Hari ini, entah bagaimana terlintas di akal fikiran Aku hendak memakai satu pakain muslimah yang lengkap. Ini kalau Mama tahu ataupun Along lihat, mahu sujud syukur mereka berdua.

Hendak berubah tuu senang, hat susah ni istiqomah

Aku ingat, itu yang dijawab oleh Zar apabila Aku bertanyakan kepadanya sesuatu.

Laju langkah kaki dibawa menuju ke bawah. Aku sarungkan high heel yang Aku selalu kenakan, high heel yang pernah dibaling oleh Zar dahulu. Nasib sahaja dia ambil kembali lalu dicuci bersih dan dipulangkan semula. Dibuka pintu lalu Aku lihat kereta Zafran sudah siap menunggu di halaman rumah.

Tanpa banyak songeh Aku menuju ke arahnya, pintu kereta dibuka lalu Aku labuhkan punggung di seat sebelahnya.

Dia yang tadi ralit melihat ipad di tangan terhenti, dipandang ke arahku dengan riak wajah yang pelik. Tangan kanan miliknya dibawa lalu diletakkan di dahi Aku.

“Hi sayang” Sapaku ceria. Handbag Aku letakkan pada sisi kanan Aku dan mata Zafran tidak henti-henti menilik Aku dari atas hingga bawah. Serupa Aku ini alien gamaknya.

“Sayang demam ke?’ Soalnya.

Aku kerutkan dahi, apa wajahku sekarang ini terlihat seperti sakit kah? Rasanya tidak. Lipstick merah pekat juga Aku siap oleskan pada bibir.

“Tak” Jawabku sepatah, dan dia masih lagi dengan riak hairanya.

“Well, I mean sayang nampak lain hari ini, siap bertudung bagai sebab tu Zaf tanya”

Dia ketawa, kepalanya menggeleng perlahan. Tangan diletakkan pada stereng kereta dan bebola matanya mulai fokus pada pemanduan menuju ke destinasi kami.

“Adwa nampak pelik ke Zaf?”

Soalku padanya. Iyalah ini kali pertama Aku bertudung litup seperti ini, siap dengan handsock pula itu. Sebelum ini mana pernah Adwa Naila berpakain sebergini.

Selalunya Aku akan mengenakan dress pendek paras lutut, itu pakain harian Aku malah setiap kali Aku keluar dengan dirinya, ada kalanya dress sendat menjadi pilihan hati.

Kerana Aku sudah terbiasa. Namun entah mengapa hari ini terdetik di hati Aku ingin berpakain sebergini.

“Cepatlah jawab Zaf, Adwa nampak pelik ke pakai macam ni?” Gesa ku lagi.

Rasa yakin yang Aku rasakan dari tadi mula goyah. Ditambah pula dengan reaksi dirinya yang acuh tak acuh, lagi menambahkan rasa tidak senang ku.

“ Nak Zaf jujur ke?”

“ Iya cepatlah Zaf” Aku pegang lenganya, wajah cemberut Aku tayangkan.

“Sayang nampak macam makcik-makcik nak pergi kenduri or marhaban”

Terus masam mencuka wajah Aku, ditampar perlahan lengan kirinya. Pandangan kembali terhala pada lembuh raya di hadapan. Benci!. Kalau hendak jujur sekalipun, janganlah jujur sampai tahap begitu, menyakitkan hati tahu tak.

“ Adwa suruh Zaf jujur right?”

Dia usap perlahan kepalaku. Aku biarkan, masih melayan rasa di hati. Apa buruk sangat ke pernampilan Aku sekarang ini? Abaya labuh satin berwarna maroon, selendang juga berwarna sama. Bukankah gadis-gadis zaman sekarang banyak berpakain seperti ini? Apa yang peliknya?

“ You know, Zaf kenal sayang semenjak zaman sekolah lagi, freehair dari dulu so bila sayang tiba-tiba pakai tudung, baju labuh siap handsock bagai, mungkin bagi Zaf nampak pelik tapi untuk orang lain I don't know, so jangan lah ambik hati sangat”

Dia cubit pipi Aku perlahan, lalu bibir itu menyambung kata-kata lagi,

“ Plus kalau kesayangan Zafran ni merajuk, susah Zaf nanti nak pujuk lainlah kalau...”

ZARWhere stories live. Discover now