“Encik, kalau Encik tak mahu benda ini jadi masalah besar cik, Encik angkat tangan Encik pusing slow-slow, Encik jangan bimbang kami semua kawan anda”

Endika berkata dengan nada yang lembut, seolah-olah ingin memujuk anak lelaki yang sedang merajuk. Zar kerutkan dahi. Matanya memandang ke arah Endika dengan dahi yang sudah berkerut seribu namun Endika masih sama, kekal tenang seolah-olah ayat yang lembut itu mampu mencairkan hati lelaki di hadapan mereka.

Namun balasan kepada arahan itu hanyalah tawa yang kedengaran sinis sekali pada telinga mereka. Lelaki itu masih lagi tidak memusingkan badanya.

“Encik angkat tangan dan pusing slow-slow”

Zar hembus nafas. Pegangan pada pistol dikejapkan. Kesabaran yang ada di dalam diri sudah habis kerana sekali lagi lelaki itu ketawa sinis. Seolah-olah mereka ini hanyalah tikus permainan di mata lelaki itu. Pistol yang ada di tangan dilayangkan ke udara dan picu ditarik.

“ Bangg” Bunyi tembakan kedengaran. Dan sekali lagi pistol itu diacu ke arah hadapan.

“ Kau ingat kami ni tengah main-main ka? Angkat kedua-dua tangan sekarang!”

Pekiknya kuat, bumbung yang sudah hancur separuh sudah tidak dihiraukan. Mukanya sudah merah menahan amarah. Team yang sudah dihubungi juga lembab bertindak, sepatutnya pada waktu sebergini mereka sudah menerima mesej kecemasan yang dihantar oleh Endika dan mengepung seluruh kawasan rumah lama ini.

Lelaki itu mengangkat tangan, bukan ke atas namun dirapatkan kedua-dua tangan lalu dia menunduk buat seketika buat kuil kecil di hadapan dirinya.

Tuhan merahmati kami” . Tutur lelaki itu dalam bahasa asing.

Zar meneliti lelaki itu dari atas hingga bawah. Lain. Ini bukan suspek yang mereka jumpa awal tadi. Lelaki yang mereka kejar dari kerumunan orang ramai memakai pakain berwarna biru gelap, berkulit tan skin, berketinggian 174 cm dan yang lebih ketara lelaki itu warganegara Malaysia. Namun lelaki ini jika dilihat dari cara dia bertutur, dia adalah warganegara asing.

“Siapa kau?” Zar menanyakan soalan, namun dirinya masih dalam posisi berjaga-jaga.

“ Rieyu Kim” balasnya perlahan.

Zar dan Endika berpandangan, Sah lelaki ini adalah lelaki asing.

“ Kau orang Malaysia?’

“Bukan, Aku bukan orang Malaysia cumanya Aku singgah kesini kerana tempat ini tempat yang berharga buat Aku”.

Lelaki ini membalas dalam bahasa Melayu, kedengaran pelat namun masih boleh difahami. Dia perlahan-lahan memusingkan badanya menghadap ke arah mereka berdua. Hoodie yang menutupi separuh muka diturunkan.

Dia, berwajah putih. Rambut panjang separas bahu namun diikat dengan gaya man bun. Mata berwarna hitam pekat seperti lohong hitam. Tingginya 189 cm dan apa yang lebih menarik perhatian lehernya dan mungkin seluruh tubuhnya bertato namun ditutupi oleh hoodie itu. Lelaki yang dikenali sebagai Rieyu itu tiba-tiba mengukirkan senyuman hingga menampakkan lesung pipitnya.

Tersentak mereka bedua, teragak-agak mereka menurunkan pistol yang diacu dari tadi. Boleh jadi mereka sudah tersalah.

Lelaki di hadapan mereka ini berada di tempat, waktu dan keadaan yang salah. Nasib sahaja dirinya tidak ditembak.

“Ini rumah keluarga lama Aku, nenek dulu tinggal di sini. Aku saja singgah untuk melihat kawasan ini” Jarinya ditunding pada potret yang tergantung di dinding kayu, potret yang kelihatan sudah lusuh namun masih mampu dilihat.

Zar mengangguk. Sah mereka sudah tersalah orang. Endika menghampiri dirinya lalu ditunjuk balasan kepada mesej kecemasan tadi.

“ Mereka dah dapat tangkap suspek yang betul”

ZARWhere stories live. Discover now