" kau ada cakap apa-apa ke dengan dia malam tu?" siasat Haziq.

" aku ada la cerita dekat dia yang Athirah ada ajak aku keluar tapi aku cakap dah kat dia yang aku reject." beritahu Zulfan.

" haa aku tahu apa salah kau." Haziq menepuk meja perlahan bila dapat tangkap.

" apa?" soal Zulfan laju.

" dia jeles tu. Kau pun pergi cerita pasal Athirah depan dia kenapa? Mau tak jeles tunang kau tu." bebel Haziq.

" tapi aku memang selalu cerita hari-hari aku dekat dia. Apa yang jadi dalam hari-hari aku, semua aku cerita dekat dia. Aku tak sangka pulak jadi macam ni. 

" kau pergi la pujuk dia. Kalau dia tak percaya lagi kau tunjuk je whatsApp kau, buktikan dekat dia kau langsung tak contact Athirah belakang dia. Perempuan ni, bro bukannya nak harta kau tapi nak effort dengan jujur kau. Trust me, bila kau dah pujuk dia dah bagi bukti kat dia nanti dia okey lah balik." nasihat Haziq macam dah berpengalaman.

" mana kau tahu semua ni? Macam berpengalaman je?" Zulfan pelik. Macam mana lelaki depan dia yang single dari kecik boleh tahu tips-tips cinta ni.

" well, aku ni orang yang memahami wanita tau?" Haziq mula bangga diri.

" malas aku dengan kau." balas Zulfan menyampah.








" sayang, awak marah saya lagi ke?" 

Mesej dari Zulfan dipandang lama. Dia masih tak nak balas lagi, sengaja nak tengok usaha lelaki tu pujuk dia.

Fiance🩶

" saya rindu awak ni. Saya nak call tapi takut awak rimas sebab banyak kali call. Please, jangan seksa saya macam ni."


Mesej dari dia masuk lagi tapi kali ni aku mula rasa bersalah bila Zulfan dah takut nak call, takut dia rimas.

 Fiance🩶

" sayang, I miss you so much."

" Maafkan saya, kalau saya buat salah. Saya tak berniat pun nak sakitkan awak."


Aku menghela nafas berat. Sekarang ni, dia pulak yang nampak jahat bila buat macam ni. Icon call ditekan tanpa berfikir panjang.

" Assalamualaikum." sapaku bila telefon dilekapkan di telinga.

Sesaat belum ada balasan dari Zulfan. Hela nafasnya kedengaran lemah di telingaku.

" waalaikumussalam." Zulfan membalas lemah. Sebaik saja dia balik dari sekolah, terus badannya terasa panas dan malamnya diserang demam. Nak kata dia kena hujan, tak pun.

" kenapa suara lemah je ni?" aku menyoalnya risau.

" demam." beritahunya pendek.

" demam? Macam mana boleh demam? Awak kena hujan ke?" bertalu-talu soalan aku berikan pada dia.

" sayang, saya rindu awak." luah Zulfan perlahan.Dia betul-betul tak larat nak buka mata sekarang ni.

Aku gigit bibir. Terasa serba salah dengan bila tak hiraukan dia akhir-akhir ni.

" sayang, awak dengar tak saya cakap ni? Saya rindu awak." dia mengulang lagi.

" ye, saya dengar." lambat-lambat aku membalas.

" saya minta maaf kalau ada buat salah dengan awak. maafkan saya, boleh?" lembutnya Zulfan bertutur sehingga bergenang air mataku menahan tangisan.

" saya tak nak kita gaduh macam ni lagi, saya sayangkan awak. Saya sayangkan hubungan kita. Kalau saya ada buat salah bagitahu saya, saya akan fix salah saya.Boleh, sayang?" rayunya lagi.

Air mata jatuh bila dengar kata-katanya yang terakhir. Macam mana hati aku boleh tergamak buat dia rasa bersalah sampai merayu.

" awak dah makan ubat?" aku mengubah topik.

" awak lah ubat saya. Tengok awak call, terangkat separuh sakit saya ni." balas Zulfan.

" makan tak lagi ni?" aku menyoalnya lagi.

" sayang, saya nak dengar awak maafkan saya dulu." potong Zulfan.

" awak tak ada salah pun, yang salah tu saya." tuturku masih lagi serba salah.

" kenapa awak ignore saya?" tanya Zulfan ingin tahu.


Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)Where stories live. Discover now