lelaki itu hanya mengangguk. mengiyakan sahaja apa yang dibicarakan oleh kekasihnya itu.

“Dayana dah habis belajar ke? atau masih belajar lagi?” soal Juhaina lagi.

“belajar lagi. tahun depan baru graduate.”

“so betulah yang you still study medical?

Dayana mengangguk.

“tak ada tempat kosonglah, bintang.” ujar Ziyad daripada tepi.

gadis berambut paras tengkuk itu mencebik. macam mana boleh tak ada tempat kosong pula? punyalah besar dewan ini, satu kerusi kosong pun tak ada.

“tak akan tak ada langsung?” soal Dayana sekali lagi.

“tak ada, bintang.”

boleh tak kalau dia mahu menangis? kenapalah dia perlu semeja dengan dua ekor malaun ini? apalah dosanya sehinggakan kerap bertemu dengan dua ekor itu?

“oh ya, Ziyad. you kerja apa?” soal Juhaina tiba - tiba.

serentak Dayana dan Ziyad memalingkan wajahnya kearah Juhaina.

“kerja biasa - biasa sahaja. im a teacher.”

“really? samalah dengan Ezham kalau macam itu. cuma Ezham ini ada side income lain. dia join ayah dia usahakan restoran.” ujar Juhaina. terselit nada riak disitu.

“baguslah kalau ada side income. ada duit lebih sikit.” tutur Ziyad. tangan lelaki itu naik mengusap tengkuknya, janggal.

“macam mana you boleh kenal dengan Dayana?”

gadis yang disebutkan oleh Juhaina itu berdecit perlahan. banyak pula bunyi perempuan ini.

“kenal - kenal macam itu ajalah. she's a kind person. that's why i fall for her.” ucap Ziyad, ikhlas. bahu isterinya itu dirangkul daripada tepi.

that's so sweet of you. maybe you baharu kenal dengan dia baru - baru ini. cuba kalau you kenal dia daripada zaman sekolah. she's totally changed!

“ya ke? Aya dahulu waktu zaman sekolah macam mana?” soal Ziyad. entah kenapa soalan itu terlintas difikirannya.

“urgh, she's a terrible person. kerja dia keluar masuk bilik kaunseling sahaja. you know? she's have scars on her hand. i pun tak tahu kenapa orang - orang sanggup kelar - kelar tangan ini. disgusting.” ayat Juhaina itu diakhiri dengan kekehan.

Ziyad hanya diam. mendengarkan sahaja cerita yang keluar daripada mulut Juhaina itu. entah betul, entah tidak. nampak daripada gaya macam direka - reka sahaja.

“dahulu Dayana tak macam ini pun. dia gemuk dan berkulit gelap. that's why──

“Jie, boleh tolong jagakan beg tangan saya? saya mahu ke ladies kejap.” pinta Dayana. beg tangannya dihulurkan kepada Ziyad.

selesai menyerahkan beg tangan, gadis itu bingkas bangun. langkahnya dihayun laju keluar daripada dewan besar tersebut.

euw, orang baharu cerita sikit dah merajuk. benda betul kot. i bukannya karang cerita pun.” kutuk Juhaina.

but you are too much, Juhaina. Dayana ada perasaan juga.” sampuk Ezham. lelaki itu bingkas bangun.

langkahnya juga turut dihayunkan keluar daripada dewan besar itu.

“Juhaina, saya minta diri dahulu.” izin Ziyad. lelaki tinggi itu turut bangkit daripada kerusi.

beg sandang Dayana disandang pada bahu kirinya. kaki dihayunkan kearah pintu keluar dewan.

Bintangku Where stories live. Discover now