Aku gigit bibir bila dengar sindiran dia. Tahu lah dia Zulfan betul-betul kecewa dengan dia. Najwa di sebelah senggol tanganku. Senyuman sinis dia berikan seolah-olah mengejekku. Aku pasti dia turut dengar.

" complicated betul korang ni. Lantak  lah korang apa nak jadi pun, jangan nak babitkan aku sudah." Haziq malas nak masuk campur.

Aku membuka telefon. Jari laju menaip sesuatu di skrin

Me

" Laut malam anginnya dingin

Bisa ular di ulat bulu,

Bukannya diri tak ingin

Tapi diri ni lebih malu."

Dia membalas pantun sindiran Zulfan melalui mesej.

Lantak lah kalau pantunnya tak kena, asalkan Zulfan tak salah faham dengan dia.

Grey tick bertukar bluetick. 10 minit berlalu Zulfan masih tak menjawab mesejnya. Aku mengeluh. Memang merajuk betul dia kali ni. Tiba-tiba Zulfan bangkit berdiri. Sempat dia memandangku sekilas waktu dia nak keluar dari tempatnya.

Mata tertangkap langkah Athirah yang berjalan ke arah Zulfan.

Oh, nak jumpa timbalan dia. Aku menahan rasa bila dari jauh nampak senyuman yang perempuan tu berikan pada Zulfan.

Ni nak buat kerja ke nak menggeletis. Kutuknya dalam hati. Aku pandang Najwa di sebelah. Nyenyak betul perempuan ni tidur, tak bangun-bangun dari tadi.

" kita berhenti kat RnR depan ni nanti. Make sure semua ikut masa yang saya bagitahu nanti." suara Zulfan yang agak kuat ketika bercakap dengan Athirah menangkap pendengaranku.

" baik." aku mencuri dengar lagi perbualan mereka.

" err..awak." Athirah memanggil Zulfan bila lelaki tu ingin kembali ke tempat duduknya.

Aku menanti reaksi Zulfan tapi dia hanya mengangkat kening menyuruh Athirah menyambung kata-katanya.

" aaa...lain kali je lah. saya dah lupa nak cakap apa." Athirah ukir senyuman buat Zulfan.

Aku melepaskan nafas berat. Sebagai perempuan aku tahu apa reaksi itu.

Aku pura-pura melihat ke luar tingkap bila Zulfan kembali ke tempat duduknya.




" Pastikan dalam bas tak tinggal sampah ye." arah Asim, ketua unit pengangkutan bila bas berhenti di RnR Tapah.

" biar dorang turun dulu la, Wa." ujarku bila semua student berebut nak turun awal.

Najwa yang masih mamai hanya mengangguk.

" korang tak nak turun lagi ke?" haziq pusing ke belakang. Busybody betul dia ni. Taulah suka Najwa tapi cover la sikit.

" japgi lah. Awal-awal nak pergi mana." Aku menjawab bila Najwa diam tiada tanda ingin menjawab. Mungkin masih tak hilang mamainya.

" kau tak nak turun, kau tunggu sini sorang Ziq." Zulfan mencelah. Dia terus bangun ingin keluar dari tempat duduknya tanpa memandang aku dan Najwa.

Aku dan Najwa pun cepat-cepat bangun meninggalkan Haziq seorang diri bila Zulfan  dah turun dari bas.

" eh, sabar lah. Sampai hati kau tinggal aku, Is." laju Haziq mengejar langkah sahabat baiknya.



Usai kami solat jamak taqdim, aku dan Najwa mencari makanan ringan untuk makan dalam bas walaupun makanan tengahari disediakan.

" Pya, tu kau tengok Is dengan Athirah." Najwa mencuit aku yang menunggu order jagung rebusku.

Mata melilau mencari orang yang disebut Najwa di sekeliling kami. Mataku terpaku pada mereka yang tak jauh dari kami. Aku bersyukur bila Athirah berdiri membelakangkan kami, tak payah la dia risau yang gadis tu nampak aku tengah tengok dia.

Raut wajah Zulfan dipandang lama. Kepalanya terangguk-angguk macam tengah fahamkan apa yang Athirah sampaikan. Tiba-tiba matanya beralih memandangku dan sesaat mata kami saling bertemu sebelum aku cepat-cepat mengalihkan pandangan. Mati lah aku, dia nampak aku tengah tengok dia.

" jeles ke tu?" Najwa mengusik bila aku tak kata apa-apa pada dia.

" mana ada." aku menafi laju. Tangan cepat-cepat membayar harga jagung rebus bila penjual tu hulurkan jagungku.

" jom lah naik bas." ajakku mengalih topik.

" malu-malu pulak." Najwa sengih jahat. Seronok dia tengok Safiyyah yang masih sembunyikan perasaan cemburunya walaupun dia pasti Zulfan dah perasan dia cemburu.

" kenapa lah dia yang jadi timbalan si Zulfan tu. Si Haziq ni pun satu, yang pergi tinggal perempuan tu dengan Zulfan tu berdua je kenapa." aku membebel seorang diri. Najwa di belakang dah tak dia pedulikan. Yang dia tahu sekarang rasa nak mengamuk dengan orang bila Athirah tak habis-habis nak ambik kesempatan untuk rapat dengan Zulfan.

" yang dia tu pun satu, bukan nak marah perempuan tu." bebelku lagi tanpa sedar Zulfan di belakang.

" dah habis bebel ke?" bisik Zulfan perlahan di telinga Safiyyah bila kakinya berjaya menyaingi langkah Safiyyah di depannya.




Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)Where stories live. Discover now