Prolog

7 1 0
                                        

bahu puan Haliza yang ditepuk perlahan dari belakang menyedarkan beliau dari lamunan yang panjang.

" sayang.. " sapa encik Ridhuan dari belakang sambil tersenyum.
Puan Haliza terpinga-pinga seketika sebelum tersenyum kecil.
" jauh termenung. ingat sapa tu? " usik encik Ridhuan seraya memeluk bahu puan Haliza.

puan Haliza tersenyum kecil dengan usikan suaminya itu.

" tak de papa la bang. saya cuma teringat anak-anak kita. Dh besar dah kan diaorang sekarang? apa la khabar diaorang dekat sana.. " ujar puan Haliza sambil fikirannya jauh melayang terkenang anak-anaknya yang sedang berada jauh daripada diaorang.
sangat jauh.

Encik Ridhuan menghela nafas berat sebelum bahu puan Haliza diusap lembut.
" sayang.. awak tak payah risau sangat diaorang tu. tahu la diaorang berdua tu jaga diri.. " pujuk encik Ridhuan tak mahu isterinya susah hati mengenangkan anak-anak mereka.

" saya mama diaorang bang. Mestilah saya risau. Mak mana je yang tak risaukan anak-anaknya lagi-lagi bila diaorang jauh dari saya. Lagilah saya tak senang duduk " keluh Puan haliza.
dia bukannya apa. cuma terlalu rindukan anak-anaknya saja. sudah lama diaorang tak balik menjenguk dia dan suaminya.

" ya itu saya tahu. saya pun risaukan diaorang tapi awak tu kena jaga makan dan kesihatan awak. Awak kena sihat bila diaorang balik nanti "
pujuk encik Ridhuan dengan perlahan.
hati isterinya sejak kebelakangan ni sensitif.
cepat terasa.

" saya cuma.. tak nak perkara yang sama terjadi pada along berulang lagi. " keluh puan Haliza.
takut dia mahu memikirkan peristiwa hitam tersebut. sebak di hati mula terasa.
pilu dia mengenangkan anak pertamanya itu.

Encik Ridhuan mengeluh sebelum memeluk lembut isterinya.
" shush. dah dah. jangan difikirkan lagi. yang dah berlalu itu, biarkan berlalu. kita yang hidup perlu teruskan kehidupan " pujuk encik Ridhuan.

Merasa terpujuk, Puan haliza memusingkan kepalanya mengadap muka suaminya seraya tersenyum kecil.
ya, betul tu. dia perlu teruskan hidup, demi anak sulung dia.
" dah bang. jom kita masuk. sejuk dekat luar ni " ajak puan Haliza sambil tersenyum kecil.

melihatkan keadaan isterinya yang sudah baik itu , encik Ridhuan mula tersenyum lebar.
ha, macam tu la baru isteri Encik Ridhuan.

" ha ya la. mari masuk " ujar encik Ridhuan seraya memimpin tangan isterinya.

mereka melangkah masuk ke dalam rumah sambil berpegangan tangan dengan seribu satu rasa di dada.
menyesal, sebak, sedih, semuanya ada.

maafkan mama ya along.. mama gagal jadi mak yang terbaik untuk along..

maafkan papa ya along.. papa menyesal..andai masa dapat diputarkan semula, papa akan peluk erat kamu, bercerita dengan kamu..













Along anak kebanggaan mama dan papa..
jaga diri dekat sana ya ?
papa dan mama sentiasa doakan kamu.









kalau rasa best, vote tau hehe.
Insyaallah, nnty saya update cepat sikit kalau ada kelapangan waktu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 24, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PendamWhere stories live. Discover now