sekali lagi mafas berat dihembuskan. Dayana membetulkan duduknya. gadis itu memusingkan tubuhnya supaya berhadapan dengan Ziyad.

“aku sedar yang mama lakukan semua itu supaya dia dapat bercerita dengan kawan - kawan sekerja dia. dia dapat berbangga - bangga dengan kawan dia yang dia ada anak yang pintar. biar kawan - kawan dia puji dia kerana telah didik anak dengan baik.”

“sedangkan dia sikit pun tak pernah nak teman aku belajar. aku usaha semuanya sendiri. kalau aku tak faham dengan satu - satu topik itu, aku akan usaha untuk cari jalan penyelesaian sendiri. sebab aku tahu, kalau aku tanya pada mama, dia tak akan jawab hahaha.” cerita gadis itu panjang lebar.

“kau yang pergi sekolah. bukannya mama. waktu cikgu mengajar kau buat apa? tidur?” itulah ayat yang selalu diulang - ulang oleh Puan Dhalila jika Dayana menanyakan soalan tentang pelajarannya.

sebutir mutiara jernih jatuh pada pipinya. laju sahaja tangan kecil itu naik mengesat air mata tersebut. tawa turut dibuat - buat bagi menyembunyikan perasaannya itu.

“aku benci bila kawan - kawan aku cerita betapa baiknya ibu mereka. benci bila mereka cerita yang ibu mereka akan dengarkan cerita tentang hari - hari mereka. ucap tahniah atas kejayaan mereka. pujuk mereka bila mereka tak dapat capai sesuatu kejayaan. aku benci semua itu. aku bertambah benci bila aku mula bandingkan mama dengan ibu mereka.” tambah Dayana lagi.

air mata yang turun semakin menjadi - jadi. sungguh dia tak dapat menyembunyikan perasaannya itu.

senyuman kecil dikuntumkan oleh Ziyad. tubuh kecil itu dibawa masuk ke dalam dakapannya. ditepuk lembut belakang tubuh isterinya itu.

“dia selalu herdik aku. dia selalu hina penampilan aku, rupa paras aku. macam aku ini bukan anak kandung dia. dia kata aku gemuk, hitam, selekeh, pemalas, bau. sedangkan aku tak minta pun untuk lahir dalam keadaan macam ini.”

“dia banding - bandingkan aku dengan sepupu aku. dia banding - bandingkan aku dengan academic rival aku. itu je lah yang dia reti buat. bandingkan, bandingkan, bandingkan. nama nak beri semangat pada aku, tidaklah.” luah gadis itu.

Dayana menyembamkan wajahnya pada dada Ziyad. dia mahu menangis sepuas - puasnya malam ini.

kalau sebelum ini, dia yang memujuk hatinya ketika menangis. kali ini, dia ada Ziyad. kehadiran lelaki itu sedikit sebanyak dalam mengurangkan beban yang dipukul selama ini.

Ziyad hanya mendiam diri. membiarkan Dayana yang berada dalam dakapannya itu menangis sepuas - puasnya terlebih dahulu. selesai gadis itu menangis, baharulah dia akan membuka mulut.

sejujurnya, dia tidak tahu ingin memujuk isterinya itu bagaimana. dia lahir dalam keluarga yang serba cukup. umi dan abah tak pernah berat sebelah. kasih sayang diberikan sama sahaja. baik Aidan, baik Ziyad. kedua - duanya mendapat sukatan yang sama.

umi dan abah juga tidak pernah menuntut Aidan dan Ziyad buat belajar bersungguh - sungguh. cukup dengan apa yang mereka mampu.

kata Puan Aida, buat apa nak tekan anak supaya mereka berjaya? kalau mereka berjaya sekali pun, kualiti itu tiada. mereka akan membesar dalam keadaan penuh dendam pada ibu dan ayahnya.

ambil masa sepuluh minit juga buat Dayana untuk meredakan tangisannya. sebaik sahaja tangisan gadis itu reda, Ziyad menolak tubuh kecil itu menjauhinya.

tangan kekar lelaki itu naik menyeka air mata yang masih bersisa pada wajah cantik itu. senyuman kecil terbit pada wajah tampan Ziyad.

“lega?” soal Ziyad dan gadis itu mengangguk.

“sudah ya? lepas ini jangan menangis lagi dengan sebab yang sama. luahkan semuanya malam ini supaya hari - hari seterusnya, awak tak akan menangis dengan sebab yang sama.” ujar Ziyad.

lelaki itu menguntumkan senyuman manis buat Dayana. wajah basah gadis itu dipandang lucu. tambahan pula dengan rona yang menghiasi kulit gadis itu, bertambah comel apabila dipandang.

apalah kau ini, Yad. Aya baharu sahaja lepas menangis. kau boleh pula puji dia comel. salah timing betul. kelutuk hati si jejaka.

“saya tak tahu nak pujuk awak macam mana. saya tak pernah rasa berdiri ditempat awak. saya tak pernah tahu rasanya menjadi Dayana Zhalifah.” ucap lelaki itu.

“tetapi satu je saya yakin, kalau saya berada ditempat awak, mungkin saya tak akan mampu jadi sekuat awak. kejayaan tanpa penghargaan itu berat. sedangkan awak usaha bersungguh - sungguh untuk raih perhatian mama. tetapi boleh pula mama tak ucap kata tahniah pada awak.” tambah Ziyad lagi.

sedangkan ketika dia berjaya dalam pasukan bola sepak dahulu, Puan Aida lupa untuk mengucapkan tahniah. walaupun itulah sekali Puan Aida terlupa, dia tetap terasa hati dengan Puan Aida ketika itu.

inikan pula berada ditempat isterinya. setiap kali kejayaan tanpa penghargaan? gila, siapa sahaja tidak terasa kalau macam itu.

“awak beritahu saya yang mama selalu cerita tentang kejayaan awak pada kawan - kawan kerja dia? bagi saya, itu satu tanda yang dia bangga dengan awak. mungkin dia tak cakap secara langsung pada awak tetapi awak tahu ke cara dia bercakap dengan kawan - kawan dia? mesti dia bangga cerita dengan kawan - kawan dia yang dia ada anak sempurna macam awak.”

“ibu bapa ini, ada ego dia. dia terlalu ego untuk mengaku yang dia bangga dengan anak dia. saya tak tahu sebab apa ibu bapa macam itu tetapi percayalah. saya yakin, mama bangga dengan awak. cuma dia tak tahu macam mana nak beritahu pada awak. mungkin bagi dia, dia sudah cukup tunjukan perasaan bangganya itu.” jelas Ziyad panjang lebar.

kedua - dua belah pipi Dayana dielus lembut. pandangan redup diberikan pada anak mata si gadis. berharap hati Dayana bakal terpujuk dengannya.

“cuba awak pandang sesuatu, pada side yang positif lepas ini. janganlah terlalu pandang pada bahagian buruk sahaja, bintang. akhir - akhir, semua itu bakal memakan diri awak sahaja.” pujuk Ziyad, lembut.

gadis dihadapannya itu hanya diam. anak mata berwarna coklat itu tidak lepas daripada pada memandang wajah Ziyad.

dia tidak tahu ingin mengeluarkan kata apa lagi. apa yang keluar daripada ulas bibir suaminya itu ada betulnya juga.

“kita betulkan semula semua ini ya, sayang? saya janji, saya akan cuba bantu awak untuk betulkan semuanya. termasuk hubungan awak dengan mama dan papa.”

Bintangku Where stories live. Discover now