Di bawah langit yang mendung dia menatap sayu pusara arwah neneknya yang baharu saja meninggalkannya setelah pemergian ibunya dua tahun yang lalu. Tidak dia menyangka seorang lagi insan yang dia sayangi pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya .
"Kayla sudah la tu mari balik nak" kata Tuan Fazry iaitu bapa kepada Mikayla Daneena.
"Nek , Kayla balik dulu ya. Ada masa Kayla datang ziarah kubur nenek lagi" . Mikayla bangun dari duduknya lalu mengikut langkah bapanya ke kereta Audi milik Tuan Fazry.
Setelah masuk ke kereta ibu tirinya iaitu aunty Shery menyapanya "Dah habis dah drama air mata kau tu? Punya lah lama aku tunggu dalam kereta ni !" kata aunty Shery dengan nada sinis .
"Sudah-sudah lah tu Shery , Kayla tu dia sedih lagi kan nenek dia baru je meninggal" kata Tuan Fazry kepada isteri keduanya .
"Back up sangat lah anak abang yang terlebih manja tu" kata Aunty Shery yang tidak berpuas hati.
"Sabar ye adik" kata Mikhael iaitu abang kepada Mikayla. Dia mengusap bahu adiknya itu supaya bertenang dan tidak terasa hati dengan ibu tirinya.
Mikayla menganggukkan kepala dan tersenyum ke arah abangnya itu.
Ibu kepada Mikayla sudah meninggal dua tahun yang lalu akibat barah hati. Setelah pemergian ibunya, Mikayla tinggal bersama Nek Mah iaitu emak kepada arwah ibunya . Manakala Mikhael tinggal bersama ayahnya di Kuala Lumpur untuk menjaga rumah ketika ketiadaan bapanya .
Suasana di dalam kereta sunyi sepi tanpa sebarang bunyi. Hanya kedengaran bunyi air hujan yang menimpa kenderaan yang dinaiki mereka sahaja.
"Kayla lepasni sampai rumah nenek terus kemas barang-barang , petang ni kita semua bertolak balik rumah papa , esok papa ada kerja yang perlu disiapkan" kata Tuan Fazry memulakan percakapan.
"Okay papa" balas Mikayla ringkas.
ESTÁS LEYENDO
My Coldest Protector
Novela Juvenil- Mikayla Daneena - Seorang gadis yang kehilangan ibunda tercintanya dua tahun yang lepas dan kini kehilangan nenek kesayangannya. Selepas kematian neneknya dia kembali tinggal di rumah bapanya bersama seorang ibu tiri dan adik tiri yang tidak suka...
