" saya pun sama macam dia jugak." Zulfan memilih makanan yang sama. Malas dia nak fikir nak makan apa.

Sepanjang sarapan, kami hanya diam tak bersuara. Tak seperti selalu kali ni mulut Zulfan tak banyak cakap. Mukanya pun tak tersenyum. Aku perasan sesuatu tentang dirinya. Bila dia marah, dia memang takkan bercakap dan wajahnya akan serius sepanjang masa.

" awak marah?" tanyaku memecahkan kesunyian kami.

Dia mengangkat kepala memandangku. Sesaat dia menggeleng menjawab soalanku lalu kembali memandang makanannya.

Aku menghela nafas berat. Aku yakin dia takkan tinggalkan aku tapi aku takut takdir tak berjalan macam apa yang kami inginkan. Dan sebab tu, aku mengambil langkah berhati-hati tak mahu terlalu bergantung dengan diri dia. Andainya suatu hari nanti dia hilang dari hidup aku, sekurang-sekurangnya aku tak terlalu sakit nanti.

" saya minta maaf." tuturku perlahan. Hari yang sepatutnya gembira jadi tak seronok pulak.

Zulfan mendongak memandangku. Dia berhenti mengunyah makanannya. Sesaat bibirnya tersenyum kepadaku.

" it's okay. I always understand you." kata Zulfan lembut. Cuma dia tak nak gadis tu terlalu fikir yang bukan-bukan.

" dah siap ke makan? kalau dah siap kita nak gerak dah ni." sambung Zulfan bila dia tengok pingganku dah kosong.

Aku mengangguk menjawab soalannya. Selang beberapa minit, aku dan dia sama-sama kembali ke kereta bila selesai saja membayar.



" Ibu dengan ayah awak kerja apa?" aku menyoalnya sengaja ingin kenal-kenal dengan keluarganya. Melihat jenis kereta yang dia bawa pagi ni, dia tahu Zulfan pasti orang yang agak berada.

" dua-dua pensyarah." jawab Zulfan ringkas. Dia pun bakal mengikut jejak langkah orang tuanya nanti.

" woah. Awak anak sulung ke?" aku bertanya lagi. Sepanjang kami kenal, aku jarang bertanya tentang keluarganya. Dia tak memaksa aku untuk tahu sebab dia tahu aku perlukan masa.

" apa lah, dah kenal berbulan-bulan pun tak tahu lagi pasal saya. kecik hati saya." tak terus menjawab sebaliknya Zulfan pura-pura berjauh hati.

Aku ketawa perlahan. 

" saya ada tiga siblings. first saya, and 2 orang adik lelaki." beritahu Zulfan. 

" semua lelaki?" aku terkejut. Habislah dia. Nampaknya di sekeliling dia memang akan penuh dengan lelaki. Dah la, dia pun ada abang saja.

Zulfan mengangguk mengiyakan. Naik pening dia nak jaga adik-adik dia.

" semua dah besar ke?" aku bertanya lagi dan lagi sehingga kereta yang dipandu Zulfan berhenti di depan rumah 2 tingkat yang agak besar.

" kita dah sampai." beritahu Zulfan. Seatbelt dibuka lalu badannya berpaling ke arahku. Senyuman mahalnya ditayang lagi.

" jom turun." ajaknya lembut dengan senyuman yang masih bersisa. 

Hati kembali berdegup kencang. Tiba-tiba aku rasa takut yang teramat sangat nak berdepan dengan keluarganya.

" ya Allah, lembutkanlah hati keluarganya." doaku sebelum keluar dari perut kereta.

" Ibu." Zulfan tunduk menyalam ibunya yang sudah menunggu di luar rumah.

" mana salam kamu." Puan Rafidah menampar lembut badan anak sulungnya. Bertuah punya anak.

" mana bakal menantu ibu?" laju ibu dia mencariku.

" dia pemalu sikit, ibu. Harap ibu dengan ayah faham dia." bisik Zulfan ke telinga ibunya.

Puan Rafidah senyum mendengar kata-kata anak lelakinya. Bang, kita berjaya didik anak kita jadi lelaki yang baik.

Dulu waktu dia nak kahwin, suaminya cakap perkara yang sama dengan mentuanya dan hari ni, anak sulungnya mengikut jejak langkah ayahnya. 

Ibu bangga dengan Is. bisik hati tuanya.

" Assalamualaikum, aunty." aku menyapa ibu Zulfan. Kepala ditunduk menyalam hormat.

" tak payah aunty, aunty. Panggil je Ibu." Puan Rafidah tersenyum ramah.

Badan aku kaku bila ibu Zulfan menarik aku ke dalam pelukannya. Perlahan-lahan dia membalas pelukan sebelum meleraikannya.

" jom masuk. Ayah Is pergi beli barang dapur nak masak tengahari nanti. Kamu makan tengahari sini tau." Ibu menarik aku mengikutnya. Aku menoleh melihat Zulfan di belakang. Dia tersenyum seolah-olah menyampaikan kata-kata " kan saya dah kata, family saya baik."

" Ibu, ibu salah anak tu. Anak ibu kat belakang ni." jerit Zulfan sambil mengejar langkah kami.

" kamu tu dah tak bermakna dah." balas ibu diikuti dengan tawaku. Ibunya mempelawa aku duduk di sofa dengannya.

" mengada je lebih dia tu." Ibu mengutuk Zulfan padaku.

" sampai hati ibu. Sekarang Is dah jadi anak tiri ibu la ni?" Zulfan pura-pura merajuk. Dia mengambil tempat bertentangan denganku.

" Ibu dah lama nak anak perempuan tahu? Kamu tu dah 23 tahun ibu besarkan. Bagi lah peluang kat bakal menantu ibu pulak." 

" Ibu nak panggil apa ni?" Ibunya menyoal aku.

" ibu panggil Nur je." balasku. Setelah itu, ibunya menyoal tentang keluargaku dan diriku. Tak lupa jugak, aku kirimkan salam mama dengan papa pada ibunya.



Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)Where stories live. Discover now