9

32 6 64
                                    

"Menyusahkan!" Jerit anieq itu dan memukul-mukul stereng keretanya

Mereka berempat hanya duduk di tempat duduk belakang itu apabila papa mereka sudah mula mengamuk

Tiada siapa pun diantara mereka yang berani bersuara. Hadif dan Naufal pula bila nampak sahaja anieq memang laju mereka melarikan diri

"Papa suruh korang mengaji bukannya main bola malam-malam buta ni!" Marah anieq lagi

Mereka hanya berdiam diri, tiada siapa pun yang mampu bersuara pada ketika itu

Mereka berdiam diri sehinggalah mereka sampai di rumah. Sampai sahaja di rumah laju mereka semua masuk ke dalam

"Mama!" Zaheen menangis sambil mencari mamanya

"Ya Allah, Zaheen" laju Misha memeluk anaknya itu

"Korang semua ok tak? Ya Allah, risau mama korang semua pergi mana?" Misha memeluk satu persatu anak-anaknya itu

"Diorang ni pergi main bola malam-malam macam ni" anieq yang geram sangat dengan perilaku anak-anaknya itu lantas menarik tangan edlan dan memukulnya

"Pa, sakit pa" adu Edlan. Menangis Edlan jadinya

"Papa sudahlah tu" Edry cuba mencelah di sebalik kekecohan itu

Misha yang melihat perkara sebegitu terkejut jadinya. Lantas ditariknya Luqman agar mendekat ke arah Zaheen dan memegang tangan anieq itu

"Anieq dahlah tu, ni anak-anak saya juga tau" Misha memegang kuat lengan anieq itu

Anieq menggeluh kuat "diorang ni pergi main bola dekat padang tu awak tahu tak?!"

Anieq mencerlung tajam ke arah edlan "Edlan tu sulung tahu tak?! Papa dengan mama ni mengharapkan edlan jaga adik-adik bukan ikut sekali adik-adik kalau nak buat apa je! Kamu tu sulung cuba bertanggungjawab sikit!"

Ditengkingnya edlan itu lagi. Luqman yang melihat hal tersebut memandang Zaheen yang berada di dalam pelukan nya

Dia menarik nafas panjang, pasrah dan redha dengan apa yang bakal dihadapi

"Luq yang ajak" Luqman mula mencelah

Lantas semua mata disitu tertumpu ke arahnya apabila Luqman mula bersuara. Edlan pula sudah menggeleng perlahan

"Along ada larang kitaorang tapi luq yang nak main jadi luq pujuklah abang edlan sampai dapat"

Takut-takut, Luqman mencuba bertentang mata dengan anieq yang sudah menatapnya dengan tajam itu

"Pangg"

Badan Luqman sedikit tersentak ke bahagian kiri apabila dirasakan pipi kanannya dilempang

Luqman menyentuh pipinya itu perlahan. Tidaklah sakit mana lempang dari papanya itu namun lebih kepada terkejut sahaja

"Abang! Apa buat Luqman macam tu?" Laju Misha mendekat ke arah Luqman yang masih memegang pipi kanannya itu

Anieq menggeluh kuat, dipandang satu persatu wajah anaknya yang berada di ruang tamu

"Korang ingat papa ni nak sangat ke pukul korang ni? Tapi korang ni tak sedar tindakan korang tu menyusahkan orang lain! Pergi main bola dekat padang tu! Buat bising apa semua menggangu kejiranan tu lepastu kalau kena culik macam mana!"

"Anieq, dah!" Misha mencelah, anak-anaknya dah menangis-nangis dah tu

Husna pula sedang tidur di atas. Nanti satu hal juga kalau Husna terbangun sekali disebabkan oleh suara tengkingan anieq itu

Puasa Oh PuasaWhere stories live. Discover now