" ouh, kau dengan aku kemain aku-kau. Dengan si Pya ni kemain menggeletis. Dasar." dia dan Zulfan memang kerja bergaduh. Kadang-kadang si Haziq pun ikut join kenakan dia.

" ye lah, dah aku sayang dia. Kau aku tak sayang. Lain la haziq, dia sayang la kau." balas Zulfan selamba.

" saya balik dulu." dia mendekatkan bibirnya ke telingaku membisikkan sesuatu.

" bye, sayang saya." bisiknya.

Zulfan melambaikan tangannya padaku hingga tubuhnya perlahan-lahan menghilang.

" kemain eh kau sekarang." sindir Najwa laju. Dia berpeluk tubuh memandangku atas bawah.

aku ketawa dengan sindirannya. Bahunya aku peluk.

" sekarang aku bersyukur sebab tak pernah bercinta dengan sesiapa sebelum ni." kataku padanya. Kami berjalan beriringan menuju ke cafe nak mencari makan.

" tu pun jual mahal dulu." Najwa menjulingkan matanya ke atas. Aku hanya tersenyum lucu bila mengingatkan kembali moment aku menolak Zulfan dulu.

End Flashback

" senyum sorang-sorang ni, ingatkan saya ke?" Zulfan muncul bersama dua cawan air. 

Aku memandangnya lama. Kini hanya tinggal beberapa bulan saja lagi dia akan tamatkan degreenya. 

" kenapa ni, hm?" soalnya bila aku tak menjawab soalan pertamanya.

Aku mengukir senyuman sebelum menggeleng kecil.

" takde apa lah." aku tak nak ceritakan pada dia.

" tell me. kenapa macam sedih aje ni?" dia mengulang soalannya dengan lebih lembut.

" your study will end soon." aku luahkan kerisauanku.

Zulfan melebarkan senyuman. Itu yang dia risaukan, ingatkan apa tadi.

" so kenapa kalau saya dah nak habis study?" sengaja dia mengujiku.

" mana saya nak cari semangat lepas ni?" aku memandangnya sedih. Air yang dia hulur aku sedut perlahan.

" just do it like usual. inform saya, saya akan datang bagi awak semangat." tepat dia memandang mataku.

" awak mesti busy lepas ni. Saya tak nak lah kacau." aku menolak. Sampai bila aku nak susahkan dia.

" tiada istilah busy untuk orang yang saya sayang." balas Zulfan.

" dah, tak payah sedih-sedih. Minggu ni kita busy, so tak boleh sedih." suaranya tegas sikit.

" kita ada PLK dengan ustazah Fazilah kan?" aku teringat taklimat ustazah dalam kelasnya minggu lepas.

" yup." Zulfan mengiyakan.

" bang." tiba-tiba seorang student lelaki datang menegur Zulfan. Di tangannya terselit kertas kecil. Aku dan Zulfan memandang antara satu sama lain.

" saya ke?" tanya Zulfan kembali.

" ni ada student perempuan mintak saya pass kan kat abang." lelaki tu menyerahkan kertas kecil tadi pada Zulfan.

Lambat-lambat Zulfan menyambut. Dahinya berkerut hairan. Siapa pulak yang bagi dia nota-nota macam ni.

" terima kasih, ya." ucap Zulfan lembut ketika lelaki tu ingin pergi.

Aku hanya memandangnya ingin tahu tapi tak meminta untuk melihat apa yang diberikan.

" nah." tiba-tiba Zulfan menyerahkan kertas kecil tu padaku. Giliran aku berkerut dahi.

" eh, dia bagi kat awak. kenapa bagi kat saya pulak?" aku menyoalnya, enggan menyambut huluran Zulfan.

" saya tak berminat. Awak nak tahu awak baca lah, kalau tak nak buang je dalam tong sampah." mudah dia bercakap.

Lambat-lambat aku menyambut pemberiannya. Mata dikecilkan sikit membaca tulisan yang tetera.

" May I have your number?" 

aku membaca nombor telefon dan nama yang tertera di situ. Kepala diangkat mencari anak mata lelaki di hadapanku.

" meh saya bagi kat dia nombor awak." aku mengusiknya. Kertas tadi dikeronyok sebelum membuangnya ke dalam bekas minumanku yang dah kosong.

" sanggup ke?" Zulfan senyum senget.

" kalau satu hari nanti, kita tak berjodoh kan.." aku jeda seketika. Mulut tak mampu meneruskan kata-kata.

Zulfan hanya diam memerhati aku. Dia masih menanti sambungan ayatku.

" ermm..takde apa lah." aku tak jadi meneruskan. Tak sanggup membayangkan kalau suatu hari nanti aku akan kehilangannya.

Zulfan ketawa kecil. 

" nak cakap pun tak sanggup ada hati nak fikir bukan-bukan." sindir Zulfan. Senyuman di bibirnya mati.

" jangan fikir bukan-bukan. InshaAllah, saya akan pastikan kita berjodoh. Ni janji saya." Zulfan berjanji lagi.

" banyak betul janji awak." aku menggulingkan bebola mata ke atas.

" tapi semuanya saya dah tunaikan, kan?" Zulfan tayang senyuman bangga.

" dah la, jom saya nak balik." malas nak melayan dia, aku mengajaknya balik.

" jom." kami bangun bersama. 





Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)Where stories live. Discover now