"Nak tahu kenapa saya putuskan semua ni? Sebab saya terhutang budi... Budi nyawa." Arian menunduk kesal.

"Sebahagian dari hati saya..." Matanya naik memandang Citra yang terpaku di hadapannya.

"Milik Mak Ngah." Pengakuan itu buatkan semua yang mendengar tersentak hebat. Serasa ada satu batu besar menghempap jiwa. Selama ini mereka yang bersalah kerana tak sedar akan diri Arian juga tersepit.

"Saya pernah hampir mati sewaktu kecil... Tapi Mak Ngah... Mak Ngah hadir hulurkan bantuan. Malah, Mak Ngah lah yang banyak bantu kami selepas abah meninggal. Hanya Mak Ngah yang ada. Tak ada sesiapa selain Mak Ngah."

Dirimu boleh hancur. Tapi jangan pernah bercerita betapa hancurnya dirimu kepada orang lain. Arian tersenyum kelat. Dia dibesarkan dengan pelbagai ragam manusia. Dia lihat berbagai karenah. Dia banyak memendam kerana dia tahu Umminya juga tak mampu meluah. Mereka kehilangan. Kehilangan ketua keluarga buatkan Arian terpaksa mendewasa lebih awal.

Keadaan jadi lebih teruk bila dia jatuh sakit dan tak ada sesiapa yang sudi membantu. Mereka berhijrah dan tak ada sesiapa tahu keadaan mereka. Hanya Mak Ngah, dan hanya wanita itu yang sudi membantunya saat dia disahkan menghidap primary biliary cholangitis (PBC). Bermacam rawatan dia jalani dan semuanya tak membuahkan hasil. Sehinggalah Mak Ngah datang menghulur bantuan dengan mendermakan sebahagian hatinya kepada Arian.

Dan sampai saat ini...

Arian terhutang budi dengan semua itu. Sehinggakan di tak sanggup menyakiti keluarga sendiri walau bermacam perkara dilakukan terhadapnya.

Hutang budi di balas budi.

Hutang nyawa?

Di bawa mati.

"Saya juga terluka... Tapi saya tak pernah salahkan sesiapa pun sebab bagi saya... Saya juga luka dari orang lain."

Tangan yang mencengkam pisau akhirnya longgar. Berdenting bunyi pisau berlaga dengan lantai.

"Jadi abang tak cintakan Citra?" Ada air mata di birai mata bila Arian menggeleng kesal.

"Semua ni saya lakukan atas dasar tanggungjawab... Tanpa sedar budi yang saya genggam akhirnya melukakan diri sendiri. Saya hancurkan hati isteri saya semata mata nak balas budi pada orang orang yang tak pernah mengerti."

"People may forget that I am a man. All I know is how to be strong alone, that were raised to know ain’t no one coming to save me. There's... There's only me."

Benar. Tak ada penipuan dalam dirinya. Dalam diam Arian juga sedang menanggung rasa sakit di atas setiap tindakannya. Namun, tak semua mampu mengerti.

Benarlah, pada akhirnya...

Kita hanya akan ada diri kita.

It hurts until it’s doesn’t felt anymore.

"Maaf... Citra minta maaf..." Bagaikan tersedar akan sesuatu Citra menggeleng sambil memohon maaf.

Arian maju setapak. Berada hampir dengan Citra sebelum lengan wanita itu ditarik lembut. Sempat pisau di tolak menjauh menggunakan kakinya. Dia tahu apa yang ada dalam kepala wanita itu.

"Maafkan Citra, abang. Kalau Citra tak dapat abang, sesiapa pun tak boleh dapatkan abang!" Serentak itu Citra menarik lengan Arian. Kuat sehingga tubuh itu terdorong bersamanya.

"No!" Kaki Taufik melangkah laju ke arah balkoni. Tak sempat! Kedua dua tubuh itu sudah jatuh ke bawah. Lihat dari sini keadaan Citra lebih teruk. Darah wanita itu memercik ke semua arah.

Kaki Taufik melangkah laju menuruni tangga. Tubuh Arian yang sudah terbaring lemah di atas tanah di tarik ke pangkuannya.

"Call ambulans!" Kuat jeritan Taufik bergema buatkan salah seorang jururawat yang ada di situ bergerak mencapai telefon.

Kerana CintaOnde histórias criam vida. Descubra agora