Plastik itu diletakkan di atas meja berhadapan Zar dan Qaid. Memang menjadi rutin apabila ada nya masa yang sedikit lapang, gerai kuih yang terletak tidak jauh daripada base itu akan menjadi pilihan hati.

Sudah lah murah, sedap pula itu.
Zar lihat sahaja rakan-rakan nya mula menjamu selera. Luka di lengan juga masih terasa pedih. Nasib la badan, siapa suruh berani tidak kena gaya? Bangku ditarik, dan dia lihat Endika mengambil tempat di sebelahnya.

“ Ni hang pasaipa mai duduk tepi Aku ni? Dengan gaya bersimpuh atas kerusi bagai, dan macam pondan dah Aku tengok”

Namun Endika tidak melenting. Lagi naik hairan dibuatnya, secara tiba-tiba dia menarik senyuman hingga ke telinga. Plastik yang satu lagi dia hulurkan ke arah Zar. Walhal dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu betapa kecut nya hati Endika sekarang ini.

Hendak memikat adik, kena ambil hati abang dahulu!

“Abang...ni Aku ada beli lepat ubi, mai la rasa”

Terus kejung tubuh badan Zar, bulu roma terasa menegak apabila secara tiba-tiba sahaja Endika Ukasyah membahasakan dirinya sebagai abang.

Secara automatik tangan yang luka dek terseret di atas tar tadi terus melempang wajah Endika Ukasyah. Tidak kuat namun cukup membuatkan wajah Endika terteleng ke kiri.

Masing-masing tergamam. Arthar yang baru sahaja membuka lepat ubi juga terhenti.

“ Weh, pasaipa hang tampaq Aku, sakit hang tau dak!” Meninggi suara Endika, terasa seperti gigi ingin bersepai ke lantai walaupun tamparan itu tidaklah kuat mana!

“ Haa duk Abang sangat dengan Aku, dah macam bapuk Aku tengok. Hang ingat Aku ni jenis lagutu ka? Hang jangan sampai Aku lepuk hang pakai lepat ni!” Garang Zar membalas. Mintak dijauhkan la daripada perkara yang satu itu.

Dosa besar!

“ Orang bukan nak kat dia pun, orang nak kat adik dia” Gumam Endika perlahan. Cukup perlahan supaya telinga lintah Zar tidak mampu mendengar apa yang dia katakan.

“ Hang kata apa?”

“ Ehehehe mana ada, Aku kata haa lepat ni sedap, mai la makan”

Zar geleng kepala. Endika Ukasyah, berumur dua puluh lima tahun namun mentaliti tidak ubah seperti sepuluh tahun. Malang betul siapa yang menjadi isteri nya. Sedang enak mereka menikmati kuih muih, telefon yang diletakkan di dalam kocek seluar berdering. Panggilan daripada adiknya Dahlia.

“ Hello, hang pasaipa call Aku?”

Telefon bimbit dibawa melekap di cuping telinga, mendengar butiran ayat daripada si adik. Seminit, dua minit tangan itu dikepal kuat. Urat-urat di leher dan lengan kelihatan tegang, wajah pula semakin memerah. Mata mencerlung tajam.

Adwa...

Aku terduduk, seluruh tubuh terasa lemah. Air mata yang merembes keluar juga Aku biarkan. Sakit ini ibarat bom masa yang bila-bila sahaja akan  meletup membunuh Aku. Pintu rumah terbuka, hujan lebat membasahi bumi dan langit malam yang langsung tiada bintang.

Tuhan...katakan ini hanyalah mimpi. Tolong sesiapa sahaja bangunkan Aku daripada mimpi ngeri ini. Aku mohon.

Pasu, trofi dan segala benda perhiasan yang ada di depan mata Aku lempar semahu-mahunya ke dinding. Dada berombak-rombak, bunyi kaca pecah dan serpihan tajam itu berterabur merata-rata di lantai.

ZARWo Geschichten leben. Entdecke jetzt