CHAPTER 13: THE MIDNIGHT RAIN

75 13 0
                                    

BLOCKED SERENDIPITY
By HDH

CHAPTER 13: THE MIDNIGHT RAIN
——————————————————

I am So ready to kill my own Brother.
Selepas apa yang dia cuba lakukan terhadap Mizzle. 

Rumah agam Hearsay yang sudah bertahun saya tinggalkan akhirnya saya jejaki semula. Tempat ini tidak bermakna apa- apa bagi saya. Ia cuma satu tempat yang saya anggap neraka di dunia.

Bila memasuki pintu gerbang memasuki rumah agam itu, kejadian semasa saya masih kecil bermain- main dalam kepala. Macam- macam yang saya telah lalui di situ. Sangat banyak sehinggakan tempat itu membuat saya jadi trauma dengan banyak perkara dalam hidup.

Bodyguard di depan pintu utama nampak terkejut melihat kedatangan saya tetapi mereka tidak mengalang saya memasuki kediaman itu. Mereka tunduk hormat dan terus membuka pintu.

Well, kalau pun mereka cuba untuk menghalang saya daripada memasuki rumah agam itu, saya akan tunjukkan kepada mereka, dengan siapa mereka sedang berhadapan.

      "Bimble...?!"

Saya berhenti melangkah apabila mendengar nama saya disebut. Saya terus menoleh ke belakang.

Seorang gadis tersenyum lebar dan dia berlari mendapatkan saya.

Siapa dia? Kalau dia kenalan Bloom, mengapa dia memanggil saya Bimble? Bermakna dia tahu saya ini siapa.

       "Who are you?" Saya tolak gadis itu dari terus memeluk saya. Dia tersenyum.

Dia tunjukkan rantai di lehernya dan saya diam sejenak. Itu rantai Hearsay. Bermakna dia salah satu anak Hearsay.

       "You're Ayla?" Saya hanya meneka.

Gadis itu segera mengangguk. Ada air mata di kelopak matanya. Mungkin dia terkilan baru melihat saya setelah sudah lama tidak berjumpa.

Saya diam sejenak.

Ayla adik tiri saya. Dia salah satu anak hasil daripada hubungan papa dengan perempuan- perempuan simpanannya. Tak sangka dia masih berada di rumah agam itu. Bermakna, anak haram papa yang lain masih ada di dalam rumah agam itu. Termasuk wanita- wanita simpanannya.

Salah Satu sikap papa yang saya tidak suka ialah dia simpan semua perempuan simpanannya di dalam rumah yang sama dia tempatkan mama dulu. Termasuk hasil anaknya dengan mereka semua.

It's was hell for my mother So do i. It's was hell watching her crying every night because of this Living hell.

Tapi Ayla suka mendekati saya sejak dia masih kecil lagi. Mama pernah menjaga dia sebentar selepas ibu kandungnya meninggal dunia ketika melahirkan dia. Dia juga memiliki kisah yang tragik dan dia tidak akan berada di dalam senarai orang yang saya benci.

      "Ayla masih tinggal dalam rumah neraka ni?" Tanya saya.

Dia hanya mengangguk. Dia kelihatan kurus. Dia masih memeluk anak patung pemberian mama dulu ketika dia masih kecil. Hm. Saya tatap wajah Ayla. Apa yang telah berlaku kepadanya selepas saya dan mama tinggalkan rumah agam itu? Dan tak sangka, dia masih dapat membezakan saya dengan Bloom.

      "Where is Bloom?" Tanya saya kepada Ayla. Dia menarik tangan saya dan membawa saya ke tingkat atas. Mungkin dia mahu tunjukkan di mana Bloom berada ketika itu.

Tapi dugaan saya salah. Ayla membawa saya ke sebuah bilik. Di situ hanya ada sebuah katil dan perabot asas. Di dalam bilik sekecil itu, dia mempersilakan saya duduk di tepi katil. Saya menggeleng.

      "Tempat apa ni?" Tanya saya kepada Ayla. Dia ambil bag sandang dan simpan baju dan barang- barang yang lain.

       "This is my room." Jawab Ayla. Saya tersentak. Di dalam rumah agam itu ada berpuluh bilik yang berkali ganda besar dan selesa dari bilik itu. Mengapa Ayla tinggal di situ?

      "Bilik Ayla? Kenapa tinggal dalam bilik kecil ni? Ayla tak tinggal di bilik Mama?" Tanya saya lagi. Dia menggeleng. Wajahnya nampak sedih.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 24 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BLoCKED SERENDIPITYWhere stories live. Discover now