Sungguh Aku tidak memahami Zar Uzair.

“ Takpe barang saya tu, nanti saya kemaskan awak tak payah susah-susah laa”

“ Takpa, hang duduk jaa, Aku tolong hang”

“ Zar saya cakap tak payah lah, tu barang saya, saya boleh kemaskan sendiri, jangan risau lah” Masih Aku cuba untuk memberontak, cuba untuk hentikan perbuatan diri dia dan akhirnya dia berhenti. Zar berdiri tegak di hadapan Aku dan sekali lagi, pandangan yang lunak itu dia lontarkan  padaku.

“ Tu, dekat pipi, dekat lengan dengan bibir hang, lebam sana sini, luka koyak sana sini hang ingat Aku biul? Hang ingat luka lagutu tak sakit? Doktor sendiri cakap yang hang kena rehat, tak boleh buat kerja hat berat-berat kalau dak sampai bila luka tu nak baik? Aku takmau hang sakit lagi. Setakat susun barang, alih sana sikit bukanya hal besaq pun, Aku boleh buat untuk hang jadi tolonglah Adwa sayang jangan laa ketegaq lagi, duduk dekat situ tunggu Aku”

Panjang lebar dia membebel sampaikan lidah Aku terkelu. Melihat wajahnya yang tiada erti main-main Aku iyakan saja, Aku labuhkan punggung di birai katil sambil menanti dia selesaikan kerjanya. Ralit Aku memerhati wajah itu hingga dia berkata,

“Nanti kalau kita dah kahwin, hang nak tenung muka Aku sampai siang ke malam, malam ke siang pun takpa Adwa” Spontan dia berkata seperti itu dan membuatkan wajah Aku berona merah. Siapa yang nak berkahwin dengan dia?

“ Eleh perasan, mana ada saya tenung muka awak” Dia ketawa mengekek, dikerling Aku sekilas. Tangan Aku pula mula mengipas wajah yang terasa panas membahang.

“ Hang ingat Aku ni buta ka? Mengaku ja la hat Aku ni handsome, seratus juta kali elok dari laki lain” Terselit nada angkuh di ayatnya.

“ Dah laa, Saya turun dulu, melayan awak ni, sampai kesudah tak habis” Aku mula bangun dari duduk ku, melangkah menuju ke ruang dapur dan telinga masih menangkap sisa ketawa nya.

Aku ini masih isteri orang. Isteri Zafran walaupun hanya pada nista yang menutupi hal sebenar. Agaknya sekarang ini Zafran sedang lakukan apa? Adakah dia mula bertingkah gila? Kerana semenjak semalam nombor telefon miliknya Aku block. Pesanan mesej daripada mama dan papa juga Aku abaikan. Along Amsyar juga tidak henti-henti menelefon Aku bertanya mengapa dan mengapa.

Dan jawapan Aku ringkas, Aku ingin lari buat seketika. Perihal Aku dipukul oleh Zafran juga masih tidak Aku khabarkan kepada mereka, biar Aku simpan buat dua tiga hari ini.

Sesungguhnya Zafran Anaqi harus menerima hukuman yang setimpal atas perbuatan yang dia lakukan terhadap Aku!

“ Haa Adwa, mana Zar, dia buat apa lagi tu?” Soalan daripada Nek Khadijah menyetakkan Aku daripada lamunan yang seketika, Aku tersenyum tipis,

“ Dia cakap yang dia ada kerja sikit opah, nanti dia turun” Balasku pendek.

“ Biaq pi kat dia, ni haa Adwa takpa ka kalau opah tanya sikit ni”

“ Tanya lah Opah” Aku tarik bangku lalu Aku duduk di sebelah Nek Khadijah. Menanti soalan daripadanya.

Lama Nek Khadijah berdiam diri, terselit riak bersalah di wajahnya. Terlihat dia kelihatan bersalah ingin ajukan soalan kepada Aku, tidak terkeluar ayat di lidah wanita tua ini. Dan Aku dapat menangkap inti pati soalan itu.

“ Opah nak tanya...kenapa suami Adwa buat macam ni ke?” Lambat-lambat Nek Khadijah mengangguk, Aku pamerkan senyuman, senyuman yang langsung tidak ikhlas.

“ Sebab suami Adwa...bukan macam suami orang lain, dia bukan lelaki yang seperti lelaki lain opah, sebab tu dia tumbuk Adwa, pergunakan Adwa dan layan Adwa tak ubah seperti kain buruk” Jelas ku ringkas, laju sahaja Nek Khadijah menangkap maksud Aku.

ZARWhere stories live. Discover now