wajah Puan Dhalila yang diam membatu itu dipandangnya. sekali lagi nafas berat dilepaskan.

“akak fikir kalau akak berkongsi masalah dengan mama... mama akan ada penyelesaian bagi masalah - masalah akak. rupanya akak silap. akak jadi takut untuk bercerita dengan mama sebab mama sentiasa salahkan akak dalam semua situasi. bukannya berikan jalan penyelesaian untuk akak.” lancar sahaja Dayana menuturkan ayatnya.

it's supposed to be ‘kena beritahu mama. mama mesti ada jalan penyelesaian bagi masalah ini.’

bukannya ‘tak naklah beritahu mama. nanti mama marah dan salahkan aku semula.’

sebutir mutiara jernih jatuh ke pipi Dayana. cepat - cepat Dayana mengesat air matanya. wajah Puan Dhalila dipandang dalam.

“ma, akak pun ada perasaan. tolonglah cuba untuk mengerti perasaan akak sama seperti mana akak cuba untuk mengerti mama.” akhir gadis itu.

keluhan kecil dilepaskan. anak mata gadis itu beralih kepada Encik Zahrin pula. kemudian, anak mata itu beralih kepada Ziyad.

Dayana mengeluh lagi. lengan Ziyad dipegang kemas, “ma, pa. akak balik dahulu. sampai jumpa lagi.”

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

song recommendation : sandar padaku, aliff aziz ft. mira filzah.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ LELAKI BERTUBUH tinggi itu duduk disamping Dayana. secawan aiskrim llaollao dihulurkan kepada isterinya itu.

“lega?” soal Ziyad.

Dayana mengangguk. sejujurnya dia lega selepas meluahkan semua pada mama tadi. setidaknya mama tahu apa yang gadis itu pendam selama ini.

“saya harap lepas ini hubungan awak dengan mama akan membaik lagi. saya ada sahaja untuk awak kalau awak mahu bercerita.” ujar Ziyad. senyuman manis diukir buat Dayana.

gadis itu mengangguk. sesudu aiskrim disuakan kepada Ziyad. diikuti dengan bunyi ‘aaaa’ dibelakangnya.

Ziyad memasukkan sudu berwarna hijau tersebut ke dalam mulutnya. kemudian, Dayana menarik semula sudu tersebut.

“terima kasih, Jie.” ucap gadis itu.

“terima kasih kenapa?” soal Ziyad bingung.

“sebab selalu ada dengan saya. kalau awak tak ada, saya tak tahulah mahu bersandar pada siapa lagi.”

lelaki bertubuh tinggi itu mengekeh kecil, “no hal lah, bintang. bahu saya ini memang untuk awak seorang sahaja. bersandarlah pada saya selalu.”

i would like to.” ujar Dayana bersama dengan tawa kecil.

“kalau mahu lebih daripada bersandar pun tak apa. contohnya bergayut atau mungkin bergantung?”

laju sahaja kaki Dayana yang berada dibawah meja itu menyepak kaki Ziyad. lelaki itu mengaduh kecil.

“lebih - lebih siapa mahu layan?”

“awaklah layan. ke awak nak suruh Aswad yang layan saya?”

“Aswad pun tak mahu layan awak.” cebir Dayana.

tiba - tiba teringat pada kucing berbulu hitam itu pula. apalah yang sedang Aswad lakukan bersama dengan Raiz?

“lepas ini awak mahu ke mana?” soal Ziyad.

“tak tahulah. saya rasa macam mahu balik lepas itu sambung ulangkaji.” ujar Dayana. gadis itu menjungkitkan bahunya tanda tidak pasti.

“okay, tak payah balik rumah. kita pergi arcade! ” ujar Ziyad girang. sengihan terukir pada wajah lelaki itu.

“mana boleh. saya mahu ulangkajilahh.”

“nanti - nanti boleh ulangkaji. lagipun ujian akhir semester awak lagi dua bulan. hari ini kita keluarlah date.” ujar Ziyad.

Dayana menggumam kecil. gadis itu mengecilkan matanya. wajah Ziyad dipandang dalam, “okay, kita keluar date hari ini.”

lelaki itu bersorak kecil. seketika kemudian, Ziyad menekup mulutnya. mata lelaki itu mula meliar melihat seluruh kedai.

ada beberapa pasang mata sudah pun menoleh kearah mereka. Ziyad mengoyak sengihan. alamak, terlebih gembira pula.

Bintangku Onde histórias criam vida. Descubra agora