“Hang tau dak hang darah manis, mana boleh keluaq, ni kalau mak hang tau mampuih Aku kena beletiaq, tu hadiah untuk family belah laki tak packing lagi bilanya kita nak pack?”

Aku tekup mulutnya, mahu bernanah telinga Aku mendengar bebelan daripada mulut murainya. Aku buka pintu kereta, masukkan dia lalu enjin kereta dihidupkan. Aku meneliti notes di telefon pintar, Allahu banyak lagi yang harus Aku selesaikan.

Huh, hendak berkahwin pun memeningkan kepala!.

Danisya, nak Abang kupas kulit dak?”

Sedari tadi Zar perhatikan si kecil Danisya terkial-kial hendak mengupas kulit udang. Rata-rata udang yang dikupas semuanya sudah hancur. Zar geleng kecil. Ini kalau dibiarkan membazir sahaja udang masak lemak itu.

“ Eii Along kupas la pulak, Geram la Isya”.

Mulut kecil Danisya sudah memuncung sedepa, wajah comel itu sudah masam mencuka. Pinggan berisi nasi dan udang ditolak kasar kearah Zar. Mata sudah berair menunggu masa sahaja untuk tumpah. Lagi Zar rasa geli hati, Haih Danisya Danisya...udang pun boleh buatkan dia menangis. Melihat keadaan Danisya sekarang ini mengigatkan dia kepada Adwa Naila.

Wanita yang bakal bergelar isteri orang tidak lama lagi.

“Hang ni la Isya, takkan sebab udang pun nak nangis, cengeng semacam dah kenapa?”

“Along cakap senang la, Along pandai kupas, tangan Along besar, tangan Isya kecil”

Lagi galak Zar hemburkan tawa, sepanjang dia berada di rumah Ibu dan bapanya, Danisya banyak membuatkan dia ukirkan senyuman. Dahlia pula sudah berangkat ke Selangor. Tidak lain tidak bukan disebabkan oleh majlis akad nikah Adwa. Bukan Dahlia tidak mengajaknya, berkali-kali namun jawapanya tetap sama iaitu...

“ Aku takmau”

Dahlia hanya tahu membebel, mungkin disebabkan perangai keras kepalanya namun adiknya yang seorang itu tidak tahu perasaan sebenar yang dia rasa kepada Adwa. Dia kuat, dia tentera, dia tahan beban yang terlalu berat. Nyawa dirinya bukan sekali namun berkali-kali hampir melayang disebabkan kerjanya namun untuk melihat Adwa bergelar isteri kepada lelaki lain betul-betul di hadapan matanya?

Sama sekali tidak!. Kerana Adwa Naila mampu membuatkan seluruh jiwa dan raga Zar menjadi retak seribu umpama kaca yang jatuh berderai terhempas ke lantai.

Dia tarik senyuman hambar. Mungkin antara dia dan Adwa sudah sampai ke titik noktah. Antara dia dan Adwa memang ditakdirkan hanya menjadi sahabat buat satu sama lain, dan hubungan itu tidak akan lebih dari itu.

“ Nah, makan elok-elok, jangan duk polok satgi hang terlekat”.

Dia hulurkan kembali pinggan itu kepada Danisya, mata kembali fokus pada televisyen di hadapan. Berkerut dahinya apabila ianya menayangkan filem animasi. Dia ambil remote control, berniat untuk menukarkan siaran namun apabila matanya mengerling ke arah Danisya yang ralit menonton, niat di hati dibatalkan.

Didi and Friends pun boleh lah Zar. Janji Danisya ini tidak merajuk. Rajuk si bongsu ini jangan main-main!.

Adakalanya sampai berhari-hari. Pernah sekali dia berjanji untuk membawa Danisya ke kedai buku untuk membeli komik namun terpaksa dimungkari, hasilnya Danisya tidak bercakap dengan dirinya berhari-hari. Siap package jeling maut lagi.

“Mampuih sapa kawin dengan hang dik oii”. Katanya di dalam hati.

“Along tahu tak”. Kening Zar ternaik sedikit, dibawa badanya lebih mendekat ke arah adiknya itu,

“Tahu apa?”

“Dekat sekolah Adik, ada budak lelaki cakap dia suka adik”.

Terus terletus ketawa Zar. Tidak padan sekolah rendah sudah mahu bercinta cintun. Dulu sewaktu dirinya sebaya Danisya, yang dia tahu hanyalah balik sekolah, rembat basikal Nek Khadijah lalu beremba dengan budak kampung. Magrib baru pulang, ada kalanya kalau dia terlalu leka bermain, Ibunya akan menghambat dirinya untuk balik, siap package rotan di tangan. Namun dilayan sahaja topik yang adiknya bualkan ini.

ZARWhere stories live. Discover now