" Ouh.." najwa masih belum dapat tangkap.

" hah? Apa? Is pinjamkan motor dia?" sesaat lepas tu, baru otaknya berjalan.

" macam mana dia boleh pinjamkan motor dia?" Najwa merapat ke arahku. Matanya dipicing memandangku curiga.

" dia tiba-tiba muncul kat tasik lepastu hujan tiba-tiba. Dia suruh la aku balik dengan motor dia." aku tak cerita penuh padanya.

" kau dengan dia ada apa-apa ke?" dari di cafe haritu lagi dia dah syak di antara mereka pasti ada cerita.

" mana ada apa. maybe dalam proses mengenali hati budi masing-masing." aku tak mampu menipu diri sendiri lagi. Semakin hari, aku semakin selesa dengan diri dia.

" HAHAHAHA kau ni, Pya. Cuba la cerita dengan aku ni tak semua nak berahsia. Kau kena try bagi aku masuk dalam circle trust kau. Percayakan aku macam mana kau percaya diri kau. Aku ikhlas tau kawan dengan kau. Ni kawan aku ada buah hati pun aku sendiri tak tahu." najwa senyum nipis.

Dia nak terasa tapi dia tahu aku tak berniat pun nak ketepikan dia. Aku cuma terlalu berhati-hati hinggakan dengan dia pun aku banyak berahsia.

" sorry, Wa. Aku bukan tak try tapi aku still gagal nak cerita semuanya dengan orang. Aku tak anggap kau orang luar cuma aku memang tak mampu nak cerita pasal aku dengan kau. Aku tak reti. Aku percayakan kau, jangan risau."

" ye lah kau. Nanti bertunang ke kahwin ke jangan lupa jemput aku. Kau tak jemput kita putus kawan." ugut Najwa. Matanya dijegilkan.

" aku ada kau sorang je kawan aku. Kalau kau putus kawan dengan aku, aku nak kawan dengan siapa lagi?" sengaja aku buat ayat sedih.

" dah la kau, humph." Najwa pura-pura merajuk.

" HAHAAHAHAHAH menggedik eh kau." aku menampar bahunya kuat.

" sakitlah gila." dia menggosok bahunya sebelum ketawa kamu bersatu.





" Is." haziq menggoncang badan Zulfan. Dah tidur lelaki ni bila dia balik dari 7e.

Dahi Zulfan disentuh ingin tahu suhu badan lelaki tu.

" panas betul. Sekejap je kena hujan panas dia kemain laju." bebel Haziq seorang diri. Badan Zulfan digoncang lagi mengejutkan lelaki tu.

" Is bangun makan ubat dulu." kejutnya.

Mendengar suara yang menganggu tidur, Zulfan mencelikkan matanya. Dahinya berkerut memandang manusia di depannya.

" ni kau pakai cool fever ni lepastu makan ubat." Haziq membantu lelaki tu bangkit dari pembaringannya.

Tak membantah, Zulfan menurut kata. Cool fever dipakai di dahi sebelum menyambut panadol di tangan Haziq. Air ditelan rakus menghilangkan pahit ubat.

" kau nak makan apa? Aku nak orderkan." tanya Haziq usai dia melihat Zulfan menelan ubat.

Zulfan hanya menggeleng lemah. Perutnya memang tak mahu menerima apa-apa makanan sekarang.

" kau kena makan, Is. Nanti kau gastrik pulak karang. Kau tu mana boleh skip makan." bebel Haziq.

" nanti aku nak makan aku beli, kau tak yah risau lah." tutur Zulfan perlahan.

" ikut kau lah. Nanti lepas asar dorang ajak main bola. Aku dah janji nak datang petang ni dengan kau tapi kau demam pulak. Kau okey ke aku tinggal sorang ni?" haziq baru teringat janji mereka petang ni.

" takpe. Kau pergi je. tahulah aku jaga diri aku." dia kembali baring ingin menyambung tidur.

" ye lah." akur Haziq. Dia tak lagi berkata apa-apa, faham Zulfan ingin berehat.



Safiyyah memandang mesej yang dia hantar pada Zulfan 2 jam lepas.

Me

" macam mana saya nak pulangkan kunci motor awak?"

Tapi masih belum ada balasan dari Zulfan. Lama betul dia rehat lepas balik tadi. Tanpa di bawah sedar, tangannya menekan icon voice call. Lama menunggu tapi dia tak angkat-angkat. Hatinya berdetak risau.

" hmm." suara serak seperti baru bangun tidur menyapa telinganya. Tindakan refleks aku menjauhkan telefon dari telinga. Otak baru sedar apa yang dia dah buat.

Aku berdehem dulu sebelum bersuara,

" saya nak pulangkan kunci motor awak nanti awak tak boleh pergi mana-mana pulak." beritahuku tujuan asal aku menelefonnya.

" awak hantar motor saya kat masjid uni. Nanti saya pergi ambil." katanya di sebelah sana. Suaranya masih serak.

" ooo, okey. Awak okey ke ni?" suaranya seperti orang demam.

" hachum." belum sempat dia nak menjawab, aku terkejut dengan bunyi bersinnya.

" ermm..saya oo..hachum." percakapannya terganggu dek bersin.

" awak demam ke?" aku tak senang duduk bila mendengar dia bersin banyak kali.

" sikit je, jangan risau." balas Zulfan bila hidungnya kembali normal.

" awak tak boleh kena hujan ke?" sebab kena air hujan tadi ke dia demam.

" takpe sikit je ni. Saya selesema je. Jangan rasa serba-salah. Awak tak salah pun." seolah-olah tahu aku akan menyalahkan diri sendiri bila menjadi sebab dia sakit.

" awak dah makan ubat ke?" tanyaku prihatin.

" dah, tadi Haziq tolong belikan." jawab dia lemah.

" dah makan ke belum?" aku bertanya lagi.

" belum, nanti saya order makanan." dia setia menjawab soalanku.

" risaukan saya eh?" usik Zulfan tak padan dengan sakit.

" ma..mana ada." aku tergagap menyangkal usikannya.

" eleh, ye lah tu. Tak payah risau lah, saya okey je ni." Zulfan tak ingin gadis tu terlalu risaukannya.

" aaa..saya tutup dulu la eh? nanti saya dah letak motor kat masjid saya inform awak." cepat-cepat aku ingin menutup panggilan.

" cepat-cepat nak pergi mana, hm?" suara serak Zulfan seolah-olah menyuruh dia lanjutkan panggilan. Kepala cepat-cepat digeleng.

" tak elok call lama-lama. saya tutup dulu, okey?" aku tak ingin melayan nafsu.

" hmm, ye lah. bye, assalamualaikum." Zulfan seolah-olah berjauh hati. Dia baru nak Safiyyah temankan dia.

Aku menutup panggilan sebaik saja menjawab salam dari dia. Aplikasi foodpanda ditekan. Dia nak order bubur untuk Zulfan.



Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu