CHAPTER 1

16 7 6
                                    

➳༻❀✿❀༺➳

Eve melihat sekelilingnya, luas. Sangat luas. Dia berdiri dan melangkah untuk menelusuri tempat yang telah dijejaki demi melepaskan diri daripada makcik-makcik yang kejar dia. Tempat tu... Entahlah. Eve pun tak tahu macam mana nak jelaskan. Singkatnya, kat sana ada pokok, daun, rumput, dan di tengah-tengah tempat tu ada rumah? Tapi bukan rumah yang cantik, besar dan megah, melainkan rumah tu nampak suram,kecil dan..macam tak berpenghuni. Garisi perkataan MACAM.

Berkat penglihatan Eve yang tajam seperti helang, dia boleh nampak ada 2 pengawal yang tengah berjaga kat pintu depan rumah tu. Oh jap, correction 'tengah tidur'. Ha, pengawal-pengawal tu tengah tidur.

Eve berasa dia tak patut ada kat tempat tu. Hati dia suruh pergi dari situ daripada ambil tahu tentang perkara yang tak sepatutnya dia tahu, tapi otak  berkata pergi je. Eve berfikir sejenak,mungkin ada untungnya juga pergi ke sana. Manalah tahu dalam tu ada emas ngan berlian, untung juga Eve jual. Boleh jadi Bilionaire kut!!

➳༻❀✿❀༺➳

Singkat cerita, Eve berjaya masuk dalam rumah tu melalui laluan belakang. Nasib baik pengawal-pengawal yang berjaga tu tengah tidur, takde la terjadi sesi kena tangkaplah, kena soalan lah. Huft.. Baru fikir pun dah buat Eve Menegakkan bulu romanya, apatah lagi kalau betul-betul terjadi.

Okay okay, mari kita buang semua tentang apa yang baru saja dipikirkan oleh Eve. Eve yang sebelumnya berfikir bahawa ada emas serta berlian di dalam rumah tu rupanya salah. Dalam rumah tu, terdapat banyak sel yang dipenuhi dengan tahanan? Entahlah,Eve pun tak tahu. Sejujurnya, Eve sekarang sedang gementar akibat melihat para tahanan dalam sel tu. Bukan sebab dia orang nampak seram tapi... SEMUA TAHANAN TU GILAAA!!!

Berpeluh Eve dibuatnya, adalah tahanan yang teriak teriak, adalah yang ketawa ketawa dan banyak lagi lah!! Tapi ada satu tahanan yang buat Eve terhairan hairan dan mungkin sedikit kesian(?), entah lah. Sebabnya, tahanan tu nampak macam budak kecik, pastu kurus pula. Eve memberanikan diri untuk mendekati sel tahanan tu, dengan jarak 5 meter dari sel tahanan tu, Eve boleh merasakan yang budak tu tengah tengok dia melalui ekor mata. Meneguk mudahnya dengan susah payah, Eve memberanikan untuk bersuara."E-Em... Helo?" Helo? Apekah benda yang Eve cakap, Helo kepada orang gila? Aduhai.

➳༻❀✿❀༺➳

HEI HEI HEIII WHAT DO YOU GUYS THINK? IS IT BORING:') I FEEL LIKE IT'S SO BORING HEHEHE

DUKE, PLEASE STOP CHASING MEWhere stories live. Discover now