CHAPTER 3: LIKE A VILLAIN

35 2 0
                                    

THE SILENT BROTHER: LENIX D.
CHAPTER 3: LIKE A VILLAIN
A Novel by HDH
—————————————————

BILIK PEJABAT LENNON

Di dalam pejabat yang tenang, Tuan Hayven dan Harper Junior bertemu. Empat mata mereka bertaut dalam suasana yang penuh misteri dan ketegangan yang nampak tegang. Harper Junior, salah seorang waris keluarga Harper, memberikan senyuman yang samar di hadapan Hayven.

       "Oh well. Pertemuan ini memang menarik, Hayven," ucap Harper Junior dengan suara yang tenang namun penuh nada peringatan.

Hayven hanya tersengih. Dia dapat membaca ada yang HARPER Junior rasa kurang senang terhadap dirinya. Bila dia nampak serious seperti itu, wajah Whisbley HARPER muncul.

      "Kita perlu bercakap mengenai The Upper people." Kata HARPER Junior.

Hmmm. I know It! Hayven mengangkat alisnya dengan sopan, menunjukkan dia rasa tertarik dengan isu yang mahu diketengahkan oleh HARPER Junior kepadanya.

     "Okay. Apa yang mereka inginkan daripada saya, Harper Junior? I don't think i communicate well with them and never will. Saya tak pernah ambil tahu pasal urusan mereka."Jawab Hayven.

      "I understand Your lifestyle Hayven. Kau hidup low key dan tak nak ambil tahu pasal apa- apa pun. Tapi kau sebahagian daripada HARPER and you knew It. Kejadian di Cafe membuat The Upper terkejut. What a LENNON doing there and you even try to killed their best elite, Sebasti? What is going on here?"Harper Junior nampak marah.

Hayven mengangguk seakan mengerti, merasakan ketegangan yang semakin meningkat di antara dirinya dan HARPER Junior.

"Saya akan berhati-hati, Harper Junior. Saya tidak ingin menarik perhatian untuk benda yang tidak perlu." Kata Hayven cuba menenangkan emosi HARPER Junior. Pasti dia sangat terkejut mendengar berita itu sehingga dia datang terus ke bangunan LENNON dari West, HARPER.

Namun, mata Harper Junior tetap serius memandang Hayven.

"Last Question, Hayven. Saya ingin tahu tentang seorang gadis. The Upper people ada menyebutnya. It's Priscilla, bukan? Prof Priscilla, rasanya. Siapa dia?" Tanya HARPER Junior.

Tuan Hayven merenung Harper Junior sejenak, dia mahu berhati-hati dalam menyampaikan jawabannya.

"Well, Saya bertemu dengannya di kafe, tapi saya tidak tahu apa yang terjadi di sebalik pertengkaran di antara dia dan Sebasti. Selepas parents dia di bunuh oleh Sebasti, dia terus jatuh pingsan. Pembantu saya membawanya dia ke tempat ini. And baru saja saya dapat info yang dia mungkin sudah tinggalkan tempat ini. That's all i know. " jawab Hayven dengan nada tenang.

Harper Junior menatapnya tajam.

"So, Dia sekarang tidak berada lagi di bangunan Lennon, bukan?"

Hayven terdiam sejenak, cuba mengukur kata-katanya.

"Ya, saya hanya membawanya ke sini semalaman. And then She left. Kalau awal nak tanya banyak benda pasal dia, saya rasa ini bukan saat yang tepat untuk kita bercakap lebih lanjut tentangnya. Saya tak tahu dia siapa." Tambah Hayven lagi.

"Why? I just want to know who is She? Mungkin dia boleh menjadi masalah. Mungkin dia ..."

Hayven menggeleng.

"Seriously, i don't know her. Tapi saya rasa bersalah. Disebabkan perbuatan saya, Sebasti naik angin dan bunuh ibu bapanya di depan mata dia. Saya hanya mahu membalas budi dan kurangkan rasa bersalah. I'm not a heartless person. Saya cuma rasa kesian." Jawab Hayven.

THE SILENT BROTHER: LENIX D.Where stories live. Discover now