Bab 1

15 2 0
                                    

Pulang sahaja dari sekolah terus tangan kecilku mencapai telefon pintar milikku. Aplikasi WhatsApp aku buka dan terus tangan menari di skrin telefon untuk mencari chat seseorang daripada kenalanku. Apabila aku sudah menjumpainya. Chat nya terus aku buka. Kosong. Sememangnya aku tidak pernah mesej dengannya sebelum ini. Entah dia pun tak kenal aku. Tapi aku urgent terpaksalah mencari sesiapa untuk meminta bantuan.

Macam yang aku katakan tadi aku urgent bukan saja - saja ingin berbual kosong dengannya. Memandangkan tadi semasa di dalam kelas pelajar perempuan semua tidak masuk kelas kerana ada satu program yang dikhaskan untuk pelajar perempuan. Jadinya dah boleh agaklah kan kenapa aku ingin berbalas mesej dengannya ?

Homework. Ya ! Tepat sekali tujuanku adalah untuk bertanyakan tentang kerja rumah yang diberikan oleh guru. Bukannya tak boleh aku tanyakan pada Danial tapi , nak juga aku berbalas mesej dengannya. Siapa dia tu ? Dia classmate aku atau boleh juga aku katakan dia adalah seorang yang aku cinta. haha. jadi aku hanya cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan. Apa orang kata ? Ada udang disebalik batu eh ?

- you
Assalamualaikum , nak tanya.
tadi ada homework apa je ?

Dalam 10 minit jugalah aku tunggu. Tiba - tiba tick yang tadi berwarna kelabu bertukar menjadi warna biru menandakan yang dia sudah membaca mesejku. "Typing".

Dada berdebar - debar. Biarpun aku bertanyakannya tentang kerja rumah yang diberikan oleh guru. Tapi faham - faham ajelah kalau dah mesej dengan seseorang yang kita cintai kan ? haha.

- Irsyad 1AK
Waalaikumussalam , siapa ni ?

Sakitnya tuh di sini. Siapa ni ? Aku tahulah engkau tu kacak bergaya tapi classmates sendiri tak kan tak kenal kut. Nampak sangat aku ni tak penting. Dari awal lagi dah ku agak yang dia tidak akan menyimpan nomborku. Yalah , siapa aku kan ?

- you
Hasanah ni

- Irsyad 1AK
Oh , ada - ada sekejap ya.

B

agus juga tanya kerja dekat mamat ni. Pakej semua lengkap. Details. Tak adalah aku nak kena tanya banyak kali sebab tak faham. Bertambah minatlah kalau begini rupa.

- you
Thank you

- Irsyad 1AK
Wc

Wc je ? Oh my god. Taip kasi panjanglah bang. Tak sukalah short form ni. Nampak macam kita aje yang beria. Eh , sedar sikit dia pun tak save nombor kau. Kau tak penting Hasanah.

- you
Nak tahu tak ?

Alah dah offline. Baru aje nak bagitahu something. Tak bestlah dia ni.

- Irsyad 1AK
Apa dia ?

Alamak. Bila masa pula dia online balik ni ? Fast reply betul. Ciri - ciri suami idamanku. haha.

- you
Ada orang suka kau ,
dua oranglah tapi.

- Irsyad 1AK
Ha ? Siapa dia ?

- you
Husna Kelas 1AF tu.

- Irsyad 1AK
Oh , seorang lagi ?


Gila kan aku ? Baru berbalas mesej sehari dah nak confess. Tak apalah lebih baik aku confess daripada aku bazirkan masa aku untuk menunggu hal yang tak pasti. Tapi , kalau dia accept pun belum tentu nama dia yang tertulis untuk menjadi suamiku. Amboi ? Suami eh Hasanah sekolah pun tak habis lagi. Baru tingkatan 1.

Highschool Love Story. (OG)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang