“apa salahnya? mama kan isteri abi.”

Ziddane mengeluarkan jari telunjuknya. jari tersebut digerakkan ke kiri dan kanan, “tak oyeh ( boleh ) !”

“kenapa pula?” cebik Ziyad.

“sebab mama kan mama Iedan.”

“tetapi mama kan isteri abi.” ujar Ziyad seraya bercekak pinggang. lelaki itu turut sama - sama tidak puas hati.

Dayana menggelengkan kepalanya beberapa kali. anak kecil itu kalau sehari tidak cari gaduh dengan Ziyad, pasti tak sah.

yang Ziyad pun sama. tak pernah langsung mahu beralah dengan anaknya itu. makin Ziddane berang, makin suka pula dia menyakat.

kalau boleh, sampai budak itu menangislah Ziyad kerjakan.

“dahlah itu, Jie. menangis Iedan itu karang.” tegur Dayana── perasan akan muka cemberut Ziddane.

Ziyad kembali menoleh kearah Dayana. siku lelaki itu direhatkan pada meja. adunan yang sudah siap diadun itu, Ziyad pandang kosong.

kemudian, pandangan dialihkan kearah plastik tepung yang berada diatas meja. senyuman kecil terukir pada wajah Ziyad. plastik tepung tersebut diambil.

tangannya diseluk ke dalam plastik tersebut. segenggam tepung dibawa keluar.

“Iedan, pandang abi.”

Ziddane menoleh. terus tepung tersebut dilemparkan kearah anak lelakinya itu. habis berkeputik wajah anak itu dengan tepung.

“mama, engok ( tengok ) abi!” anak kecil itu mengadu.

spontan Dayana menoleh kearah Ziddane dan Ziyad. membulat mata Dayana melihat wajah anaknya yang sudah berlumuran dengan tepung itu.

“Jie!”

wanita itu melangkah kearah Ziddane. wajah anaknya dikibas lembut bagi menghilangkan tepung yang melekat.

Dayana menoleh kearah Ziyad. wanita itu mendongak sedikit bagi melihat wajah si suami, “kalau masuk mata Iedan macam mana?”

terus lelaki itu menundukkan wajahnya. alamak, Dayana dah marah. nak bergurau pun tak boleh.

“Jie, angkat muka itu.” ujar Dayana. lelaki itu menurut.

tepung yang berada dalam genggaman, Dayana lemparkan kepada Ziyad. sejak bila gadis itu menggemam tepung pun, dia tidak perasan.

wajah Ziyad sudah pun dipenuhi dengan tepung. terkebil - kebil lelaki itu mencuba untuk mentafsir keadaan yang baru sahaja berlaku.

Dayana dan Ziddane mengekeh tawa bersama. wanita itu bertepuk tangan dengan si anak. seronok dapat mengenakan Ziyad semula.

plastik tepung dicapai oleh Ziyad. seolah - olah tahu akan tindakan selanjutnya, Dayana membuka langkah seribu.

“oh, macam ini ek awak bintang?”

“siapa suruh pedajjal anak itu.”

Ziyad turut membuka langkahnya. susuk tubuh yang sudah pun melarikan diri itu dikejar. kali ini dia perlu membalas dendamnya.

“okay, sorry! sorry, Ziyad! janganlah main tepung nanti kotorlah rumah!”

dia tidak kira. dia perlu pastikan Dayana turut bermandi tepung sepertinya!

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

Bintangku Where stories live. Discover now