" tak pe lah macam tu. Kita berhenti stesen minyak kejap, saya nak isi minyak." Zulfan belok keretanya ke kiri, masuk ke stesen minyak.

Aku hanya diam akur. Takkan nak bergerak tak ada minyak pulak nanti. Telefon dibuka sementara menunggu Zulfan selesai isi minyak.





" abang, adik dah otw balik rumah dengan Iskandar." Puan Kalsom beritahu suaminya, Ahmad Nizam.

" along balik jugak ke hari ni?" tanya Encik Ahmad. Surat khabar di tangan dilipat dua lalu diletak di sisi meja makan.

" katanya nak balik, nak tengok calon adik ipar dia. Tapi tak tahu lah dia kalau tak jadi, tak tanya pulak." balas Puan Kalsom. Semalam dia call anak sulungnya, Muhammad Nafi Muiz bagitahu Safiyyah bawa balik bakal calon suaminya.

" ye lah, ni nak saya pergi barang masak tak? ke awak nak ikut sekali?" tanya Encik Ahmad. Selalunya kalau anak-anak nak balik, isterinya akan kirim barang masak nak dibeli.

" saya ikut abang lah. Macam banyak barang aje nak beli ni. Cucu menantu kita lagi nak balik." balas Puan Kalsom yang sibuk menulis barang-barang yang nak dibeli. Kalau tak tulis elok-elok, nanti dia terlupa barang yang nak dibeli.

" ye lah, abang tunggu kat luar. Nanti siap bagitahu abang." Encik Ahmad bangun. Nak pergi hirup udara pagi kat luar rumah sementara menunggu isterinya.

" ye lah." sahut Puan Kalsom perlahan. Otaknya masih fikir barang-barang yang nak dibeli nanti.




" nah, roti coklat dengan dutch lady coklat. Lapik dulu perut sementara nak sampai rumah awak." Zulfan hulur sebungkus coklat dan sekotak air bila masuk ke dalam perut kereta selepas isi minyak. Sempat dia masuk kedai di stesen minyak beli  untuk lapik perut Safiyyah.

Aku mengangkat kepala memandang makanan di tangan Zulfan.

" eh, tak payah pun. Saya boleh tahan je sebab dah biasa tak makan breakfast." aku tolak lembut pemberiannya.

" tu awak, kalau dengan saya kena makan. Jaga jadual makan, mana boleh skip waktu makan. Nanti sistem badan tak betul. Ambik cepat, saya nak drive ni." gesa Zulfan. Kereta di belakangnya nak isi minyak pulak.

Aku hanya akur. Tangan mengambil roti dan air di tangan Zulfan segan.

" macam mana nak duduk negara orang ni kalau makan pun tak boleh jaga? Nanti sakit siapa susah?" bebel Zulfan bila kereta yang dibawanya dah keluar stesen minyak.

" saya tak ada gastrik, kalau skip breakfast pun takde masalah." balasku. Mulut menggigit roti coklat sikit.

" haa ye lah. Tunggu nak ada sakit baru nak jaga, nanti kalau dapat penyakit sebab tak jaga lagi susah tahu?" tegur Zulfan tak senang hati. Macam mana dia nak lepas Safiyyah ke luar negara seorang diri kalau macam ni gayanya.

" ye lah, Encik Muhammad Zulfan Iskandar." sengaja aku sebut nama panjangnya. Kalau aku seru nama panjang dia, dia terus senyap tak kata apa dah.

Zulfan diam tak puas hati. Tahu saja dia lemah kalau aku panggil nama dia.

" jaga makan, sayang. Badan nak guna lama." akhirnya dia nasihat lembut. Tak boleh nak cakap apa kalau orang tak nak dengar cakap ni melainkan mengalah.

" iya lah, nanti lepas ni saya jaga makan." Kalau dia lemah aku sebut nama penuhnya, aku lemah kalau dia panggil aku sayang. Tipu lah kalau perempuan tak melting kalau orang panggil dia sayang.

Setelah itu kami mula buka topik lain tak nak bagi kereta senyap.

" Nanti kalau awak dah kerja, mesti ramai yang sangkut dengan awak kan?" saja aku menyoal, hilangkan bosan.

" biar lah, saya dah sangkut dengan awak." balas Zulfan mudah. Dia bukan peduli pun dengan perempuan lain.

" tapi kan orang yang suka awak tu bekerjaya, pandai, cantik. Lebih dari saya apa?" aku bukan nak uji dia tapi memang aku selalu fikirkan yang aku tiada apa yang nak dibanggakan untuk ada dengan dia.

" biar lah, tu rezeki diorang. Rezeki saya dengan awak lain. Mana boleh samakan rezeki kita dengan orang lain. Kalau awak tak kerja sekalipun, saya boleh tanggung awak. Jangan risau." Zulfan layankan saja soalan-soalan yang seakan-akan menjerat dirinya.

" kenapa awak yakin kita akan bersama?" aku tanya lagi. Soalan ni dah lama aku nak tanya dia.

" sebab, saya yakin dengan doa saya. Saya doa kita berjodoh, saya yakin Allah akan makbulkan doa saya." 

Jawapan Zulfan buat aku terdiam. Aku doakan kami berjodoh tapi aku selalu rasa aku tak layak untuk dia dan aku selalu fikir kami tak berjodoh. Kadang aku yakin dengan doaku, kadang aku takut untuk menaruh harapan pada doaku sendiri. Aku takut, aku takut satu hari nanti doaku tak terjawab seperti yang aku pinta.

" yakin dengan Allah, yakin dengan usaha kita. Saya cuba untuk ikat awak, saya cuba untuk halalkan awak dan saya percaya usaha saya akan buahkan hasil yang saya nak." sambung Zulfan lagi.


Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)Where stories live. Discover now