✧༚ Cinta yang Terselit Luka, Janji yang Tersimpan Rahsia
Dulu, mereka cuma dua jiwa asing.
Engku Chanteq Aeshlyn Khan binti Syakher Khan seorang gadis berdarah kerabat Engku dan Khan, manja dalam diam dan seorang yang berpegang teguh pada prinsip. Dibesarkan dalam keluarga penuh kasih sayang. Chanteq percaya bahawa cinta bukan sekadar kata-kata indah tetapi amanah yang perlu dijaga dengan kejujuran dan kepercayaan.
Dia tak pernah sangka, hidupnya akan disapa oleh seorang lelaki seperti Caiden Althaf Bin Khaled Althaf seorang doktor pakar bedah muda yang cemerlang, penuh misteri dan memendam banyak rahsia di sebalik pandangan matanya yang tenang dan sayu.
Pertemuan mereka bukan secara kebetulan malah tidak seindah cerita yang sering diimpikan.
Caiden pada awalnya tidak jujur sepenuhnya. Ada niat tersembunyi yang lahir daripada hasutan dan cabaran. Tapi siapa sangka, dalam permainan itu dia benar-benar jatuh hati? Dan siapa sangka, gadis yang dia cuba permainkan adalah wanita yang menukar seluruh arah hidupnya.
Namun cinta mereka tidak datang dengan mudah.
Kehadiran Clarissa Aleana Binti Abdullah, adik tiri Caiden yang licik dan berpura-pura menjadi racun halus dalam rumah tangga mereka. Dan masa lalu Caiden yang tidak pernah dia lepaskan.
Dalam setiap senyuman Chanteq, ada luka yang dia sembunyikan.
Dalam setiap pelukan Caiden, ada rasa bersalah yang tidak terucap.
Dan dalam setiap doa mereka ada permintaan agar cinta itu tetap hidup walaupun dihujani duka.
Sehingga satu hari, cinta itu diuji.
Dengan kehilangan.
Dengan kemaafan.
Dan dengan pengorbanan yang tak semua orang mampu beri.
"Mereka saling mencintai... tapi adakah itu cukup untuk kekal bersama?"
"Adakah cinta mampu hidup semula selepas dilukai berulang kali?"
Dan persoalan paling besar...
Adakah mereka redha menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam berumahtangga atau cinta mereka hanya tinggal kenangan di nafas terakhir?
YOU ARE READING
CHANTEQ AESHLYN: BOUND BEYOND YOU (OG)
RomancePertemuan mereka bermula dengan cabaran tetapi berakhir dengan perasaan yang tak mampu diungkapkan. Engku Chanteq Aeshlyn Khan seorang wanita berdikari dan penuh prinsip tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah saat bertemu Caiden Althaf lelaki...
