Nous avons mis à jour nos Directives de Contenu.
Consultez les dernières directives pour continuer à partager des histoires en toute sécurité.

part 1

30 0 0
                                        

---

Hana sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen yang memaparkan berita tentang penemuan hutan yang ditemui secara tiba-tiba.

Pemberita: Pada bulan lalu, sebuah hutan belantara telah ditemukan secara tiba-tiba oleh sekumpulan pendaki gunung di sekitar lokasi. Kerajaan telah menghantar beberapa kumpulan peneroka untuk menerokai hutan misteri tersebut. Namun, setelah beberapa minggu, para peneroka tersebut masih tidak kunjung kembali dan kami belum menerima sebarang khabar berita tentang mereka.

Hana yang menonton berita tersebut mula memikirkan idea yang gila dan terus berlari ke arah Bal dan Juju yang sedang berada di dapur. Hana menerjah masuk dan menjerit.

Hana: JOM PERGI!!

Bal dan juju yang sedang memotong sayur dan buah hampir membaling pisau yang mereka pegang kerana terkejut dengan teriakan Hana.

Bal: (dengan nada marah) Aku baling pisau ni kat muka kau kang, Hana. Nasib baik aku ingat Allah.

Hana hanya tersengih, tidak mengendahkan marah Bal.

Hana: Sorry lah, aku jadi excited pulak lepas tengok berita tadi.

Juju: Sejak bila kau jadi  bapak-bapak minat berita ni?

Hana: Berita tu tiba tiba kacau line aku time aku tengah tengok "Omar dan Hana."

Juju: Makes sense, kau memang takkan tengok berita. Kalau kau tengok berita, aku rasa kucing aku tersedak Whiskas.

Hana: Don’t underestimate me, kucing kau kan makan Royal Canin?

Bal: (dengan gelak) Apa kena mengena kucing ni? Tadi bukan kau ada sesuatu nak bagitahu? Ha apa benda yang keriyau sangat tu

Hana duduk dan menatap mereka dengan mata bersinar. Dia membuka telefon bimbit dan menunjukkan berita yang ditontonnya tadi.

Hana: Lihat ni. Takkan korang rasa kita tak perlu buat apa-apa?

Bal dan Juju melihat berita tersebut dengan teliti, tetapi Bal tampak tidak senang dengan idea itu.

Bal: Buat apa? Pergi sana, lepas tu mati sia-sia? Tak pasal ii kita bertiga jadi bangkai kat sana"

Hana: Ish, ko ni, ce fikir positif. Aku cuma nak ajak pergi sana dan siasat apa yang jadi pada peneroka-peneroka tu. Bukannya ajak mati berjemaaah.

Juju: (dengan keluh) Serabut aku dengar korang bergaduh. Kau ajak pergi hutan tu, dah tahu ke bahaya ke tidak? Aku tak nak hilang nyawa. Haziq masih menunggu aku di pelaminan.

Bal dan Hana menjeling ke arah Juju, yang hanya tertawa.

Bal: (berbisik kepada Hana) Syok sendiri kot minah ni.

Hana: (tertawa) Support je lah, biarkan dia berbahagia sebentar.

Juju: (mendengar) Bisik-bisik apa korang ni, huh?

Hana berdiri dan memotong kata-kata Juju.

Hana: Sudah-sudahlah, keputusan yang paling muda adalah muktamad. Aku rasa kita boleh pergi ke hutan tu minggu depan. Cuaca mungkin akan baik.

Bal: (ragu-ragu) Yakin ke?

Juju menutup mulut Bal dengan tangannya.

Juju: Lu diam dan sambung potong sayur tu.

Bal mengangguk dan meneruskan kerja memotong sayur.

Juju: Dan Hana, aku tak kisah kalau kau nak pergi sana. Just, pastikan tempat tu selamat. Cek google.

Hana: Ah, tak payah. Aku yakin 100 peratus tempat tu selamat. It’s the youngest instinct.

Juju: Hm, mungkin kita boleh pergi. Kita pun dah lama tak berjalan. Si Bal ni dah jadi pemalas, asyik potong sayur je, sampai sayur pun jadi serbuk tadi.

 Si Bal ni dah jadi pemalas, asyik potong sayur je, sampai sayur pun jadi serbuk tadi

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou mettre en ligne une autre image.


Juju menggeleng kepala sambil menatap Bal yang tersengih.

Bal: Itu tadi, sekarang dah okay.

Juju: (masih skeptikal) Still the same.

Bal: Nyenye.

Hana melompat kegirangan dan memeluk Juju dan Bal dengan erat.

Hana: Korang berdua memang terbaik!

Bal: (bergelak) Hati-hati lah, kitorang ni tengah pegang pisau!

Hana segera melepaskan pelukannya dan tersengih.

Hana: Juju! Buatkan bekal ye nanti.

Juju: (senyum) Boleh. Tapi balik je korang yang basuh pinggan, eh?

Bal: (mendengus) Lah? Aku sekali ke?

Juju: Tiada pengecualian!

---

"Anakonda: Raja Hutan Terlarang"Des histoires addictives. Découvrez maintenant