“Ouhh, kesian la pulak dekat you. Kitaorang dengar you dah kahwin, mana husband? Takkan tak datang kot, rasanya still dalam fasa bulan madu. Entah-entah your husband pergi jumpa perempuan lain, itu yang tinggal you sorang-sorang ni.”

Telinga Aku terasa berdesing, ditambah pula dengan ketawa nyaring tidak ubah seperti langsuir menjamah telinga. Silap besar lah hendak bermain dengan Adwa Naila, engkau ingat Aku serupa perempuan lembik drama pukul tujuh?.

Aku tarik senyuman sinis. Langkah dibawa menuju ke arah hadapan lalu bibir Aku bawa merapat pada telinga salah sesorang daripada mereka.

“I ok je kalau sorang-sorang, lain lah macam you all, hidup 24 jam bergantung pada usaha orang lain. I pun hairan macam mana lah free rider macam you guys ni boleh graduate?, Kesian dekat mama dengan papa you, mesti bangga kan diorang dapat anak yang pandai tapi hakikatnya pandai gunakan tenaga orang lain?, Nanti bila you masuk kerja, jangan lah guna cable pulak. Takut nanti bila boss you suruh buat minit mensyurat  you guys buat serupa budak tadika punya hasil kerja ya?”

Dengan nada yang cukup lembut tetapi sinis Aku tuturkan ayat itu. Puas hati Aku apabila melihat riak wajah mereka berubah seratus peratus, hendak rasa bersalah dalam diri?. Tidak lah, kerana apa yang Aku lontarkan itu adalah fakta bukanya auta. Lagi bertambah puas apabila gadis-gadis di hadapan Aku ini berjalan pergi dengan high heel yang sengaja dihentak kuat pada lantai.

Koyak lah tu!. Betul lah, kalau masuk universiti semata-mata hendak menjadi free rider, bergaya sana sini, better ambil borang berhenti dan berambus keluar kerana ada yang lebih layak untuk gantikan tempat mereka.

“Kau cari fasal lagi dengan Aku, patutnya Aku tenyeh mulut si peah-peah tu dengan air longkang, padan sangat”. Gumam Aku sendirian.

Aku kerling jam sekilas, sudah lewat. Lagipun kalau Aku berada lama-lama di Dewan Canselor ini bukanya dapat apa. Handbang diambil, kaca mata hitam Aku sarungkan, Scroll ijazah sarjana muda ini Aku genggam erat.

Nelson Mendela pernah berkata, Education is the most powerful weapon which you can use to change the world. Jadinya selagi ada peluang untuk melanjutkan perlajaran, untuk menambah ilmu mengapa kita tidak kecapi peluang itu?,

Aku bawa langkah kaki ku menuju ke arah kereta yang diparkir tidak jauh, malam ini rasanya Aku keseorangan lagi, Zafran entah bila pulang nya. Namun lagi beberapa tapak sebelum Aku Sampai pada destinasi yang dituju, ada seorang kanak-kanak kecil berusia sepuluh tahun datang kepadaku dan menghulur sesuatu. Berkerut dahi dibuatnya.

"Apa ni adik?”

“Tadi ada abang tu, dia suruh adik bagi ni.”

Lagi berkerut seribu dahi dibuatnya, namun huluran kertas hijau itu tetap sahaja Aku sambut. Lalu kanak-kanak itu berlari pergi ke ibunya semula.

Kertas hijau di tangan Aku buka lipatanya, dan di atas kertas itu terlakar satu peta. Peta yang ditulis menggunakan pen berdakwat hitam.

Takkan lah Zafran bagi?, hendak beri kejutan pun Aku sendiri nampak bahawa dia sudah berada di company papa semenjak pagi tadi. Baru beberapa minit yang lalu dia menghantar gambar sebagai bukti.

Takkan lah...

Tanpa banyak songeh, Aku mengikut  peta yang dilakarkan ini. Belok kiri kanan, berjalan melepasi bilik kuliah, dewan serbaguna kecil dan cafe. Selang beberapa minit akhirnya Aku tiba di rumah kaca yang saiz nya merangkumi dua bangunan sederhana besar. Rumah kaca ini milik Taman Botani Fakulti Sains, jujurnya Aku jarang datang ke sini, kalau ada pun hanya beberapa kali. Itupun disebabkan ada bilik-bilik pensyarah berdekatan tempat ini.

Mata dibawa melilau ke segenap arah, tiada sesiapa pun di sini. Iyalah masing-masing sibuk dengan majlis konvekesyen di dewan sana .Bunyi burung berkicaun menjamah telinga.

ZARWhere stories live. Discover now