Dayana kembali menurunkan Aswad ke bawah. anak kucing itu mula berlari terkedek - kedek kearah Ziyad. sebaik sahaja Aswad tiba dihadapan kaki Ziyad, kucing itu diangkat oleh Ziyad.

dilagakan hidungnya dengan hidung Aswad.

how's your day? mind to share with me, bintang? ” soal Ziyad. lelaki itu melabuhkan punggungnya diatas sofa. ruang kosong disamping, Ziyad tepuk lembut.

gadis itu turut berjalan kearah Ziyad. ruang kosong yang ada disamping Ziyad itu dijadikan tempat berlabuh. seterusnya, beg sandang hitam itu diletakkan ke tepi.

“tadi saya pergi medical center. Irisy accident. tak lama lagi majlis kahwin dia dengan Hazael bakal berlangsung.” cerita Dayana.

“apa yang jadi selepas ini pun saya tak tahu. ahli keluarga Hazael belum tahu lagi tentang ini. mungkin esok, saya akan wakilkan Irisy untuk berjumpa dengan Hazaen.”

Ziyad mengangguk faham. tekun lelaki itu mendengar si isteri bercerita, “nak saya teman tak?”

“tak perlulah. saya bukannya nak buat apa pun. cuma untuk maklumkan bahawa Irisy dikejarkan ke hospital sahaja.” Dayana menolak pelawaan Ziyad.

“baiklah! jangan sampai ada yang bertumbuk pula. awak itu kalau bab - bab tumbuk orang memang top ah.”

lelaki itu mengangkat thumbs up. mungkin Ziyad sedang menyindir Dayana ketika itu.

“jangan nak perli - perli eh? awak yang saya tumbuk karang.” ugut Dayana. penumbuk dihalakan kearah Ziyad.

laju Ziyad menggelengkan kepalanya. sengihan kecil terbit pada wajah lelaki itu, “hehe maaf, bintangku.”

Dayana menjeling tajam Ziyad. gadis itu bingkas bangun. dia menapak kearah dapur. tekaknya terasa kering. dia perlu membasahkan tekaknya sekarang.

namun langkahnya mati apabila melintasi meja makan. beg kertas yang terletak elok diatas meja makan itu diambil. tanpa berlengah, Dayana mengintai isi dalam beg tersebut.

isi tersebut dibawa keluar. sebuah kotak yang berbalut kemas menggunakan pembalut hadiah itu diletakkan atas meja makan.

“Jie, hadiah itu untuk siapa?” soal Dayana.

dia mahu merungkai isi dalam kotak itu tetapi risau jika barang itu bukan milik Ziyad mahupun dia.

“untuk awak. bukalah.” laung Ziyad daripada ruang tamu.

senyuman kecil terukir pada wajah gadis itu. apalah yang Ziyad belikan untuk dirinya. lelaki itu kerap betul mendapatkannya hadiah.

pembalut hadiah dirobek penuh berhati - hati. selesai membuka pembalut hadiah, gadis itu membongkar isi dalam kotak tersebut.

“Jie!”

Ziyad terkekeh perlahan. Aswad yang berada diatas ribanya itu dialihkan. lelaki bertubuh tinggi itu bingkas bangun. susuk tubuh Dayana dihampirinya.

“suka tak?” soal Ziyad. tawanya masih lagi bersisa.

camera Instax yang berwarna putih itu Ziyad pandang. lelaki itu masih lagi tidak habis tertawa.

“mahal lah, Jie.”

“murah ajalah. bukan ke hari itu awak minta as wishlist awak? ini saya dah tunaikan.” ujar Ziyad.

“saya bergurau sahaja masa itu.”

“oh ye ke? saya fikir awak betul - betul mahukan Instax camera ini.”

dia masih ingat lagi ketika Dayana memilih Instax camera sebagai hadiah yang gadis itu ingini. waktu itu, mereka bercadang untuk bertukar - tukar hadiah.

“awak belum beritahu lagi hadiah apa yang kita mahu tukar.” cebik Dayana. camera berwarna putih itu diambil lalu dibeleknya.

“malam nanti saya beritahu.” ujar Ziyad bersama dengan kenyitan mata.

senyuman nakal turut tersungging pada bibir lelaki itu.

membulat sepasang mata mata kecil. dia faham akan makna disebalik ucapan Ziyad tadi. laju sahaja tangan kecil itu mencubit pinggang Ziyad.

“kalau yang itu tak mahulah! saya belum graduate lagi.”

Ziyad mencebik, “yelah, yelah. ingatkan rasuah kamera lepas. rupanya sama sahaja. mungkin lepas ini kena rasuah guna sebuah kereta.”

“kalau yang itu mungkin boleh dipertimbangkan.” ujar Dayana selamba.

“sumpahlah? ha, cepat beritahu saya awak nak kereta apa. esok juga saya pergi survey kereta itu untuk awak.”

“astaghfirullahalazim. tak apalah, saya bergurau sahaja. takut pula kalau awak betul - betul beli kereta.” ujar Dayana. gadis itu menggelengkan kepalanya beberapa kali.

seram.

“apa - apa pun terima kasih hadiahnya. nanti saya cuba cari hadiah yang sesuai untuk awak.” ucap Dayana, ikhlas.

“sama - sama, bintang. nanti selalu selalulah ambil gambar saya guna camera itu.”

“betul! nanti boleh simpan dalam album──” Dayana terus menekup mulutnya.

alamak, sepatutnya ayat itu hanya dituturkan dalam hati sahaja. kenapa boleh terlepas pula? ah, malulah dia kalau macam ini.

“susahlah ada sasaeng ini.” gumam Ziyad. ayatnya lebih kepada usikan.

“siapa sasaeng?”

“awaklah. macam saya tahu dalam phone awak itu, berlambak candid picture saya.” ujar Ziyad.

merona habis wajah putih gadis itu. apa yang dikatakan oleh Ziyad itu benar. perbuatan jahat Dayana akhir kantoi.

kantoi pada Ziyad pula itu!

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bintangku Where stories live. Discover now