“Sayang sayang naik lori lah.” Aku masih dengan rajuk ku. Dia hela nafas lembut, lalu tubuhku dia bawa ke dalam dakapanya. Rambut pula dia usap dengan penuh berhati-hati. Seolah- olah Aku ini adalah patung porselin yang mudah pecah.

“I'm so sorry sayang, Zaf mintak maaf sangat-sangat, Zaf janji after kerja Zaf selesai dekat company papa, Zaf akan temankan sayang, I buy you anything that you want.”. Marahku mula reda.

Betullah kalau dengan insan yang bergelar kekasih hati ini, mana mungkin akan panas dalam jangka waktu yang lama.

Cinta itu gila, mampu membuatkan insan yang cerdik menjadi rosak akal fikiran. Sama seperti keadaan diriku sekarang. Kalau dia bukan cinta hati bahkan suami, mungkin sudah lama terteleng wajah itu ke tepi kerana tamparan daripada Aku asbab menolak permintaan yang terasa besar bagiku.

Namun melihat wajahnya yang lembut, membuatkan hati ini tidak mampu marah akan dirinya.

Kerana sayang dan cinta.

“ Anything?”

“ Yes, anything yang sayang Zafran nak.”
Pelukanya Aku balas. Erat. Dengan senyuman yang semakin meleret. Perkataan sayang Aku ucapkan padanya.

“ Sayang Zaf.”

“ But I love you more my dear Adwa.”. Aku cebikkan bibir, tidak mahu kalah. Pipi Zafran yang bersih itu Aku cubit perlahan.

“ Tapi Adwa lebih sayangkan Zafran, lagi banyak daripada bilangan bintang yang ada dalam milky way.”. Dia ketawa perlahan, hidung Aku dia cubit lembut.

“ Then I love you infinity my dear Adwa. Infinity"

Zar kerdipkan mata beberapa kali. Perhatian dirinya cuba difokuskan pada buku yang ada di tangan. Sudah menjadi kelaziman baginya untuk membaca sekurang-kurangnya satu buku. Dan malam ni, novel seram menjadi pilihan dirinya.

Walhal dirinya penakut bukan main kepalang. Harap sahaja badan tegap, perangai serupa budak-budak nakal, padahal dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu betapa pengecut dirinya
apabila melibatkan hal-hal yang berkaitan mistik. Lemparlah lipas, cicak, cicak kobeng, labah-labah ataupun buaya darat seperti suami Adwa, itu semua hanyalah satu hama pada pandangan mata Zar, tetapi kalau melibatkan hal-hal seperti ini, dirinya mintak simpang, jangan disuruh dia selesaikan.

“Laa awat laa watak utama dalam novel ni bodoh sangat, dah tau kak langsir duk kat situ pasaipa dia pi junguk?”

Gumamnya sendirian, jari kuku secara tidak sedar digigit perlahan, namun muka surat seterusnya tetap diselak.
Helain demi helain, bulu romanya terasa menegak, badanya juga terasa merinding. Namun digagahkan diri untuk dia habiskan novel ini. Kalau dia sendiri takut deengan hal seperti ini, bagaimana dia akan menjadi pelindung buat Adwa?

Seminggu dia patah hati, seminggu juga dia lakukan pelbagai perkara yang boleh membuatkan dirinya lupa akan Adwa Naila, namun semuanya sia-sia.

Hati yang berdegup di dalam diri terlalu degil untuk move on selepas apa yang sudah berlaku. Si dia yang sudah bergelar isteri orang, dan Zar yang masih tetap berada di tempat yang sama. Setelah dia fikirkan masak-masak, dia bulatkan hati bahawa dirinya...

Akan sentiasa untuk Adwa Naila. Dan dia juga tetapkan satu prinsip baharu dalam diri, yang berangan itu adalah percuma.

“ Laaa Aku tak boleh sungguh laa.”

Habis sumpah seranah meluncur laju dari bibirnya apabila watak utama di dalam novel seram itu melakukan sesuatu yang luar dek akal. Tangan Zar semakin galak menyelak, hingga terhenti pada satu muka surat. Hero utama di dalam novel itu ditarik oleh kelibat yang mengintai di sebalik pintu, tubuh badan Zar terasa seram sejuk.

ZARWhere stories live. Discover now