Di antara beribu gadis
Senyuman mu yang paling manis
Tiada, yang lain
Kau yang hati ku pilih

Di antara beribu bintang
Sinar mata mu yang paling terang
Tiada yang lebih indah
Ku sayang kamu
Lebih dari diri mu tahu."

dia pegun. lelaki yang berdiri dihadapannya itu ditatap tidak percaya. senyuman manis terukir pada wajah lelaki itu.

benarlah lelaki itu Ziyad! lelaki yang memetik gitar sebentar tadi. lelaki yang sama sedang menyanyi sekarang.

anak matanya bertemu dengan milik Ziyad. lelaki itu memandang redup ke dalam matanya. lagi - lagi senyuman kecil terukir pada wajah Ziyad.

lelaki itu mengenakan tuxedo berwarna hitam bersama dengan tali leher merah gelap. penampilan Ziyad agak lain malam itu.

"bahkan bintang dilangit pun cemburu dengan sinar mata awak, bintang. sepasang mata yang ada pada awak, jauh lebih terang daripada bintang yang ada diatas sana." ucap Ziyad.

gadis itu mengekehkan tawa. dada kiri Ziyad ditumbuk lembut.

"berhentilah berbicara perkara yang manis. dasar sweet talker." kelutuk Dayana.

entah daripada mana, Farhan dan Yousuf muncul. dua kanak - kanak lelaki itu mengambil gitar yang digunakan oleh Ziyad sebentar tadi.

kemudian, mereka berlari semula. kemana dua kanak - kanak lelaki itu pergi pun Dayana tidak tahu.

sama sahaja seperti Baheera dan Haura sebentar tadi. hilang entah ke mana.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

❝ SEDAP TAK?" soal Ziyad. lelaki itu menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulutnya.

Dayana mengangguk kecil, "kau masak?"

"tak. bonda yang masak. saya mana reti masak ini. rebus mi segera retilah." jujur Ziyad. sengihan kecil terukir pada wajah lelaki itu.

Dayana hanya mengukir senyuman kecil. kini, dia dan Ziyad berada disebuah gazebo yang berada ditepi pantai.

Ziyad sudah pun merancang semua ini dengan penghuni Teratak Madina. patutlah dekat menjelang malam, lelaki itu sibuk sahaja. rupanya ada agenda tersendiri.

"boleh tak saya nak minta sesuatu?" soal Ziyad.

Dayana hanya menggumam kecil. membenarkan lelaki itu menyatakan permintaannya.

"saya tak mahu paksa awak tetapi boleh tak lepas ini awak cuba kenakan tudung? saya suka tengok awak pakai tudung. nampak sepuluh kali ganda lebih cantik." pinta Ziyad. ayatnya dituturkan dengan penuh berhati - hati.

"tak apa, awak cubalah perlahan - lahan. saya bukannya mahu awak berubah esok juga. jangan risau, saya akan bantu──"

"iya, baliklah. aku akan cuba lepas ini. terima kasih sebab selalu tegur aku. maaf juga sebab aku biarkan lelaki lain lihat apa yang sepatutnya kau seorang sahaja boleh lihat. aku minta maaf."

gadis itu menundukkan pandangannya. nasi yang berada di dalam pinggan dimain menggunakan garfu.

tipulah kalau dia tidak fikirkan tentang perkara ini. tipulah kalau dia juga tidak mempunyai rasa untuk berubah menjadi lebih baik lagi.

"tak apa, kita boleh mula semula." tutur lelaki, santai.

Dayana hanya menggumam kecil. mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh Ziyad.

"saya ada satu lagi permintaan." ujar Ziyad. lelaki itu menolak pinggannya ke tengah meja. dia sudah pun selesai makan.

"apa dia?"

"awak tak nak ubah kata ganti nama diri itu ke? tak menarik betulah 'aku, kau'. cuba tukar yang lain." pintanya. Ziyad menompang dagu menggunakan tangan. Dayana yang masih makan itu ditatapnya.

"tak ke klise sangat?"

"siapa heran klise atau tak klise?" soal Ziyad.

"tak mahulah. nampak klise gila." ujar Dayana. gadis itu menggelengkan kepalanya.

Ziyad berdecit perlahan. lelaki itu mula membetulkan posisi duduknya. kedua - dua belah tangan dilipatkan ke dada.

"cis, tak supporting langsung." kelutuk lelaki itu, perlahan. namun masih lagi boleh didengari oleh Dayana.

"iyalah, iyalah. nanti aku cuba ya? tetapi kalau yang ini aku tak janji."

"kena janji juga."

"kalau aku tak mahu, kau nak buat apa? kahwin lain?" soal Dayana. wajah Ziyad dipandang penuh tidak puas hati.

laju sahaja Ziyad menyilangkan tangannya dihadapan wajah. kepalanya turut digelengkan laju berapa kali.

"tak adalah sampai nak kahwin lagi. awak ingat saya ini larat ke nak jaga dua orang isteri? seorang pun dah cukup memeningka──"

pap!

mulutnya ditekup laju. alamak! macam dah terlepas cakap sahaja.

terus air muka Dayana berubah. sebelah keningnya dijungkitkan tanda 'okay... so where the explanation, Jie?'

"ta──klah. mana ada awak memeningkan. kalau awak tak ada barulah saya pening. pening memikirkan mana hilangnya bintang saya yang satu ini." ujar Ziyad bersama sengihan. tangannya naik mengusap tengkuknya.

"what do you mean by, 'bintang saya yang satu ini'? kau ada bintang lain ke?" soal Dayana.

"ya Allah, bintang. mana ada! awak ini kena emosi sangat malam ini? moon coming ke?" soal Ziyad. cemas lelaki itu dibuatnya.

dia bingkas bangun. ruang kosong yang berada di samping Dayana menjadi pilihan. bahu gadis itu dirangkul daripada tepi.

"awak seorang sahaja yang saya ada, bintang. mana ada orang lain lagi dah. sungguh ini saya cakap." ujar Ziyad. lelaki itu mencuba untuk memujuk Dayana.

Dayana hanya mencebik. kemudian, tawa kecil mula terbit daripada bibir gadis itu. seronok betul dapat menyakat Ziyad.

"okay then, aku percaya."

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ᶻ 𝗓 𐰁 : plis tak klise kan? kan? kan? efsnavsjfsk

Bintangku Where stories live. Discover now