v : early life

25 3 31
                                    

hyunna yang dah bersiap pun memandang dirinya melalui pantulan cermin. dia teringat yang rupa nya yang dulu

" sapa sangka dulu yang aku anak yatim" kata hyunna

ya, hyunna bukan anak kepada kim holding tetapi hanya lah budak biasa yang dibuang oleh keluarga akibat tidak mampu membiayai kehidupan hyunna yang menyebabkan hyunna dibuang tanpa sedikit rasa bersalah

FLASHBACK 11 YEARS AGO

hyunna yang balik dari sekolah pun melihat pakaian sekolah, ya tak berapa cantik kerana ibu bapa hyunna tak kisah tentang pelajaran hyunna. benda paling penting adalah bagi mereka adalah dadah, arak dan duit yang mereka perlukan dalam kehidupan. kalau ketiga tiga benda ini tidak ada dalam satu hari, maka hyunna jadi mangsa untuk menggantikan benda benda itu

" hyunna dah balik" kata hyunna

tiada sorang di rumah, hyunna meletakkan beg sekolah nya lalu pergi ke dapur. pintu peti ais di kuak, tiada makanan. perut hyunna berkeroncong yang menyebabkan hyunna terpaksa keluar berkeliaran untuk mencari makanan. seorang makcik melihat kearah hyunna yang seperti hilang arah pun memanggil hyunna

" anak kecil, meh sini kejap" kata perempuan tua itu

hyunna pun pergi ke arah makcik itu, dia memandang atas bawah. mewah, itu perkataan yang hyunna gambarkan kepada makcik itu. dia kagum melihat perhiasan perempuan tua itu

" kenapa makcik panggil saya" kata hyunna

" kenapa keluar masa ni, banyak penculik masa ni. mana mak ayah, mereka tak teman ke?!" tanya perempuan tua itu

" mak ayah tak ada sebab mereka sibuk" kata hyunna

" sibuk kerja ke?!" tanya perempuan tua itu lagi

" tak, mereka sibuk minum arak dengan dadah" kata hyunna jujur

perempuan itu terkesima, dia pun memeluk hyunna yang menyebabkan perempuan tua itu menangis atas kesengsaraan hyunna

" kamu dah makan" tanya perempuan tua itu

hyunna menggeleng laju kepala nya, perempuan tua itu pun menjemput masuk ke dalam kereta nya

sepanjang itu, hyunna di hadiah dengan pakaian baru, permainan baru dengan makanan yang dia tidak rasa. hyunna enggan balik ke realiti dan terus kan mimpi indah sehingga lah perempuan tua itu menawarkan untuk menghantar hyunna pulang ke rumahnya yang menyebabkan hyunna menangis

perempuan tua mula risau takut takut yang mak ayah hyunna mula mencari hyunna

" hyunna, kalau hyunna balik kr rumah esok nenek janji yang nenek akan main dengan hyunna lagi" kata perempuan tua itu

" nenek janji" tanya hyunna sambil membuat pinky promise

" nenek janji" kata nenek tersenyum

hyunna pun tersenyum, kereta di pandu menuju ke rumah hyunna. muka gembira bertukar sedih apabila perempuan tua itu melihat rumah hyunna itu. mak ayah hyunna yang terbaring di atas jalan itu pun terbangun apabila melihat hyunna.

sepatutnya apabila anak balik lambat, ibu ayah akan marah tetapi ibu bapa hyunna takut lalu masuk ke dalam rumah seakan akan hyunna menakutkan mereka. perempuan tua itu perasan yang disebalik senyuman hyunna yang manis itu tersimpan sedikit kejahatan yang mampu orang tertipu

" nenek, esok kita main lagi ya" kata hyunna sambil tersenyum innocent

mula dari perempuan tua itu sedar yang hyunna bukan lah budak biasa tapi hasil daripada kegagalan ibu bapanya mendidik hyunna yang menyebabkan hyunna mampu mengambil hati orang dan menggunakan mereka diatas kesengsaraan dirinya sendiri

to be continued

𝒯 𝗁𝖾 𝒪𝗎𝗍𝖼𝖺𝗌𝗍Where stories live. Discover now