ruas dahi Dayana berkerut. Ziyad Nufa'el bin Abdullah? bukan ke sepatutnya nama Ziyad ber‘bin’kan Amirullah?

sedangkan Aidan ber‘bin’kan Amirullah. dia fikir Ziyad turut ber‘bin’kan Amirullah seperti Aidan Amreen.

lagi - lagi Dayana dibuat bingung. bertambah lagi persoalan yang bakal bermain difikirannya. kenapa secara tiba - tiba latar belakang Ziyad menjadi misteri?

dia fikir dia sudah cukup mengenali lelaki itu. ternyata salah. banyak perkara yang mula dipersoalkan oleh Dayana.

piala tersebut kembali diletakkan semula. anak matanya naik melihat sijil yang dibingkaikan. sijil - sijil tersebut tergantung elok pada dinding rumah banglo itu.

sekali lagi, matanya tertancap pada sebuah bingkai yang mempunyai nama Ziyad. gadis itu membaca isi sijil tersebut.

“ketua pelajar dan ketua pengawas tahun 2015, Ziyad Nufa'el bin Abdullah.”

kemudian, dia beralih pada bingkai yang bersebelahan dengan bingkai yang pertama.

“tokoh pelajar terbaik keseluruhan 2015, Ziyad Nufa'el bin Abdullah.”

Dayana mengukir senyum. gadis itu terus menerus membaca kejayaan milik Ziyad. lumayan banyak juga kejayaan yang diperolehi oleh suaminya.

bermula daripada kapten pasukan bola sepak, kemudian ketua pelajar dan ketua pengawas, tokoh pelajar terbaik seluruhan dan tokoh sahsiah.

produktif sungguh Ziyad sewaktu zaman sekolah dahulu.

“piala yang tersusun atas meja itu, sebahagian besar Ziyad punya. waktu zaman sekolah dahulu dia aktif dalam sukan dan akademik. itu yang banyak dia dapat itu.” tegur satu suara.

bahu Dayana sedikit terhincut. gadis itu meneh kearah sumber suara yang menegurnya itu. senyuman kecil diukir buat pemilik suara.

“marilah duduk. bonda dah lama nak berbual dengan Aya. cuma itulah, belum ada kesempatan buat berjumpa dengan Aya di Kuala Lumpur.” ujar wanita paruh baya itu. ruang kosong yang berada disampingnya, ditepuk lembut.

tidak perlu mengambil masa yang lama, Dayana berjalan kearah ruang kosong disamping bonda. terus dia melabuhkan punggungnya disitu.

“ibu kandung Ziyad baharu sahaja meninggalkan kurang daripada sebulan yang lepas. tak silap bonda, beberapa hari sebelum majlis kahwin kamu berdua.” wanita itu mula membuka cerita.

“mesti Aya pelikkan? siapa sebenarnya bonda dan bila masa pula Ziyad ada ibu lain selain daripada Aida.” sangkal bonda. seolah - olah dapat membaca fikiran gadis itu.

“dahulu, bonda berkawan rapat dengan arwah Nisa. biasalah zaman remaja dahulu, pasti semua orang pernah bercinta. sama juga seperti ibu Yad, Nisa.”

Dayana hanya diam. tekun mendengar cerita bonda itu.

“puas bonda nasihat dia, jangan bercinta dengan lelaki seperti Harith itu. tetapi dia keras kepala. suatu hari, ibu Nisa mengadu pada bonda yang Nisa kerap pulang lewat. pulang pun dalam keadaan mabuk - mabuk dan tidak terurus. beberapa bulan lepas itu, bonda dapat khabar yang Nisa mengandung.”

“awalnya, Nisa berkeras mahu gugurkan kandungnya tetapi bonda halang. puas bonda pujuk dia supaya besarkan janin itu. akhirnya, Nisa termakan pujuk rayu bonda. dia jaga kandungan itu sehingga bayi yang dikandung itu lahir.”

bonda mengambil jeda. wanita paruh baya itu mengukir senyuman lebar. wajah Dayana dipandang lembut.

“maka, lahirlah seorang Ziyad Nufa'el ke dunia. cuma sayangnya, Nisa tak mahukan Ziyad. dia tak mahukan bayi yang baharu sahaja dilahirkan itu. dia lari daripada hospital dan biarkan Ziyad disitu.”

“tiada pilihan, bonda terpaksa mengambil dia sebagai anak susuan bonda. dia penghuni pertama Teratak Madina ini. selepas sahaja Ziyad berumur tiga tahun, bonda ambil keputusan untuk buka rumah kebajikan ini dengan harapan kes pembuangan anak tidak sah taraf berkurang.”

“dan alhamdullillah, bonda berjaya. tahun demi tahun, kes pembuangan bayi semakin berkurang dikawasan Pengkalan Balak ini.” cerita bonda panjang lebar.

sungguh gadis itu tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh bonda barusan itu. jadi selama ini Ziyad bukanlah anak Puan Aida seperti yang dia fikirkan?

bonda mengukir senyuman nipis. kekura tangan Dayana ditepuk lembut. kemudian, wanita itu mengangkat wajahnya.

“marilah sini, Yad.” panggil bonda.

lelaki yang dipanggil oleh bonda itu melangkah kearah ruang tamu. ruang kosong disamping Dayana, dia ambil.

terus bahu isterinya itu dirangkul daripada tepi. ditarik kepala Dayana supaya terlentok elok pada bahunya.

“bonda masuk dapur dahulu, ya? Yad dengan Aya boraklah dahulu.” izin wanita paruh baya itu.

Ziyad mengangguk. memberi izin kepada wanita itu meninggalkan mereka diruang tamu.

“terima kasih, bonda.” ucap Ziyad sebelum wanita itu berlalu pergi.

“sama - sama, Yad.”

selepas sahaja bayang bonda hilang, Ziyad kembali menoleh kearah Dayana. gadis itu sudah pun memandang kearahnya terlebih dahulu.

“jadi selama ini kau hanya berpura - pura?” soal Dayana.

“bukan berpura - puralah, bintang. saya cuma belum berani beritahu awak. saya takut awak tak mahu terima saya. iyalah sayakan anak tak sah tara──”

Ziyad jeda. tubuhnya dirangkul erat oleh Dayana. senyuman kecil terukir pada wajah lelaki itu. dagunya direhatkan pada bahu Dayana.

“bukannya salah kau sebab lahir dalam keadaan macam ini. aku──”

“samalah macam awak, bintang. tak ada siapa pun minta untuk lahir serba kekurangan. semuanya mahukan kesempurnaan tetapi siapalah kita untuk rasa sempurna. sempurna itu bukanlah sifat manusia. sifat sempurna itu hanya milik Allah. kita sebagai manusia hanya boleh terus memperbaiki diri supaya menjadi manusia yang lebih baik.” potong Ziyad.

belakang tubuh Dayana dielus lembut.

“saya minta maaf sebab tak beri khabar selama seminggu sebelum majlis perkahwinan kita, sayang. saya takut mahu cerita semuanya pada awak. lebih - lebih lagi waktu itu tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum majlis perkahwinan kita berlangsung.”

Ziyad jeda. nafas berat dilepaskan. pelukan pada tubuh Dayana semakin dikemaskan.

“saya takut awak tinggalkan saya, bintang. saya dah terlalu jatuh cinta dengan awak. saya tak boleh bayangkan kalau awak tinggalkan saya untuk selamanya. saya takut untuk hilang awak.” luah Ziyad. wajahnya disembamkan pada ceruk leher Dayana.

“saya sayang awak lebih daripada awak tahu, bintang. saya sayangkan awak lebih daripada selamanya. tolong jangan tinggalkan saya. saya merayu.” tambah lelaki itu lagi.

tubuh sasa itu, Dayana usap perlahan. ditepuk - tepuk belakang badan lelaki itu. membiarkan sahaja Ziyad yang sedang menangis itu.

“saya sayangkan awak, bintang. sungguh.”

“aku sayangkan kau juga.”

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

ᶻ 𝗓 𐰁 : last untuk hari ini. doakan jae dapat jawab dengan baik untuk ujian syafawie esok !!

Bintangku Where stories live. Discover now