang tidak terlalu jauh dari pintu masuk utama universiti tempatnya menuntut ilmu. Keluar sahaja dari keretanya dia melihat  ramai pelajar perempuan memandangnya dengan pandangan kagum. Dia sudah terbiasa seperti itu maklumlah anak dato kan sapa je yang tak berkenan.

Setelah habis kelas,Safiera mencari keberadaan Sofea dari tadi dia tak nampak batang hidung kawan baiknya itu. Mungkin masih merajuk. Sedang asik menjadi kelibat Sofea, Safiera terjatuh akibat kasut tumit tingginya tercabut. Belum sempat nak berdiri dia perasan ramai orang sedang menumpukan perhatian kepadanya. Merah mukanya malu! kenapalah kasut tumit tingginya nak tercabut bagai. Cari Sofea punya pasal kan dia juga yang sakit. Safiera mengambil totebag miliknya dan menyimpan semula barang miliknya yang turut terjatuh tadi.

Ayden yang turut berada di situ hanya melihat Safiera mengutip barangnya kalau tolong nanti kangrang jadi berita hot. Tak pasal-pasal dia digosipkan bercinta dengan gadis itu.

Sesampainya di rumah Safiera terus masuk ke dalam biliknya dengan kaki yang terluka. Dia menyapu minyak lalu mengurut kakinya. Tiba-tiba dia teringat tentang Sofea yang masih merajuk dengannya. Safiera mencapai totebag miliknya lalu mencari iphone miliknya,namun hampa iphonenya hilang entah kemana. Dia mencuba mencari di dalam keretanya kot-kot tertingal dalam kereta namun hasilnya tetap sama. "Mana ehh aku letak" gumam Safiera sendiri masih memikirkan keberadaan telefonnya "Jangan-jangan tercicir masa aku jatuh tadi" tanpa menunggu lama Safiera terus mengambil kunci kereta Honda Civic miliknya lalu memecut laju menuju ke kampusnya.

Safiera terus mencari Iphone miliknya sebaik sahaja dia sampai di tempat dia terjatuh tadi. Setelah beberapa minit mencari Iphonenya, akhirnya dia mengalah memang Iphonenya hilang! Dia tak kisah kalau nak beli yang baru masalahnya segala kerja khusus dia letak di Iphonenya yang hilang itu. Tak kan lah nak buat semua kerja khusus tu semula habislah otaknya.

Ayden yang turut lalu di kawasan itu terus sahaja menyapa Safiera. Dia tahu apa yang Safiera tercari-cari. Ya, Iphone Safiera ada denganya dia terjumpa tadi masa nak pulangkan Safiera pula menghilang. Dia baru terfikir nak bagi pada kawanya saja memandangkan kawannya agak rapat dengan Safiera. Namun niatnya terbantut apabila melihat Safiera sudah di depan matanya. Baik bagi sekarang dikala masih ada kesempatan dia terserempak dengan Safiera.

"Hi, are you looking for this?"katanya sambil mengangkat Iphone milik Safiera. "How can you.." belum habis kata-kata Safiera Ayden sudah memotong terlebih dahulu karang nanti dituduh mencuri. "Aku jumpa masa kau jatuh tadi ingatkan kau dah tak cari dah, kau kan anak orang kaya" kata Ayden sambil memerli Safiera. "Mana ada" balas Safiera semula suka hati je nak tuduh orang dah lah baru pertama kali bercakap dengannya. Tak menunggu lama Safiera terus sahaja mengambil Iphonenya dari Ayden. " By the way thanks" ucap Safiera bersama senyuman nipis. Setelah itu mereka berlalu menuju ke tempat masing-masing.

Pada malam itu Safiera tak henti-henti memujuk kawannya Sofie. Dah berkali-kali dia menghubungi Sofie tapi tak juga diangkat. Merajuk betul-betul ni. Tiba-tiba dia teringat akan Syaqeel, pasti Syaqeel tahu akan keberadaan Sofea. Maklumlah dalam circle mereka hanya dia seorang anak tunggal semuanya mempunyai adik beradik tersayang. Lagi-lagi Syaqeel dia abang idaman semua perempuan. Apa-apa sahaja sanggup dia lakukan untuk adik tersayangnya, Aynaira Sofea.

Dia terus menekan nombor Syaqeel. Tak mengambil masa yang lama Syaqeel terus sahaja menjawab pangilan dari Safiera, gadis yang dia suka. "Hi, kenapa call?" kata Syaqeel memulakan bicara. "Qeel, Sofie ada tak?" kata Safiera pula. "Ada nak cakap dengan dia ke? Kenapa tak call dia terus" balas Syaqeel kebingungan. "macam ni sebenarnya"  Safiera mula menceritakan perihal semalam semasa dia meninggalkan Sofea seorang diri di perpustakaan." jadi saya minta awak pujuk dia Qeel. Dia tak makan dengan pujukan saya awak tahulah kan macam mana kalau adik awak tu kalau dah merajuk." Kata Safiera semula. " Okay, nanti saya cuba pujuk dia." Kata Syaqeel. "Thanks Qeel" Safiera berterima kasih kepada Syaqeel dan mengajak Syaqeel makan tengah hari esok.

BEBERAPA HARI KEMUDIAN

"Fiera, awak dah habis kelas?" Kata Syaqeel. "Dah,awak?"Tanya Safiera semula. "Dah saya baru je habis kelas Sofea mana?"Tanya Syaqeel apabila dia tak melihat kelibat adiknya. "Dia pergi tandas tadi. Ni beg dia lah, dia minta saya pegangkan sekejap" Balas Safiera. "Awak dengan dia dah tak gaduh dah kan?" Tanya Syaqeel sekadar memanjangkan perbualan mereka berdua. "Tak dah thank you tau sebab tolong pujukan dia" Kata Safiera. 

"Ehh abang!" merka berdua memandang ke arah Sofea yang baru keluar dari tandas permpuan. "Abang dah habis kelas ke?"Tanya Sofea. "Ye dah habis dah,jom pergi makan abang lapar lah" ajak Syaqeel dari pagi tadi dia tak makan. Sofea yang diet dia yang kena ikut sekali mana aci. "Mana boleh Sofea diet lah pukul 11 nanti baru Sofea makan" Kata Sofea. Safiera hanya ketawa melihat dua beradik ni macam-macamlah."Fiera,awak ikutlah abang saya makan, saya tunggu kat kedai tu ehh. Nak cari skincare kejap" Kata Sofea sambil menunjuk ke arah Watsons yang terletak tak jauh tak juga hampir sedang-sedang sahaja dari tempat mereka. "Ehh Sofea" belum sempat Safiera berkata apa-apa,Sofea sudah melangkah jauh. 

Di kedai makan Safiera hanya menundukkan kepalanya sahaja. Walaupun dah lebih setahun dia berkenalan dengan Syaqeel dia belum pernah berjalan berdua dengan Syaqeel mahupun lelaki lain. Mahu ditampar dia kalau mamanya tahu. Dia memang sudah dipasan awal-awal lagi untuk tidak mempunyai teman lelaki. Selama ini dia hanya mampu menyimpan perasaan kepada lelaki namun tidak berani meluahkan perasaannya. Hal ini dikatakan demikian kerana mamanya merupakan pensyarah di universitinya, jadi dia takut kalau dia dekat dengan lelaki mamanya akan salah sangka. Lebih baik mengelak dari kena fitnah.

"Senyap je dari tadi. Tak makan?Diet juga ke?" Tanya Syaqeel apabila perasan dengan muka berwaspada Safiera. Dia tahu apa yang Safiera takutkan. "Mama awak ada kelas sekarang. Awak jangan risau dia tak akan nampak. Lagipun kita bukan ada apa-apa pun kan. Betul tak?" sambung Syaqeel lagi.

"Boleh je student kat sini ambil gambar kita berdua lepastu hantar kat mama saya" kata Safiera.

"Janganlah risau sangat" sahut Syaqeel lagi.

Selesai Safiera menemani Syaqeel makan, mereka pun mengikut haluan masing-masing. Awalnya Safiera hendak menunggu kedatangan Sofea tetapi dia mendapat pengilan dari mamanya. Puan Raihana bilang bahawa dia nak tumpang Safiera memandangkan Safiera pun sudah habis kelas.


MALAM ITU

Safiera,Puan Raihana dan papanya,Encik Shah makan di sebuah restauran yang mewah. "Ana?" panggil seorang perempuan yang berusia dalam lingkungan 40 tahun. "Ehh, Thera. Lama tak jumpa. Sihat?" kata Puan Raihana kepada rakan lamya itu. "Sihat, Kau apa khabar?" balasnya pula. "Aku sihat je. Ehh mana Amran? Anak kau tak ikut ke? 

"Ada kat sana ha" balas Puan Thera sambil menunjuk ke suami dan anak-anaknya sedng menjamu selera"

Safira terasa familiar akan sosok tubuh yang ditunjuk oleh Puan Thera tadi. Macam seseorang yang telah dia jumpa. Tetapi dia hanya mengabaikan perasaannya baik makan.

"Aku pergi dulu tau. Ada masa kita jumpa lagi." kata Puan Thera kemudian dia terus berlalu.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MRS.AYDEN RAIZWhere stories live. Discover now