Mata Arian mencerlung memandang Taufik. Tangan Taufik di tepis kasar. "Kau tak faham, Taufik! Ni keluarga aku! Seburuk apa pun mereka, dorang tetap family aku!"

"Walau keluarga kau sendiri dah bunuh orang yang kau sayang? Walau keluarga kau yang buatkan isteri kau terlantar sakit kat hospital? Walau keluarga kau ni lah yang hancurkan hati kau? Pijak lumat maruah kau dan kawan baik kau?" Taufik menggeleng kesal.

"Then, tak ada gunanya Farraz pertahankan kau sepanjang hayat dia. Kau sendiri yang putuskan untuk menangkan keluarga kau. Pejam saja lah mata kau Arian. Terus pekak kan telinga kau. Kunci mulut kau dari pertahankan diri kau. Terima saja baik buruk mereka sampai kau lupa..." Taufik berpaling kesal. Sempat matanya mengerling ke arah Mak Ngah yang sudah dipapah Arian.

"Mereka dah bunuh separuh jiwa kau... Mereka dah ragut nyawa kawan baik kau..."

Kesal. Taufik kesal dengan sikap Arian. Sampai keadaan sudah jadi seteruk ini pun lelaki itu masih nak menangkan keluarganya. Apa lelaki itu sudah hilang akal?

"Jiwa aku akan mati juga, Taufik." Arian mengeluh kecil.

"Cepat atau lambat. Sejak dulu dia dah perlahan lahan mati. Cuma jasad aku masih teguh berdiri." Tubuh Mak Ngah dimasukkan ke dalam perut kereta.

"Kenapa kau nak pertahankan sangat dua beranak tu? Kau sedar tak ni? Dorang dah ragut nyawa orang lain!" Bergerak gerak rahang Taufik menahan amarah. Ikutkan hati sudah lama dia tumbuk muka Arian.

Arian abaikan saja amarah Taufik. Pintu dikatup rapat.

"Keluarga yang paling utama. Apa sekali pun hujung hujung keluarga jua tempat kita berbalik. Ikutkan hati aku pun marah. Ikutkan rasa aku pun kecewa." Arian tunduk memandang jemari yang sudah mengepal penumbuk.

"Tapi ikutkan akal..." Matanya naik memandang Taufik.

"Aku lebih sayangkan keluarga ni. Kau pernah fikir apa perasaan Ummi bila tahu semua ni? Bila dia tahu aku masukkan anak buah dia dalam penjara? Kau pernah fikir apa dia akan rasa bila tengok satu satunya adik yang dia ada sampai saat ni... Meraung... Menangis minta aku keluarkan anak dia dari penjara?" Arian menggeleng kesal.

"Kau tak akan pernah fikirkan tu. Kau dan Farraz... Sama sama pentingkan diri."

Buk!

Satu tumbukan padu mengena rahang Arian. Tak beriak Arian ukir senyuman sinis.

"Sekarang apa? Kau nak hantar aku jumpa Farraz ke?" Arian tergelak kecil.

"Berhenti fikirkan orang lain! Fikirkan diri kau! Ummi tak akan salahkan kau dalam hal ni. Aku yakin!"

"Ni soal hidup kau Arian. Kau sanggup korbankan hati dan perasaan kau semata mata nak jaga hubungan dengan..." Mata Taufik mengerling ke dalam kereta.

"Dengan orang yang tak pernah ambil tahu apa kau rasa!" Tangan mengepal erat satu sama lain. Macam mana dia nak sedarkan Arian?

"Stop being people pleaser! It kill your happiness!"

"Tak berbaloi untuk kau korbankan segalanya untuk orang yang jelas jelas ambil kesempatan atas kebaikan kau! Buka mata kau luas luas! Master kau tu pakai! Bukan buat hiasan kat rumah! Bullshit! Kenapa aku kena terlibat dalam pemikiran bodoh kau ni?" Usai berkata Taufik kusutkan rambut seraya buka langkah berlalu pergi. Risau lebih lama dia berdepan dengan Arian semakin banyak ayat menyakitkan hati keluar dari bibirnya.

Arian kelu. Belum sempat dia mencerna segalanya suara Mak Ngah menyapa gegendang telinganya.

"Tolong kahwin dengan Citra. Tolong, Arian." Mak Ngah bersuara perlahan. Dadanya sakit. Sesak. Sempit.

"Mak Ngah... Tolong jangan paksa saya. Saya tak sanggup duakan isteri saya."

"Tolong..."

Antara keluarga dan perasaan sendiri...

Antara keluarga dan isteri...

Antara nyawa dan keluarga...

Dia tersepit...

Dan kali ini dia tak mampu keluar dari kegelapan itu lagi...

Dan kali ini dia tak mampu keluar dari kegelapan itu lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maaf, kisah ini terlalu banyak cacat celanya. Terlalu banyak putar belitnya. Terlalu banyak kelemahannya. Maaf, saya masih menimba ilmu dalam dunia penulisan. Insyaallah, bila mana kisah ini sudah temui penamatnya saya akan baiki (edit) satu persatu. Maaf, andai kata kisah yang saya sampaikan ini tak memenuhi citarasa kalian.
Mungkin terlalu awal untuk saya raikan tapi TERIMA KASIH UNTUK 30K BACAAN KERANA CINTA ❤️

Kerana CintaWhere stories live. Discover now