Tengku Seducer: 33

Comincia dall'inizio
                                    

"Dahlia, she's nice and bubbly. Always cheerful and never puts others down, but for someone bubbly like her to love someone hectic like me? Impossible Ian," keluh Mighdad.

"Sebab itu je? Dah itu, kau ingat aku ini layak sangatlah nak memiliki Malaiqa? Isteri aku itu pun sempurna, cantik, ada keluarga yang lengkap. Nak dibandingkan dengan aku? Jauh. Tapi kau sendiri nampak apa aku buat kan? Hari-hari aku cuba melayakkan diri aku untuk dia dan hari-hari aku cuba bahagiakan dia supaya dia rasa dia dah jatuh ke tangan yang tepat. It's that easy, Mighdad," selar Ian bersungguh.

"Kau keluarga tengku, Ian. Kaya, ada masa depan. Aku? Setiap kali bertempur aku kena siapkan wasiat, sebab aku sendiri tak tahu bila kali terakhir aku boleh bernafas di muka bumi ini," bidas Mighdad.

Ian mengeluh. Kawannya ini terlalu rendah diri, dia tahu apa-apa pun nasihat cuma akan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri pada Mighdad.

"Mighdad!" seru satu suara halus.

Dua jejaka itu berpaling serentak.

"Tu dia, gadis pujaan hati abe Mighdad dah sampai. Panjang betul umur," bisik Ian dengan sengihan.

Mighdad menyiku perut kawan baiknya yang sakan mengusiknya. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia simenkan mulut Ian ini.

"Eh, wifey baby aku pun adalah." Riak wajah Ian bertukar sinar.

"Sayang!" Seru Ian teruja. Dia berlari keanak-anakan ke arah isterinya yang berdiri pegun. Berdiri sahaja dia di hadapan Alessandra, lengan wanita itu dirangkul erat.

Alessandra sahut dengan senyuman. Suaminya ini memang tak kira tempat nak bermanja.

"Buat apa sini? Rindu aku ke?" usik Ian.

"You mengular eh Ian? Mentang-mentanglah bos," sakat Alessandra tanpa menjawab soalan Ian.

"Mana ada. Aku nak hantar kawan aku tu, tapi nampaknya ada cik Dahlia yang lebih sedih dan berbesar hati nak hantarkan Mighdad ya." Ekor mata Ian melirik ke arah Dahlia.

Dahlia berdehem.

"Dah jom masuk pejabat aku Malaiqa. Tak payah sibuk hal diorang ini, kita sibuk hal kita je. Kat luar ini tak boleh peluk," ajak Ian. Dia merangkul pinggang kecil isterinya.

"Hal kita yang mana lagi tak selesai? You itu pun dah muak tengok muka I," kata Alessandra dengan gelengan kepala.

"Aku? Ian Hayf? Muak tengok muka kau? Tak akan pernah. Kalau boleh setiap detik, setiap helaan nafas aku nak tenung muka cantik kau," bidas Ian.

Baik Mighdad atau Dahlia, dua-dua cuma mampu mengeluh melihat adegan suami isteri yang aneh ini. Nak marah, kawan sendiri pula itu. Tiba-tiba, mata Dahlia bertembung dengan mata Mighdad yang sememangnya dari tadi merenungnya.

"Kenapa Dahlia susah-susah datang ke sini? Ada apa-apa yang nak diperkatakan?" Mighdad memulakan bicara.

"Mighdad.. Dahlia dah buat keputusan selepas berfikir panjang, siang dan malam." Dahlia menggigit bibirnya. Dia malu, tapi kalau ini yang terbaik dia tetap akan buat.

"Keputusan apa itu?" Kening Mighdad bertaut.

Dahlia menarik nafas panjang. "Dahlia tak percaya yang Mighdad dah ada girlfriend! Kalau Mighdad dah ada girlfriend kenapa Mighdad layan Dahlia baik sangat-sangat? Kenapa masa Dahlia ajak pergi tengok rama-rama, Mighdad ikutkan aje? Kenapa Mighdad ingat semua hal yang Dahlia suka walaupun hal itu sekecil-kecil kuman? Kenapa, kenapa?" Bertalu-talu Dahlia mengutarakan soalan.

Ian Hayf's: Tengku Seducer Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora