Dan hasilnya? Hawa mati, mati pada jiwanya. Hari demi hari Zar lihat sinar bahagia pada kolam mata itu mulai kosong, tiada yang tersisa. Bukan dia tidak cuba, berkali-kali dia mencuba untuk mengembalikan jiwa Hawa, dia berjanji itu ini. Namun hasilnya tetap sama, dia sanggup tangguhkan majlis mereka asalkan Hawa kembali pulih.

Namun wanita itu tidak mampu menunggu dirinya. Zar berjanji bahawa semuanya akan baik-baik sahaja. Berkali-kali dia memujuk Hawa, berkata bahawa dia masih menyayangi wanita itu setelah apa yang terjadi namun tidak pada si dia. Jijik. Marah. Sedih. Dan segala emosi negatif kerap bermain di fikiran wanita itu menyebabkan Hawa tekad untuk menamatkan hidupnya. Kekasihnya tidak dirampas oleh lelaki lain, namun kekasihnya memilih untuk menghadap illahi.

Dan itu salahnya kerana tidak membantu Hawa mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Satu titik hitam dalam kisah keluarga mereka. Dia redha, dia terima hakikat bahawa Hawa dan dia bukanlah kekasih untuk satu sama lain yang tertulis di luth Mahfuz namun tidak pada ayahnya.

Zar gelengkan kepala, ingin membuang bayangan masa lalu. Buat apa dia mengingati perkara lampau?. Dia sudah melepaskan Hawa sesungguhnya, tiada lagi rasa cinta pada si dia yang sudah terpisah dunia, yang ada hanyalah rasa ralat kerana terlambat menyelamatkan Hawa.

Hawa masa lalu, dan Adwa...masa kini yang tidak pasti buat dirinya. Esok dia bakal menerima satu lagi kenyataan perit. Rasanya apa yang dikatakan Endika benar berlaka, dia harus mandi bunga, biar untung sedikit dalam hal pencintaan.

Dia lihat lagi jam di tangan, sudah lewat. Kertas yang diberikan oleh ayahnya semalam menyebabkan dia terpacak di sini, di padang kota. Bukan sekali namun dia rasakan lebih daripada lima kali sudah ayahnya ingin menjodohkan dirinya dengan anak perempuan rakanya. Namun semua dia tolak mentah- mentah, diberi pelbagai alasan dan kali ini dia tiada pilihan.

Selain menjadi anak yang taat.

Walaupun hati berkali-kali menjerit tidak, menyuruh dirinya membawa langkah pergi. Pergi kepada Adwa.
Cinta matinya.

"Hang kan anak yang baik, hadap ja la Zar." Gumamnya lagi.

Padang kota, Penang. Jarang untuk kawasan ini lengang, sentiasa dipenuhi dengan orang ramai. Meriah disana sini. Menyebabkan kawasan ini sentiasa bingit, lampu berwarna warni yang digantung di pokok-pokok di sini menambahkan lagi rasa hidupnya . Penang, satu tempat yang layak digelar syurga makanan. Kalau orang luar datang ke sini tidak lain tidak bukan mencari Nasi Kandar, Pasembur dan lain-lain makanan yang menjadi daya tarikan Pulau Mutiara.

Sedang dia ralit memerhati laut malam, bahunya disentuh lembut dari arah belakang, dia pusingkan badan, di hadapanya ini ada seorang wanita. Tubuhnya kaku, tidak tahu hendak berikan reaksi apa.

"Awak anak Pak Zaihuddin dengan Puan Halimah?". Soal wanita asing itu.
Zar tidak angguk ataupun menggeleng.

Dia tahu di hadapan dirinya sekarang ini mesti orang yang dimaksudkan ayahnya. Tangan digepal kuat, ini bukan kehendaknya, ini bukan yang dia mahukan, lantas apa yang seharusnya dia lakukan sekarang?.

"Encik, betul ke? Ke saya salah orang?". Wanita di hadapanya menyoal lagi.

Dia mahukan Adwa, yang dia cintakan adalah Adwa Naila dan bukanya wanita lain. Dia ingat lagi ketika mana dia tidak sengaja menyebabkan wanita itu jatuh ke dalam bendang opah, ketika dia baling high heel Adwa hingga termasuk ke dalam reban ayam, ketika dia dan Adwa berbual di tepi pantai sambil memegang jajan di tangan, ketika dia selamatkan Adwa ketika mana wanita itu nyaris dilanggar, dan ketika mana Adwa merawati luka yang ada di badan akibat sifat keras kepalanya.

ZARWhere stories live. Discover now