“lagi beberapa hari, Irisy bertunang. teman aku ke majlis dia boleh?” soal Dayana. gadis itu mengubah kedudukannya.

dia duduk bersila disamping sofa berbentuk L itu. tubuhnya dipusingkan menghadap Ziyad yang sudah pun terbaring itu.

“hari apa?”

“Ahad, tetapi jangan risau! bukannya budak sekolah hari Ahad pun.” seloroh Dayana. senyuman senget terukir pada wajahnya.

“boleh ya, Jie?” soal Dayana lagi. matanya dikerdipkan beberapa kali.

Ziyad mencebik. pandangan dibuang kearah lain, “kalau saya kata tak boleh?”

laju sahaja air muka Dayana berubah. wajah cemberut dijadikan reaksi, “kenapa tak boleh pula?”

“sebab tak bolehlah.”

“bolehkan.”

“tak boleh.”

“bolehkan.”

“tak mahu. tak boleh is tak boleh.”

“Ziyadd.” gadis itu mula merengek. tubuh Ziyad digoncangnya.

“iya - iya. boleh, bintang. saya bergurau sahaja.” ucap Ziyad. tiada langsung rasa bersalah ketika menyakat gadis itu.

“tetapi ada syarat.” tegas Ziyad.

tiba - tiba sahaja lelaki itu merapatkan wajahnya dengan Dayana. pipi kirinya ditepuk lembut menggunakan jari telunjuk.

kiss dulu.”

euw, tak mahu!” wajah Ziyad ditolak menjauh. muka meluat ditayangkan kepada lelaki itu.

Dayana turut mengesot beberapa centimeters kebelakang.

“tak mahu kiss, saya tak mahu teman awak.”

wah, ini satu ugutan.

“okay, aku pergi sendiri tetapi jangan tanya kenapa aku masuk dengan lelaki lain as my plus one.” dalih Dayana.

walaupun Irisy tidak memberi tahu perlu membawa plus one, dia tetap mahu memancing Ziyad.

ingat Ziyad seorang sahaja boleh main ugut - ugut? dia pun bolehlah!

“awak itu mahu bercakap dengan lelaki pun takut. tak akanlah nak masuk dengan lelaki asing pula.” tenang sahaja Ziyad menuturkan ayatnya.

dang, he got the point.

“mana ada. aku boleh sahaja pair dengan lelaki lain.”

okay then, cubalah. macamlah saya kisah. dia mampu jadi plus one awak sahaja. dia tak mampu jadi suami awak macam Ziyad Nufa'el.” tutur Ziyad, bangga. dadanya ditepuk.

nadanya kedengaran riak sekali.

“malaslah mahu bercakap dengan kau. aku mahu study. bercakap dengan buku jauh lebih bagus.” akhirnya, Dayana mengalah.

gadis itu menumbuk kuat dada Ziyad. seterusnya, dia bingkas bangun── berlalu kearah bilik belajar. tidak lupa juga untuk menghentakkan kakinya.

ah! nanti difikirkanlah cara lain untuk pujuk Ziyad.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ LEPAS INI mahu main apa pula?” soal Ziyad. aiskrim kon milik Dayana dirampas daripada tangan gadis itu.

Bintangku Where stories live. Discover now