Daryna&Aryan 1

8.7K 257 4
                                    

"Daryna...Turun bawah sayang. Umi ada hal nak bincang dengan kamu."arah Tengku Alya. Perlahan-lahan pintu bilik Daryna terbuka.
"Umi nak bincang pasal apa?"soal Daryna yang baru turun dari biliknya.

"Meh sini duduk dengan umi."ajak Tengku Alya. Langkahnya di atur pergi ke arah uminya. Punggung mula di labuhkannya di samping uminya. "Kenapa umi?"soal Daryna sekali lagi.

"Kalau umi cakap pasal ni...Daryna tak marah umi kan?"soal Tengku Alya dengan nada suara yang lembut. "Jangan risau umi...Ryna takkan marah umi pun."balas Daryna dengan senyuman manisnya.

"Oke, kalau kamu cakap macam tu umi beritahu kamu lah ye. Sebenarnya umi dengan Tengku Aisya ni berkawan."belum sempat Tengku Alya ingin menyambung percakapannya Daryna terus membidas.

"Tengku Aisya ibu kepada Aryan ke?"soal Daryna. "Iya sayang...Tengku Aisya ibu kepada Aryan."jawap Tengku Alya. Daryna menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Umi dan Tengku Aisya bercadang nak satukan kamu dengan Aryan. Kamu setuju ke jika kamu di jodohkan dengan Aryan?"soal Tengku Alya. Tersenyum nipis Daryna mendengar soalan uminya itu.

"Jika itu ibu mahukan, Daryna terima dengan pintu hari terbuka."balas Daryna dengan suara yang lembut. Hatinya mula berdegup kencang.
"Maksudnya Daryna terima Aryan sebagai calon suami kamu?"soal Tengku Alya ingin kepastian.

"Ya umi."balas Daryna lagi. Tersenyum simpul Tengku Alya mendengar balasan daripada anaknya. "Malam ni siap-siap tau. Kita nak pergi dinner dengan Tengku Aisya dan suami dia sekali."pesan Tengku Alya.

"Aryan ada ke?"soal Daryna. "Ada sayang, dah tu, pergi makan nanti kamu gestrick."ujar Tengku Alya. Daryna mula menayangkan senyuman nipisnya.

Jika ini takdirnya di jodohkan dengan Aryan, dia terima jejaka itu dengan hati yang terbuka. Lagi pun sudah lama dia menyukai Aryan. Tetapi dia tahu yang dahulu Aryan sudah pun berpunya, namun sekarang Aryan telah pun menjadi calon suaminya.

Daryna berharap rumah tangga mereka akan bahagia macam rumah tangga orang lain.

'Ya Allah aku besyukur kepada mu kerana telah menjodohkan hamba mu ini dengan orang yang dia cintai.'ucap hati Daryna. Besyukur dia dapat di jodohkan dengan jejaka idamannya.

Nasi yang belum di cicipnya itu di main-main kan menggunakan sudu. Daryna sedang memikirkan tentang kehidupannya nanti bila hidup bersuami istri dengan Aryan.

"Hey! Jauh termenung."tegur Tengku Zafwan kepada anak perempuannya yang dari tadi memainkan nasi. Tekejut besar Daryna di buatnya. "Eh, ayah...Mana ada Daryna termenung."nafinya.

"Ye lah tu...Ke kamu fikir tentang calon suami kamu tu?"soal Tengku Zafwan dengan nada mengusik. Kulit putih Daryna terus bertukar menjadi warna merah padam disebabkan usikkan daripada ayahnya.

"Ih! Ayah ni! Mana ada Daryna fikir pasal dia."nafinya lagi. Tengku Zafwan langsung menghamburkan tawanya. "Kesian nasi tu kamu tak cicip dia lagi, dah lah tu fikir pasal Aryan. Makan nasi tu dulu."ujar Tengku Zafwan.

"Mana ada Daryna fikir pasal dia lah ayah! Ayah ni sengaja tau bikin Daryna marah."bahu ayahnya langsung di pukul secara perlahan. Ayahnya kalau tak mengusik satu hari memang tak sah.

...

Jam menunjukkan pukul 8:00 malam, Daryna sudah pun cantik mengenakan abaya satinnya yang bewarna biru serta selendang yang elok tersarung di kepalanya.

Sebelum Daryna melangkah keluar dari biliknya dia ingin memastikan dirinya sudah pun cantik dan kemas di hadapan cermin.

Bibirnya mula menerbitkan senyuman nipis di dalam cermin itu. Berpuas hati dia dengan penampilan dirinya di dalam cermin.

Istri Yang Di Benci Where stories live. Discover now