" ye betul." jawab Mak cik Kiah yakin.

" terima kasih, Mak cik. Nanti kalau dia datang lagi, mak cik sampaikan terima kasih kami tau." kata Najwa mewakili aku dan dia.

" kau tak rasa something ke Pya? tiba-tiba je mamat tu bayarkan makanan kita?" Najwa cuba mengorek sesuatu daripadaku.

" entah, aku rasa biasa aje. Entah-entah bukan dia yang bayarkan makanan kita. Lagipun biasa lah kalau ada yang tolong bayarkan makanan. Aku dah selalu dah kena macam tu." balasku tak terkesan dengan syak wasangka Najwa.

" aku rasa mamat tu suka kau la, Pya."

" uhuk." aku tersedak mendengar serkap jarang Najwa.

" kau jangan nak mengarut, Wa." nafiku menutup debar di hati. Langkah kaki dicepatkan meninggalkan Najwa di belakang.

" janganlah tinggal aku." jerit Najwa sambil mengejar langkahku yang dah ke depan.

" eleh, macam lah aku tak tahu, Pya." ejek Najwa perlahan.





Aku menolak pintu kelas yang selalu digunakan oleh ustazah Fazilah. Pagi ni kelas kami berdua dengan ustazah Fazilah bersama  student tafsir ustaz Yasir macam yang ustazah bagitahu minggu lepas.

" Zulfan?" sebaik saja pintu kelas ditolak, aku melihat susuk badan Zulfan di dalam kelas kami.

Seolah-olah tahu aku menyebut namanya, Zulfan mengangkat muka memandang ke arahku. Riak wajahnya yang agak terkejut membuatkan aku spontan menutup kembali pintu.

" kau kenapa tutup balik pintu?" tercungap-cungap Najwa mencari nafas kerana mengejar langkah Safiyyah yang laju tadi.

" ustazah ada cakap kita tukar kelas tak?" tanpa menjawab soalannya, aku turut menanyakannya soalan.

" takde, kenapa? kau nampak apa kat dalam? tepi, biar aku tengok." baru Najwa berkira-kira nak menolak pintu, aku menahannya.

" laki yang kat cafe tadi ada kat dalam." beritahuku laju.

" dah tu? biar je lah. Dia student ustaz Yasir la tu. Jom je lah masuk." kata-kata Najwa buat aku teringat waktu Nuzhan pinjam kitab tafsir dariku beberapa minggu yang lepas.

" kau nak masuk ke tak ni?" Najwa menyoal kembali. Dia dah memegang tombol pintu sedia untuk ditolak.

" jom, jom." aku menurut. 



Zulfan mengangkat kembali wajahnya bila pintu sekali lagi ditolak dari luar. Dia memandang aku dan Najwa sekilas sebelum menundukkan pandangannya semula.

Tak lama, seorang demi seorang student masuk memenuhi kelas . Nasib peraturan universiti, tempat duduk lelaki dan perempuan di dalam kelas diasingkan sebelah-sebelah.

" Pya, kau tengok dia." Najwa berbisik di telingaku, menyuruh memandang Zulfan di depan sebelah kiriku.

Mataku laju menurut arahan Najwa. Melihat dia yang ramah menyembang dengan budak lelaki kelasku seolah-olah mereka dah lama berkawan.

" kenapa dengan dia?" aku menyoalnya pelik bila tak faham apa yang dia nak tunjuk kepada aku.

" aku nak cakap yang dia tu ramah betul." beritahu Najwa bila aku tak dapat nak faham maksudnya.

" biarlah dia ramah pun. Apa kena mengena dengan aku?" aku masih tak faham apa yang Najwa cuba nak sampaikan.

Belum sempat Najwa nak membalas, ustazah Fazilah berjalan masuk ke meja pensyarah di depan.

" Assalamualaikum, everyone." ucap ustazah Fazilah ceria. Entah apa yang menggembirakan dia pagi ni.

" ramai kelas kita hari ni. ada yang tak ada tempat duduk tak?" mata ustazah meliar memerhati kami satu persatu.

Tuhan, Aku Mahu Dia. (HIATUS)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum