Episod 97

88 0 0
                                    

"Wahhh, dah tau gender ke boy ke girl?" "Belumm. Lusa baru nak pergi check up. Tapi kan, akak rasa tahun ni ibu dapat dua cucu. Haritu dah dapat, nanti dapat lagi dua. Stok nohhh jadi tok dan tokwan."

"Itulah pasal. Akak doakan Rara janganlah kena czer. Better normal, kalau czer, fuhhh perit jugak rasanya tuu..."

"Aamiin, akak pun samalah Rara oiii. Takmau czer, belah perut pa takmau. Nak normal ja, dan jangan koyak."

"Yang, dok bincang apa dengan adik abang ni? Abang dahaga ayaq ni, bancuh sat."

"Hah? Dahaga ayaq, ha sat sat. Ayang pi dapuq. Rara, laki hang minum ayaq apa? Meh akak pi bancuh sekali."

"Apa-apa je asalkan bukan Americano." "Alrightt..."







"Nah, ni ayaq abang, ni ayaq untuk adik ipaq. Hehehe...."

"Laa, susah-susah je Kak Ina nii.." "Haishh, takdak susah aihhh. Hangpa duk lah kat luaq ni. Satgi masuklah dalam rumah, kami nak tidoq dah. Rara pun letih tu, jaga anak, jaga kandungan lagi haa...."

"Baiklah kak. Selamat malam."


















Setelah kandungan Adra berusia 8 bulan,

"Abang Adwa, macam mana Kak Ina? Dah bersalin ke?"

"Belumm. Ya Allah, abang takutlah, Rara. Kak Ina kau tu kandungan dia belum cukup bulan."

"In shaa Allah, takde ape tu. Semoga Allah lindungi Kak Ina dan baby, aamiin..." Kata Ashraf kepada Adwa.

Tiba-tiba,

"Waris kepada Puan Nur Farina Husna."

"Ye saya suami dia."

"Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Cuma baby kena duduk dalam wad sebab tak cukup bulan. Kejap lagi dalam pukul 3 baru encik boleh melawat sebab kami taknak patient stres. Kena rehat banyak-banyak."

"Baby saya girl ke boy?" "Girl, encik." "Girl? Kenapa girl? Haritu check up diaorang cakap boy."

"Kita tak boleh salahkan sistem, ini semua takdir Allah. Yang penting, anak encik dan isteri sihat."

"Baiklah, terima kasih."

"Alhamdulillah abang, Kak Ina dan baby selamat." "Itulah. Eh, mana ibu dan papa?"

"Ohh, diaorang bawak Ayra jalan-jalan tadi. Dia nangis..." "Ooo...."

"Uwerkkkk, uwerkkkkk!"

"Lah ibu, kenapa pulak dia nangis?" "Taktau lah Rara. Tak henti-henti nangisnya."

"Alololo, meh sini dekat paklong meh. Nur Ayra Zaheera, meh sini dekat paklong...." Panggil Adwa dengan lembut.

Tiba-tiba tangisan Ayra berhenti selepas di gendong oleh bapa saudaranya.

"Eh, dah berhenti. Nak jadi ahmad albab jugak canne? Hihihi...."

"Ishh abang nii, dia kan perempuan. Takkan ahmad albab pulak."

"Ha Adwa, macam mana dengan Ina? Dah bersalin ke?" "Dah papa. Baby girl."

"Girl lagi...." "Don't worry pa. Nanti papa akan dapat cucu boy pulak, percayalah..."

"Hmm, ye ye lah tuuu..." "Ehhhh betul lahhhh..."















TUAN ASH (COMPLETE✔️) Where stories live. Discover now