Aku hanya diam tak membalas. Risau kata-katanya hanya menambah minyak ke api sehingga membawa pergaduhan.

" ajar dia sikit, Ana." salah seorang dari mereka sengaja menjadi batu api.

" bagi dia rasa sikit, Ana." sambut yang lain.

Mukaku menjadi pucat bila perempuan yang dipanggil Ana tu senyum jahat padaku. Dia menapak lebih dekat ke arah aku.

" s-saya tak buat benda jahat pun." aku membela diri walaupun takut.

" diam." arahnya keras. Aku terus menunduk ke bawah memandang tanah yang dipijak.

Melihat aku leka memandang bawah, tangannya sepantas kilat ingin menikamku.

" aaahh." mata dipejam rapat sambil mulut spontan menjerit.

Agak lama matanya dipejam tapi dia tak rasakan apa-apa sakit. Dia menghela nafas perlahan bila sedar Allah masih panjangkan umurnya. Mata dibuka tapi pandangannya terhalang bila Zulfan berada di depannya.

" Zulfan, apa awak buat kat sini?" aku menyoalnya laju tapi lidah tiba-tiba kelu bila dia nampak setitik demi setitik darah menitik di atas tanah.

" Suhana!!" jerit Ibu Aisyah kuat menahan marah.

" Awak." aku memanggil Zulfan panik bila nampak tangan kirinya yang mengenggam pisau mengalir darah laju.

Aku merapat ke arahnya lalu pisau yang dia genggam aku buang ke tanah. Aku menarik lengan bajunya mengikut aku menjauh daripada gadis yang hampir-hampir menikamku tadi.

" semua ikut ibu ke office. isi borang keluar dari sini. Ibu dah penat nak jaga perangai kamu semua. Tak pernah hormatkan tetamu Ibu. Mana ibu nak letak maruah ibu?" Ibu Aisyah lantang bersuara marah.

" kami pun tak pernah nak duduk tempat terkurung macam ni lah. Dah alang-alang kena buang ni baguslah. Kami pun boleh hidup bebas lepas ni." balas Suhana kurang ajar.

Aku hanya menggeleng bila mereka biadab dengan orang yang selama ni menjaga mereka seikhlas hati.



" Is, tangan kau." Haziq menegur bila sekumpulan gadis tadi mengikut Ibu Aisyah ke office. Sempat wanita berusia tu minta maaf pada Zulfan bagi pihak anak jagaannya.

" sikit je ni." Balas Zulfan tenang walaupun dia mendesis sakit perlahan. Nasib lukanya tak berapa dalam.

" Haziq, awak boleh tolong amik first aid tak? Saya nak rawat luka dia." Aku meminta tolong pada dia. Najwa yang sebelah hanya diam. Dia fobia dengan darah.

" Okay." Tanpa banyak kata, Haziq setuju.

" Nak ikut." Pinta Najwa. Dia tak boleh duduk sini lagi bila darah Zulfan masih tak berhenti.

Haziq mengerutkan dahi. Dah kenapa tiba-tiba nak ikut dia pulak ni. Dia mengalihkan matanya melihat ke arahku.

" She phobia with blood." Beritahuku tentang fobia Najwa dengan gerakan mulut tanpa suara pada Haziq.

Haziq mengangguk faham sebelum mengajak Najwa mengikutnya kembali ke dewan utama.


" duduk sini dulu." aku mengarah Zulfan duduk di tempat Suhana dan kumpulannya duduk tadi. Tangan masih lagi mengenggam kuat lengan bajunya.

Zulfan hanya menurut. Matanya tak lepas memandang muka aku dari tadi.

" awak bukak baju kemeja luar awak ni. Pakai t-shirt tak kat dalam?" aku kena hentikan darah yang keluar dari tangan dia takut nanti darahnya hilang banyak.

" pakai." Zulfan mengikut arahanku. Dia membuka baju kemeja kelabunya sebelum diserahkan padaku.

" saya nak bagi darah ni berhenti dulu sementara tunggu Haziq bawak first aid." aku beritahu dia. Bajunya tadi aku ikat pada pergelangan tangan kiri dia. Mata meliar mencari air bersih di sekeliling kami.

Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora