“sikit - sikit mahu sarkastik, sikit - sikit mahu sarkastik. saya tanya je pun.” ujar Ziyad. nadanya kedengaran sedikit tidak puas hati.

“saya nak pergi beli buku rujukan, abang sayang. abang teman saya ya?” gadis itu mengulang semula ayatnya.

sengihan kecil merekah pada bibir Dayana. seterusnya, Dayana melangkah terlebih dahulu── meninggalkan Ziyad yang masih terpinga - pinga itu.

Ziyad mengerdipkan matanya beberapa kali. terasa panas seluruh muka. tangan kekar itu naik menampar lembut pipinya sendiri.

makin lama, makin pandai budak kecil ini.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

GADIS ITU bersiul kecil sambil anak matanya lincah meliar mencari buku rujukan. terdapat pelbagai jenis dan jenama buku rujukan yang terdapat pada rak buku tersebut.

sebuah buku rujukan ditarik keluar oleh Dayana. kini sudah ada lima buah buku yang digendong oleh gadis bertudung itu.

kemudian, dia meneruskan langkah kearah rak buku lain. kakinya berhenti dihadapan seksyen novel. gadis itu tertarik untuk mencuci matanya.

Dayana mula rambang mata. pelbagai jenis judul novel dibacanya. ada juga keluaran terkini yang sudah pun masuk ke kedai buku.

sebuah novel berjudul ‘untuk awak, Teja Aulia Dayana ambil. novel tersebut diletakkan keatas buku - buku rujukan yang digendong olehnya.

dah lama dia cari novel tersebut. semuanya kerana novel keluaran jemari seni susah untuk ditemui. mungkin semesta benar - benar berpihak padanya hari ini.

“aik, saya dengar tadi ada orang itu kata nak beli buku rujukan sahaja. sejak bila budak jurusan perubatan ada buku rujukan berjudul, ‘untuk awak, Teja Aulia ini?” soal Ziyad tiba - tiba.

Dayana melagutkan kepalanya. wajah Ziyad dipandang bingung. daripada mana pula munculnya Ziyad ini? tadi tak ada pun.

gadis itu mengoyak sengih, “satu je. lepas habis exam nanti saya bacalah.”

“satu sahaja? baik ambil lima buah je terus.”

“duit saya bukannya banyak sangat pun. buku rujukan pun dah berapa ringgit.” ujar Dayana.

“bila pula saya suruh awak bayar? sayalah yang bayar nanti, sayang.”

“betul ini?”

“betul, bintang.”

gadis itu mengukir senyuman lebar. sebuah lagi novel, Dayana tarik keluar. kemudian lengan Ziyad dirangkulnya.

“terima kasih, Jie.” ucap Dayana.

“sama - sama, bintangku.” tangan kekar itu naik mengusap kepala Dayana.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ DAUN PINTU, Ziyad tolak daripada luar. dia membiarkan Dayana melangkah masuk terlebih dahulu. selepas sahaja si isteri melangkah masuk, barulah lelaki itu melangkah masuk ke dalam rumah. daun pintu dikatup rapat.

sepasang kasut milik Dayana diambil daripada tangan gadis itu lalu diletakkan keatas rak kasut. kemudian, sepasang kasut Skechers Ziyad turut diletakkan keatas rak kasut yang sama.

Ziyad melangkah kearah ruang tamu. beg plastik yang berisi buku rujukan itu diletakkan keatas meja kopi yang berada dipusat ruang tamu itu.

ruang kosong disebelah Dayana diduduki olehnya. lengan gadis itu dirangkul lalu kepalanya direhatkan pada bahu si isteri. kelopak mata dikatup rapat.

seketika kemudian, kelopak mata itu kembali terbuka. Ziyad menoleh kearah Dayana. dahunya direhatkan pada bahu gadis itu.

“awak tak nak pindah rumah landed ke?” soal Ziyad.

“kenapa nak pindah pula?”

“bosanlah saya duduk apartment. tak nampak daratan.” jawab si jejaka.

“tetapi inikan memang rumah awak. tak akan awak nak jual pula?” soal Dayana.

setahunya, rumah yang menjadi tempat mereka tinggal itu merupakan rumah Ziyad sendiri. katanya hadiah abah kepada lelaki itu.

“tak adalah. mungkin saya nak sewakan rumah ini pada students yang belajar dekat UM. area sinikan dekat dengan UM.” ujar lelaki itu.

“tak sayang rumah ke?”

“kalau awak tak bagi saya sewakan rumah ini, kita biarkanlah sahaja. nanti kalau ada waktu cuti, kita duduklah sini.”

Dayana mengangguk faham. bukan sayang tetapi tahu - tahu sahajalah kalau bagi orang sewa rumah ini. takut rentung sahaja satu blok pangsapuri ini nanti.

“tak pun, Aniq ada tanya saya haritu. kalau ada rumah sewa beritahu dia sebab dia tengah renovate rumah.” tambahnya lagi.

“tak akanlah. awak rumah landed pun belum beli lagi.” tutur gadis itu.

“nanti dah jumpa saya beritahulah dia. dia baru sahaja start renovate rumah dia. seminggu pun tak sampai lagi.”

“habis itu sekarang dia duduk mana?” soal Dayana ingin tahu.

“rumah mak mertua dia. dia kata dia tak mahu duduk dengan mak mertuanya. rimas katanya.”

“oh, Aniq dah kahwin?” soal Dayana dan Ziyad mengangguk.

“tak adalah lama sangat. raya tahun lepas kot. dia kahwin dengan pilihan ibu dia.”

“lah, saya tak tahu pula dia dah kahwin. tengok muka macam bujang aja.”

“dia tak suka warwarkan hubungan dia dengan isteri dia. sebenarnya dia tak berapa suka pun dengan isteri dia itu.” ujar Ziyad. lelaki itu menjungkitkan kedua bahunya.

“dah kalau tak suka itu kenapa tak cakap sahaja daripada mula?” lagi - lagi Dayana bertanya. menarik pula topik kali ini.

“ibu dialah beria - ia suruh dia kahwin.”

Dayana mengangguk faham. selepas itu, tiada lagi suara yang keluar daripada pasangan itu. Ziyad pula sudah pun terlelap berlapikkan bahu Dayana.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bintangku Where stories live. Discover now