Dayana mengukir senyuman kecil. gadis itu menghulurkan tangan bagi menyalami bonda. wanita itu tida menolak, disambutnya salam Dayana itu.

“cantik orangnya, Yad. sama cantik macam yang Yad selalu tunjuk. tetapi bonda rasa bila tengok Aya depan - depan, lagi cantik. patutlah Ziyad berkenan.” puji wanita paruh baya itu.

sungguh dia tidak tipu. walaupun Dayana mempunyai rambut pendek separas tengkuk dan digayakan dengan potong serigala, gadis itu tetap tampak manis. tambahan pula dengan wajah yang sedikit berisi dan dipadankan dengan mata separa bulat, lagilah nampak manis.

“kan? isteri Yad memang cantik pun. dia sahaja yang rasa diri dia tak cantik. walhal, orang - orang sekitarnya puas puji dia cantik.” cebik Ziyad. wajah Dayana dipandang.

laju sahaja pinggang Ziyad, Dayana cubit. geram dengan mulut manis suaminya itu.

“biasalah itu, Yad. mana ada orang cantik puji diri sendiri. eh, moh ler masuk. sampai bila lagi nak berbual depan muka pintu ini?”

mereka mula menghamburkan tawa. ketiga - tiga manusia itu mula melangkah masuk ke dalam rumah banglo tersebut.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

PINTU BILIK dibuka. tuala yang berada diatas kepala digunakan buat mengeringkan rambut. gadis itu sudah pun selesai memakai baju daripada bilik air lagi.

Dayana kurang selesa menyalin baju diluar. dia lebih gemar menyalin baju di dalam bilik air. lebih privasi katanya.

Ziyad menggores segaris senyuman. susuk tubuh yang barusan sahaja melangkah keluar daripada bilik air itu ditatapnya.

anak matanya tertancap pada parut goresan yang ada diatas kening kanan Dayana. ruas dahinya dikerutkan. sejak bila pula Dayana mempunyai parut diatas kening?

“kau pandang apa? ada sabun cleanser yang melekat kat muka aku ke?” soal Dayana. tangannya ligat menyapu wajah. takut jika masih ada sisa cleanser pada mukanya.

“luka atas kening kanan awak itu, kenapa?” soal Ziyad.

Dayana jeda. jarinya naik mengelus luka yang dimaksudkan oleh Ziyad itu. lama Dayana diam. anak matanya turut dilarikan daripada bertentangan dengan lelaki itu.

“terhantuk.” tipu Dayana. gadis itu mengemam bibirnya.

“tak akanlah terhantuk sampai macam itu sekali? luka awak merah lagi itu, bintang.”

gadis berambut pendek itu sekadar menjungkitkan bahunya. dia mula teragak - agak mahu melarikan diri.

“awak ke mana pagi semalam, bintang? awak ke rumah mama dan papa kan?” Ziyad bersuara.

langkahnya mati. Dayana mengeluh kecil. gadis itu kembali memusingkan tubuhnya. kaki mula diatur kearah single bed itu. ruang kosong yang berada disamping Ziyad dijadikan tempat berlabuh.

“iya, aku ke rumah mama dan papa semalam. mesti Prof. Dean yang maklumkan pada kau kan? maaf sebab tak minta izin kau terlebih dahulu. pagi itu Prof. Husna batalkan kelas. jadi aku ke rumah mama dan papa.” gadis itu mengaku.

Ziyad mengeluh perlahan. tubuh kecil yang berada disampingnya itu, dipandang. tangannya naik menekup kedua - dua belah pipi Dayana.

“luka itu... macam mana awak boleh dapat?” soal Ziyad.

lambat - lambat Dayana menjawab, “mama.”

“astaghfirullahalazim.”

lelaki itu bingkas bangun. daun pintu dibuka lalu dia melangkah keluar daripada bilik tersebut. kemana Ziyad pergi pun, Dayana tidak pasti.

Bintangku Where stories live. Discover now