Aku pandang sepersalinan baju kurung bewarna ungu muda di depanku lama.

" ya Allah, kekalkan bahagia yang Kau pinjamkan ini." doanya di dalam hati.

Tangannya baru nak menyalin pakaian, tiba-tiba telefonnya berdering minta diangkat. 

Zulfan Iskandar

Sebaris nama tertera di skrin telefon menunjukkan siapa pemanggil di sebelah sana. Cepat-cepat aku geser ke kanan, mengangkat panggilannya.

" Assalamualaikum." dia sapa terlebih dahulu setelah aku mengangkat.

" waalaikumussalam. ye, kenapa call ni?" aku duduk di birai katil  sambil tangan kanan memegang baju kurungnya.

" tak boleh ke nak call?" Zulfan menyoal balik. Dia naik kereta asing dengan keluarganya sebab barang-barang hantaran semuanya disumbat dalam kereta dia.

" bukan lah tak boleh tapi awak mesti tengah drive kan? bahaya lah." dia suka sangat call time drive. Aku risau tahu tak.

" saya tak pegang pun fon. Saya bukak loud speaker." beritahu Zulfan. Stereng kereta dipusing ke kanan, masuk ke lorong kanan keluar dari Johor.

" kenapa call?" aku mengulang semula soalan pertama aku tadi.

" teman saya drive sampai rumah awak." pintanya perlahan.

" mana boleh. Saya nak bersiap lagi, nak tolong apa yang patut lagi sementara family awak sampai." aku menolak laju.

" nanti saya mengantuk." Zulfan bagi alasan.

" no. Tak boleh. Fullstop." aku tegas menolak lagi.

" hmm, ye lah. Saya off dulu." Zulfan berjauh hati.

" okey. Hati-hati drive. Kalau mengantuk makan chewing gum." sempat aku menitipkan pesanan untuknya.

" hmm." hanya itu yang dibalas Zulfan sebelum lelaki tu tutup panggilan.

" macam budak-budak aje perangainya." aku menggeleng bila talian putus. Malas nak fikir, dia kembali bangun menuju ke bilik air. Nak tukar baju t-shirtnya.



" nasib lah dapat buah hati jenis hati beku." Zulfan mengomel sendiri. Radio dibuka menghilangkan suasana sunyi, takut dia mengantuk walaupun sekarang masih pagi.

Dia akan habis intern dalam masa 3 bulan lagi kemudian majlis convocationnya. Dia bercadang nak sambung Master memandangkan impiannya jadi Pensyarah. Dua tiga hari yang lepas, dia dah plan flow beberapa tahun akan datang dengan Safiyyah.

Mereka akan bertunang sampai lah Safiyyah kembali ke Malaysia setelah tamat Masternya. Walaupun jauh di sudut hatinya, dia risau. Bukan kerana takut hati gadis itu berubah, tapi dia takut apa-apa jadi di antara mereka sehingga terputusnya hubungan yang ada. Dia tak percayakan dunia yang penuh fitnah ni, bukan tak percayakan Safiyyah.

Athirah masih tetap menganggunya walaupun dah tahu dia dah ada Safiyyah. Dah la mereka intern di tempat yang sama. Dia takut gadis tu mengundang fitnah padanya satu hari nanti.

" ya Allah, permudahkan urusan aku hari ni." doanya di dalam hati. Baju kemeja ungu muda yang dipakai ditilik melalui cermin pandang belakang. Baju ni dipilih Safiyyah sendiri. Katanya, dah lama nak tengok dia pakai baju warna ungu muda.

Kereta ayahnya dibelakang dipandang sekilas. Mereka hanya pergi satu keluarga. Atas permintaannya, dia tak mahu keluarga besar mereka tahu yang dia bakal bertunang. Bukan nak rahsiakan, tapi buat sementara waktu dia nak sembunyikan pertunangan mereka atas saranan agama yang menyuruh rahsiakan pertunangan, sebarkan perkahwinan.

Kaki kanannya menekan pedal minyak menambahkan kelajuan kereta, ingin mengejar waktu menuju ke Pahang.




" Zulfan tak ada call kamu ke, dik?" soal mama bila aku turun dan dah siap berbaju kurung di depan ahli keluargaku.

" ada tadi ma. Kejap lagi sampai lah tu." aku menjawab padahal tak tahu Zulfan dah sampai mana. Terlupa pulak dia nak tanya tadi.

Papa dengan along dah duduk di luar menyambut jiran yang datang memandangkan jam dah berginjak ke jam 12, waktu mereka memanggil jiran datang ke rumah.

" jemput masuk ke rumah. Yang perempuan boleh terus ke dapur, ya." dari dalam aku dengar suara Papa beramah mesra dengan jiran-jiran kami.

" anak kamu yang mana nak bertunang tu, Mad?" aku mencuri dengar lagi perbualan salah seorang pakcik yang datang bersalaman dengan papa.

" anak aku yang bongsu lah, Wan. Aku mana ada anak lain dah. Dua orang ni aje. Yang sulung dah kahwin, tinggal yang bongsu aje lah." hanya itu yang dia dengar apa yang papa balas sebelum kaki dibawa ke dapur. Baik dia bercampur dengan makcik-makcik kat dapur ni.


" haa, rombongan dah sampai. Rombongan dah sampai." tak sampai beberapa minit aku duduk di dapur, terdengar suara jiran-jiran bagitahu keluarga Zulfan dah sampai.



Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)Where stories live. Discover now