" ye lah. mama dengan papa keluar dulu." Puan Kalsom berlalu ke pintu utama. Papa dah menunggu di luar katanya.

Tanpa sedar mata aku tertutup tak lama setelah itu.

" adik, tutup pintu ni kunci." laung Puan Kalsom.

" adik?" dia memanggil Safiyyah kali kedua namun tak disambut seperti tadi.

" adik dengar tak apa yang mama cakap ni?" Puan Kalsom menjenguk ke ruang tamu nak tengok apa yang dibuat Safiyyah sampai tak dengar apa yang dia cakap.

" lah, dah tidur budak ni. Penat sangat lah tu." Puan Kalsom menggeleng kepala melihat anak bongsunya dah terbaring tidur.

Pintu utama dia tutup lalu dikunci sebelum masuk ke dalam kereta.

" dah tidur dah anak kita tu bang." beritahunya pada Encik Ahmad sebaik saja masuk ke dalam kereta.

" penat lah tu. Biar lah dia. Awak dah kunci ke pintu rumah tu?" balas Encik Ahmad. Gear ditukar kepada D sebelum perlahan-lahan dia memandu keluar dari kawasan rumahnya.

 Mereka nak melawat temannya yang baru saja masuk hospital tadi. Sudah lah anak jauh, nak balik memakan berjam-jam jugak baru nak sampai.






Aku tersedar dari lena bila telefon berbunyi meminta diangkat. Mata dikecilkan melihat empunya nama pemanggil.

Zulfan Iskandar

" hmm." aku mengangkat panggilannya sesaat kemudian.

" tidur ke?" tanya Zulfan serba salah. Dia baru nak suruh Safiyyah temankan dia drive. Dia mula rasa mengantuk dek rasa penat majlis bertunang mereka tadi.

" hmm, tadi ye lah tidur. Dah bangun dah ni." Aku pisat mata agar mata kembali celik seperti biasa.

" teman saya drive. Saya mengantuk lah drive sorang. Boleh ke?" pinta Zulfan lembut.

" ye lah, lagipun saya pun sorang kat rumah. mama dengan papa tak balik lagi. Diorang keluar tadi." aku kembali baring di tempat tadi. 

" diorang pergi mana?" tanya Zulfan di sebelah sana.

" entah tak sempat tanya tadi. Saya dah penat terus tidur tak sempat nak tengok diorang keluar tadi." beritahuku.

" untunglah dia. Penat boleh tidur terus. Saya ni kena drive balik jauh-jauh. Bukannya nak offer saya tidur kat sana." Zulfan sengaja merungut. 

" eh, saya dah offer okay. Awak tu yang kerja esok salahkan saya pulak." aku pantas membela diri.

" hahahahaha. Saya gurau je lah, sayang." Zulfan ketawa di hujung talian.

Mendengar tawa Zulfan membuat muka aku tiba-tiba memerah. Aku tak pernah on call dengan dia lama macam ni. Tiba-tiba rasa malu pulak ditambah dengan panggilan manis yang Zulfan gunakan pada dia.

" diam pulak dia." suara Zulfan menyedarkan aku ke realiti kembali. Pipi ditepuk berkali-kali menghilangkan rasa terawang-awangan yang mula timbul di hati.

" ye lah saya tahu awak gurau je." 

" lambat lagi ke nak sampai Johor?" aku menukar topik perbualan kami.

" lebih kurang sejam lagi." balas Zulfan.

" saya tak tahu lah nak sembang apa dengan awak ni. Call la Haziq. Dia kan drive jugak elok lah menyembang dengan awak. Nanti sama-sama tak mengantuk." aku segan dengan dia lagi.

" call dia mana sama dengan call awak. Call dengan awak tiba-tiba rasa tenang tapi kalau call dengan dia rasa macam dunia ni nak kiamat." seronok lelaki tu kutuk kawan baiknya depan aku.

" saya bagitau haziq awak kutuk dia." aku acah-acah mengugutnya.

" takpe, dia memang redha kena kutuk dengan saya." balas Zulfan selamba.

" Nanti dia bagi gambar kita tadi, saya nak post dekat story dengan feed ig saya. Boleh? Ke awak tak suka expose diri awak?" Zulfan meminta izin.

" Post je lah. Tapi sayang lah sebab dah takde orang nak try awak lagi lepas ni hahahaha." aku membenarkan.

" biar lah, lagi tenang hidup saya." balas Zulfan tenang.

" ye ke tenang? Nanti Athirah frust lah dengan awak. Kesian dia, awak tak kesian ke dengan dia?" aku mengusik dia lagi.

" nak buat apa kesian dengan dia? Sayang, kita mana boleh halang perasaan orang dengan kita tapi kita boleh pilih dengan siapa kita nak hidup bersama. Saya nak hidup dengan awak. Bukan dengan dia, bukan dengan orang lain. Ada faham ke?" panjang lebar Zulfan membebel. 

" ye lah. Eh awak, mama dengan papa dah balik. Saya tutup dulu lah eh." kataku bila mendengar pintu pagar berbunyi dari luar.

" ye lah." Zulfan akur walaupun dia masih belum puas bersembang dengan Safiyyah.

" bye, hati-hati drive. Nanti dah sampai text saya." aku menitipkan pesan pada dia.

" ye, bye. Assalamualaikum." balas Zulfan ringkas sebelum menutup panggilan setelah salamnya dibalas.




Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)Where stories live. Discover now